Tular Kubur Dalam Kawasan Sekolah, Ini Cerita Sebenar.. | Tindakan seorang pelajar sekolah menengah menunjukkan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya menarik perhatian orang ramai untuk berkongsi pengalaman di sekolah masing-masing. Berdasarkan perkongsian video berdurasi 11 saat itu di aplikasi Tiktok, @dmiadarwisyah, menunjukkan papan tanda adab menziarahi kubur dan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengambil peluang berkongsi reaksi termasuk mendakwa sekolah mereka dahulunya merupakan tapak perkuburan askra Jepun. “Sekolah saya dahulu pun tempat tapak perkuburan askar Jepun,” kata @awangamirsyafiq. “Rupa-rupanya semua padang di sekolah dalam Malaysia ni kebanyakkan kubur…
Author: Admin Baik
Tentera Rusia Tak Dibenarkan Guna TikTok. Ini Sebabnya. | MOSCOW – Ketua keselamatan Rusia melancarkan satu kempen pengiklanan yang mendesak anggota tentera negara itu agar tidak menggunakan jaringan media sosial seperti TikTok, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. Gesaan tersebut bertujuan bagi mengelakkan rahsia ketenteraan Rusia daripada bocor ke tangan musuh. Menerusi kempen tersebut, tentera Rusia menerbitkan poster memaparkan lukisan seorang askar berserta perkataan ‘Het’ yang bermaksud ‘Tidak’ ketika diberikan telefon pintar yang mempunyai logo TikTok. Ia dianggap sebagai kempen era moden yang menyerupai poster ketika Perang Dunia Kedua bertulis ‘Dinding Mempunyai Telinga’. Poster tersebut memberi amaran kepada rakyat Britain agar…
Bercerai Selepas Sehari Berkahwin Gara-Gara Rahsia Suami Terbongkar | Seorang wanita tidak menyangka bahawa perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sehari selepas mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya yang menjalani hubungan cinta sejenis, lapor portal Wolipop. Berdasarkan hantaran di laman TikTok, wanita tersebut berkongsikan beberapa keping gambar majlis perkahwinannya dengan suaminya. “Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Saya sudah berkahwin, namun masih dara,” tulis wanita itu. Tambah pemilik akaun @raisakuu20 tersebut, dia terpaksa berpisah dengan suaminya sehari selepas berkahwin kerana suaminya enggan menyentuhnya dan menganggap dirinya hanya sebagai objek untuk menutup rahsianya. “Semuanya sudah berakhir. Dia tidak mencintai saya, sebaliknya mencintai…
Tindakan Anggota Polis Ini Dapat Pujian Orang Ramai | Tindakan seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor menutup tumpahan minyak akibat kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) berdekatan bangunan Angkasapuri mendapat pujian orang ramai. Beliau ketika dihubungi berkata, tindakannya itu bertujuan mengelakkan pengguna jalan raya lain terdedah dengan bahaya berikutan tumpahan minyak tersebut. “Kejadian berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9 pagi, saya telah diarahkan untuk ke kawasan tersebut kerana terdapat kemalangan yang berlaku membabitkan tiga buah kenderaan. “Kemalangan terbabit berlaku kerana terdapat seekor ular sawa yang melintas menyebabkan seorang pemandu wanita terkejut dan brek secara mengejut. Ia…
Netizen Persoal Majlis Keramaian Ini Dilakukan Di Tanah Perkuburan | Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan sebuah majlis yang diadakan di atas tanah perkuburan, lapor laman Berita Hits semalam. Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan sebuah pentas yang lengkap dengan alat muzik selain terdapat seorang individu sedang menyanyi. Di bahagian hadapan pentas, terdapat beberapa buah kubur, selain sistem bunyi juga diletakkan di antara kubur-kubur tersebut. Beberapa tetamu turut dilihat sedang duduk secara santai dan mengambil makanan yang disajikan. Video yang tidak dinyatakan lokasinya itu menjadi perhatian netizen dengan ramai memberikan pelbagai komen. “Majlis untuk dua alam sekali gus,”…
Tak Berhati Perut! Lelaki Bengang Kematian Ibu Jadi ‘Modal’ Antivaksin | KECEWA! Mungkin itulah yang sedang dialami seorang pemuda apabila kematian ibunya dijadikan ‘modal’ buat golongan antivaksin menyebarkan dakyah tidak benar. Menurut pendedahan dibuat di Twitter, individu dikenali sebagai Mohamad Faeez Harith bengang apabila ada pihak menyebarkan berita palsu. Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin. Susulan itu, Faeez tampil menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku terhadap ibunya. “Berita palsu tentang kematian mama. “Saya selaku anak dan wakil waris mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban kumpulan antivaksin yang membuat berita palsu tentang kematian Mama tanpa berhubung langsung…
Tiada Lagi Kuarantin Positif Covid-19 – Perdana Menteri Britain | Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka mengumumkan pemansuhan kuarantin kendiri bagi individu yang diuji positif Covid-19 hari ini (Isnin), lapor akhbar Daily Mail. Pejabat Perdana Menteri berkata, Johnson berhasrat memansuhkan semua peraturan pandemik yang menyekat kebebasan awam di Britain dalam satu pembentangan di Parlimen. Beliau dijangka memberitahu anggota parlimen bahawa program vaksin, ujian dan rawatan baharu boleh dipercayai untuk memastikan keselamatan orang ramai terus terjamin. Ia berlaku selepas jemaah menteri berpendapat varian baharu virus itu dijangka mengikuti corak serupa dengan Omicron yang lebih ringan berbanding mutasi awal Covid-19. “Covid-19 tidak…
Pengebom Berani Mati Serang Restoran, Sekurang-Kurangnya 13 Terkorban | MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam insiden letupan pengebom bunuh diri di tengah Somalia. Kejadian itu berlaku selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan di sebuah restoran yang penuh dengan orang ramai termasuk pegawai dan ahli politik. Lapor Al Jazeera, jurucakap polis, Dini Roble Ahmed berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban merupakan orang awam dan 20 lagi cedera dalam kejadian di pekan Beledweyne. Katanya, letupan itu menyebabkan `kerosakan besar’ pada restoran yang sesak dengan orang ramai. Menurut beberapa saksi, letupan besar itu memusnahkan kawasan lapang restoran Hassan Dhiff yang mana orang…
Buka Sempadan Ketika Kes Tinggi, Keputusan Yg Kurang Tepat- Pakar | Kuala Lumpur: Pembukaan sempadan antarabangsa perlu dikaji bukan saja dari impak ekonomi malah kepentingan kesihatan juga perlu diberi perhatian. Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rosnah Sutan berkata, pembukaan sempadan ketika kes positif masih tinggi dilihat keputusan kurang tepat kerana risiko penularan boleh melonjak. Menurutnya, walaupun pembukaan sempadan penting untuk menjana ekonomi namun kemampuan pengurusan kesihatan juga perlu diambil kira. “Pembukaan sempadan memang penting untuk ekonomi namun kerajaan perlu lihat kemampuan fasiliti dan petugas kesihatan sedia ada sekiranya kes terus melonjak. “Kes positif meningkat…
China Benarkan PBB Melawat Xinjiang. Dengan Syarat… | BEIJING: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelete dibenarkan untuk melawat wilayah Xinjiang. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar China, Wang Yi semalam, namun negara ini tidak mengalu-alukan sebarang siasatan yang dilakukan berdasarkan ‘fahaman yang salah’. Bachelet sebelum ini dilaporkan sudah lama ‘mencari jalan’ untuk masuk kw Xinjiang bagi melihat sendiri keadaan penduduk di sana yang didakwa ditindas oleh kerajaan China. Isu tersebut mengeruhkan lagi hubungan Barat dengan China, menyaksikan AS memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, selain menuduh China melakukan penghapusan etnik di Xinjiang. “China menolak semua…