Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kereta Api Tidak Berhenti, 100 Murid Sekolah Terkandas | KUALA KRAI: Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, di sini ‘terkandas’ apabila kereta api yang sepatutnya tiba jam 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut pada Ahad. Kejadian berlaku ketika Sinar Harian membuat tinjauan sempena hari pertama persekolahan selepas Kelantan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Rata-rata pelajar yang bersemangat ke sekolah hari ini melahirkan rasa sedih apabila kereta api yang sepatutnya dinaiki mereka tidak berhenti di Stesen Kuala Gris. Selepas menunggu 30 minit di hentian tersebut mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah…

Read More

Dakwa Ritual Tolak Banjir Syirik.. Raja Bomoh Mahu Saman RM300 Juta | PETALING JAYA- Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin mahu menyaman jabatan yang mendakwa beliau melakukan perbuatan syirik dan khurafat di Teluk Intan, Perak baru-baru ini. Beliau mendakwa, apa yang dilakukannya di Teluk Intan itu semata-mata kerana Allah S.W.T untuk mengelakkan banjir di daerah tersebut dengan menggunakan cara tradisional iaitu petua orang zaman dahulu. “Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta…

Read More

Tak Jalani Ujian Saringan COVID-19, Wanita Sarat Hamil Dibiar Keguguran Di Luar Hospital | BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi’an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan, keguguran selepas menghalang mangsa memasuki premis berkenaan kerana tidak menjalani ujian saringan COVID-19 dikenakan tindakan. Pihak berkuasa tempatan bandar itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden yang berlaku di Hospital Xi’an Gaoxin itu menimbulkan kebimbangan serta impak sosial yang buruk. Menurut kenyataan itu lagi, selain siasatan sedang dijalankan oleh biro kesihatan tempatan, Pengarah Urusan hospital berkenaan dikenakan tindakan gantung kerja manakala kakitangan yang bertanggungjawab di jabatan pesakit luar hospital itu sudah disingkirkan daripada jawatannya.…

Read More

Penternak Rugi Besar, 120 Lembu ‘Ditelan’ Banjir | SEGAMAT: Tiada kata yang mampu diungkap, hanya air mata menjadi saksi kehibaan Tey Teng Swee apabila kandang lembu yang diusahakannya sejak lima tahun lepas hilang sekelip mata ‘ditelan’ dalam kejadian banjir di Batu 7 Jalan Muar, dekat sini, sejak Ahad lepas. Wajah penternak berusia 60 tahun itu juga kelihatan sugul memikirkan nasib 120 ekor lembu pedaging dari baka Charolais, Bali, Belgian Blue dan Brahman yang masih hilang dalam kejadian banjir yang melanda daerah itu. Ketika ditemui Bernama, Tey berkata beliau tidak menyangka kandang setinggi lapan kaki yang dibinanya akan ditenggelami air. “Saya…

Read More

Selang 15 Minit, Seorang Ibu Lahirkan Bayi Kembar Pada Tahun 2021 & 2022 | LOS ANGELES: Bayi kembar dilahirkan 15 minit di California mempunyai hari lahir yang berbeza – seorang pada 2021 dan pasangannya pula pada 2022. Alfredo Antonio Trujillo lahir pada jam 11.45 malam pada malam Tahun Baru di bandar Salinas. 15 minit kemudian, adiknya, Aylin Yolanda Trujillo dilahirkan pada Hari Tahun Baharu. Pusat Perubatan Natividad, tempat bayi kembar itu dilahirkan, berkata dalam satu kenyataan minggu lalu bahawa ia adalah satu dalam dua juta peluang anak kembar dilahirkan dalam tahun yang berbeza. “Sukar dibayangkan bagi saya bahawa mereka adalah…

Read More

Ikan Ini Perlu Dibunuh Jika Terjumpa. Ini Sebabnya. | PUTRAJAYA: Bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini turut menyaksikan ramai pemancing meraih ikan tertentu dibawa arus dari kolam ternakan atau hulu sungai. Bagaimanapun ada spesies berkenaan merupakan ikan asing invasif yang amat berbahaya dan termasuk dalam senarai larangan diimport ke Malaysia kerana banyak implikasi buruknya. Justeru, Jabatan Perikanan Malaysia memohon orang ramai agar peka sekiranya tertangkap atau terjumpa ikan tersebut dengan tidak menyimpannya atau dilepaskan ke perairan umum, sebaliknya, masyarakat diminta segera melupuskannya kerana adalah salah membela ikan larangan di bawah Akta Perikanan 1985. Jabatan itu dalam hantaran…

Read More

Tapak Kaki Dinosaur Terawal Ditemui Di Pantai Wales |  LONDON: Fosil tapak kaki dinosaur yang ditemukan di sebuah pantai di Wales dipercayai berusia lebih 200 juta tahun. Lapor CNN, ahli paleontologi dari Natural History Museum di London memaklumkan tapak kaki dinosaur itu berasal dari zaman Triassic. Malah, pakar percaya penemuan tapak kaki itu dari spesies Saurapod atau kumpulan Saurapod yang paling awal. “Kami tahu spesies awal Saurapod wujud di Britain pada masa itu kerana tulang Camelotia (spesies yang paling awal) ditemukan di Somerset pada tempoh sama. “Kami tidak pasti sama ada spesies ini meninggalkan jejak kaki tersebut, namun ia merupakan…

Read More

Wanita Islam Jadi Mangsa ‘Dijual’ Dalam Aplikasi Lelongan | Seorang wartawan dari Kashmir terkejut apabila mengetahui dirinya dijual dalam ‘lelongan secara dalam talian’. Gambarnya disiarkan tanpa kebenaran dan dimuat naik dalam aplikasi tersebut bagi tujuan ‘lelongan’. NEW DELHI: Konflik penindasan dan penganiayaan penduduk Islam di beberapa wilayah di India dilihat belum berkesudahan bahkan memasuki episod terkini sempena tahun baharu 2022. Semasa sambutan perayaan Aidilfitri tahun lalu, saluran YouTube bernama Liberal Doge menyiarkan gambar wanita Pakistan dalam video seks bertajuk Eid Special‘. Kandungan tersebut dibuang selepas mencetuskan kemarahan orang ramai. Seminggu selepas itu, wanita Muslim menjadi mangsa ‘lelongan’ menerusi lelongan Sulli Deals dalam Twiitter. Terkini, 1…

Read More

 Suami Lafaz Cerai Depan Anak Selepas Isteri ‘Kantoi’ Curang 3 Kali | Petaling Jaya – Mungkin tidak mampu menahan kesabaran dan emosi, seorang lelaki bertindak melafazkan talak tiga kepada isterinya bersaksikan anak-anak mereka. Pendedahan mengenai kisah itu diceritakan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra menerusi hantaran di akaun Facebooknya dengan memaklumkan seorang suami terpaksa menceraikan isteri selepas wanita itu mengaku terlanjur bersama kekasihnya. Lebih menyedihkan apabila isteri tersebut sendiri mengaku dia sudah dua kali terlanjur sejak awal tahun lalu dan memberi alasan suaminya terlalu sibuk, tiada masa bersama dan tidak memahami keadaan dirinya. Menurut Fatihah, perbuatan isteri itu mula…

Read More

Kanak-Kanak Jumpa Bom Mortar Ketika Mandi Sungai | KOTA BHARU: Sebutir bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian di sini, petang Isnin. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Mohd Suhaimi Ali berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bom berkenaan pada kira-kira pukul 4.55 petang. “Bertindak atas maklumat sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke kawasan berkenaan. “Hasil pemeriksaan objek yang ditemukan disahkan adalah ‘mortar bomb practice inert’ berwarna putih yang digunakan bagi tujuan latihan,” katanya ketika dihubungi. Mohd Suhaimi berkata bom…

Read More