Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Suami Tergamak Buat Video, Bangga Penggal Kepala Isteri | TEHERAN – Sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki tergamak menayangkan kepala isterinya yang dipenggal kerana didakwa berlaku curang telah menggemparkan Iran. Agensi berita ISNA melaporkan mangsa, Mona Heidari, 17, dibunuh dengan kejam oleh suami dan iparnya ketika kejadian di bandar Ahvaz. “Kedua-dua suspek tersebut telah berjaya diberkas pada Isnin,” jelas laporan itu lagi. Susulan insiden mengerikan itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita, Ensieh Khazali menggesa Parlimen untuk mengambil langkah segera selain pihak berkuasa meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai sebagai usaha mengelakkan kejadian sedemikian. Kebanyakan akhbar tempatan dan pengguna media sosial…

Read More

Positif Covid-19, Lelaki Ini Kena Kuarantin Selama 14 Bulan, Ini Sebabnya.. | Seorang lelaki Turki berusia 56 tahun dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti pada November 2020, lapor laman Oddity Central, semalam. Muzaffer Kayasan telah dikuarantin di hospital dan rumah sendiri selama lebih setahun. Dia kini bergelut mencari jalan untuk kembali menjalani kehidupan lamanya. Setelah dijangkiti koronavirus pada November 2020, Kayasan telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sehingga penyakitnya menjadi kurang teruk. Dia berjaya mengatasi gejala Covid-19 yang teruk tetapi virus itu kekal dalam badannya. Setiap ujian akan menunjukkan keputusan…

Read More

Demi Menyara Keluarga, Terpaksa Jual Buah Pinggang | Krisis kemanusiaan yang berpanjangan di Afghanistan menyebabkan penduduknya mengalami pelbagai masalah sejak Taliban merampas kuasa terutamanya isu kelaparan, lapor laman berita Wion News kelmarin. Menurut laporan, beberapa penduduk di wilayah Herat terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan buat keluarga mereka. Penduduk di daerah Injil dilaporkan menjual buah pinggang mereka di pasaran gelap demi sedikit wang bagi mengatasi kelaparan yang dialami, demikian menurut laporan agensi berita TOLO News. “Kami menjual buah pinggang sekiranya ada yang sanggup membelinya supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak kami,’’ jelas seorang penduduk setempat.…

Read More

Lelaki Ditemukan Mati Dalam Bilik Hotel Selepas Ambil Suntikan Besarkan Punggung | IPOH: Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berperwatakan lembut berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada 9 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500. “Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu…

Read More

(Video) Keletah Wartawan Cilik Lapor Penemuan Ular Sawa Buat Netizen Terhibur | SUNGAI PETANI: Pada usia 12 tahun, kemahirannya mengadakan liputan secara langsung melalui akaun media sosialnya berhubung penemuan seekor ular sawa di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau di sini, menjadi perhatian warga maya. Gaya penceritaan Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang sarat dengan elemen dramatik serta laras bahasa mudah difahami menarik perhatian segenap lapisan media tempatan dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu. Muhammad Haziq sangat yakin, bersungguh-sungguh dan penuh dengan informasi mencuri perhatian netizen, malah ramai yang meninggalkan komen berkata dia mempunyai bakat semula jadi untuk…

Read More

Pelajar 18 Tahun Bunuh Diri Selepas Menembak Mati Pelajar Lain Dalam Dewan Kuliah | FRANKFURT: Seorang pelajar maut dan tiga yang lain cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam dewan kuliah di University Heidelberg di barat daya Jerman. Lapor AFP, penyerang kemudian membunuh dirinya sendiri. Ketua Polis Mannheim, Siegfried Kollmar dalam kenyataan memaklumkan seorang penyerang yang bertindak bersendirian mencederakan beberapa pelajar dalam dewan kuliah dengan pistol panjang. “Penyerang merupakan pelajar jurusan biologi berusia 18 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. “Lelaki itu menghantar kiriman mesej WhatsApp berbunyi ‘semua orang perlu dihukum sekarang’ sebelum melepaskan tembakan. “Pelaku juga…

Read More

Kecoh Lelaki Mengaku Dirinya Imam Mahdi Depan Jemaah Masjid | ACEH: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi. Lelaki berusia 35 tahun itu berbuat demikian selepas selesai mengikuti kuliah di Masjid Agung al-Khalifah, Aceh Utara, baru-baru ini. Seorang saksi, Ibrahim Jafar Kuba memberitahu, lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai masalah jiwa terus mengambil mikrofon dan membuat pengumuman itu sebaik sahaja kuliah selesai. “Lelaki yang dikenali sebagai Armia itu mengakui dirinya adalah Imam Mahdi dan menceritakan dengan lengkap salasilah keturunannya,” katanya. Sehubungan itu, penduduk setempat membawanya ke balai polis bagi mengelakkan insiden…

Read More

Jangan Kongsi Video Penemuan Haiwan Liar Di Media Sosial. Ini Sebabnya. | Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video penemuan haiwan liar menerusi media sosial bagi mengelak ancaman pemburu haram. Pengarahnya Loo Kean Seong berkata video tersebut sebaliknya perlu dihantar kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. “Perkongsian video haiwan liar menerusi media sosial berserta butiran terperinci seperti lokasi dan masa ia ditemukan hanya memberi ‘peluang’ kepada pihak tidak bertanggungjawab. “Mungkin niatnya agar orang lain boleh berhati-hati dengan kewujudan haiwan liar di sekitar lokasi tersebut namun ada kesan negatif daripada perkongsian itu…

Read More

Tiada Perikemanusiaan. Ini Undang-Undang Baharu Israel Yang Buat Ramai Marah | BAITULMUQADDIS: Undang-undang Israel yang diluluskan di Knesset iaitu Badan Perundangan Israel membenarkan pihak berkuasa ‘negara haram’ itu menahan penduduk Palestin seawal usia 12 tahun. Lapor al-Jazeera, polis Israel mengguna pakai undang-undang tersebut demi kepentingan tertentu. Selain kanak-kanak sehingga umur 14 tahun mesti hadir ke mahkamah dalam tempoh 12 jam ditangkap, pihak polis juga berulang kali membuat permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan kanak-kanak tersebut. Organisasi Adalah yang bertindak sebagai peguam kepada tahanan Palestin mendededahkan keadaan kanak-kanak yang ditahan sangat merisaukan kerana ada mangsa yang dijangkiti Covid-19 dan berdepan…

Read More

Saintis Bingung Lelaki Ini Tak Mandi Selama 67 Tahun Kekal Sihat | Saintis-saintis keliru setelah mendapati seorang lelaki di Iran berada dalam keadaan sihat walaupun tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan di jalanan, lapor akhbar Mirror UK semalam. Amou Jaji, 87, mendakwa bahawa dia tidak mandi selama beberapa dekad kerana percaya perbuatan itu akan menyebabkan dirinya bernasib malang dan membunuhnya. Pemakanan lelaki itu terdiri daripada haiwan-haiwan yang terbunuh di jalan raya seperti landak. Dia turut meminum air daripada lopak jalan untuk menghilangkan dahaga. Gaya hidup yang dipilih oleh Jaji menyukarkannya untuk berkawan atau mencari teman…

Read More