Ribuan Pekerja Di New York Ambil Cuti Tanpa Gaji. Ini Puncanya.. | Bandar Raya New York – Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengakui bahawa bandar raya itu kini mengalami masalah kekurangan pekerja selepas beribu-ribu orang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana degil enggan divaksin, lapor agensi berita United Press International semalam. Blasio bagaimanapun memberi jaminan kepada penduduk bahawa tiada sebarang gangguan dalam perkhidmatan awam. Semalam merupakan hari pertama pelaksanaan peraturan yang mewajibkan pekerja yang tidak divaksin mengambil cuti tanpa gaji. Meskipun kadar pekerja yang telah menerima vaksinasi Covid-19 di New York kini adalah 91 peratus, peratusan yang direkodkan…
Author: Admin Baik
Pulanglah, Bapa Bimbang Keselamatan Anak Gadis 18 Tahun Hilang | TAMPIN: Seorang bapa bimbang keadaan keselamatan anak perempuannya berusia 18 tahun yang hilang sejak semalam. Muhammad Syafiq Jabri Abdullah, 47, berkata, anak bongsunya itu, Nurbatrisyia hilang dari rumah bekas ibu mentuanya di Felda Jelai 4, di sini. Ujarnya, sejak dimaklumkan kehilangan tersebut, dia berusaha mencari di beberapa tempat namun masih tidak menemukan gadis itu. “Ini kali pertama anak saya menghilangkan diri seperti ini. Saya bimbang dengan keselamatannya lebih-lebih lagi dia perempuan dan terdedah kepada bahaya. “Kami baru sahaja pulang dari Kudat, Sabah pada 10 Oktober lalu, setelah tersekat di sana…
Baru 4 Hari Kahwin, Pengantin Cantik Ditemui Maut Di Dalam Beg Pakaian | Seorang wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga empat hari yang lepas, ditemui mati di dalam sebuah beg pakaian di kawasan berumput berhampiran Aysgarth Avenue, Nunlea Royd Ahad yang lepas. Menerusi laporan yang dipetik daripada DailyStar, seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun, telah ditangkap berikutan disyaki membunuh mangsa yang dikenali sebagai Dawn Walker. Difahamkan, mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hari Rabu yang lalu. Mengulas lebih lanjut, rakan baik kepada wanita ini menceritakan mangsa seorang wanita yang baik hati, penyayang dan peramah. Berita mengenai kematian Dawn…
Kes Arwah Zulfarhan. Ini Pula Luahan Dari Ibu Zulfarhan | KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan impak mangsa iaitu ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain, Hawa Osman yang dibaca dalam mahkamah. “Akibat daripada kejadian yang menimpa Zulfarhan, memberikan kesan yang sangat besar kepada saya dan keluarga. Kesihatan saya terjejas di mana pada 2018, saya mengalami katarak yang serius akibat kerap menangis ekoran kesedihan yang melampau serta mengalami darah tinggi kerana tidak dapat tidur malam. Kejadian itu menyebabkan saya trauma untuk melepaskan anak-anak lain untuk berdikari sendirian sambil menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegini akan berulang kembali. Saya juga trauma untuk membenarkan…
Berang Isteri Kerap Bertiktok, Suami Rantai Isteri | Jakarta – Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam. Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***. Dalam video tersebut, si isteri kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kirinya kelihatan diikat dengan satu rantai panjang. Menurut keterangan pada video tersebut, wanita itu dipercayai dirantai kerana kerap bermain TikTok. Malah, anaknya juga dikatakan gembira melihat dirinya dirantai memandangkan tidak perlu lagi melihat ibunya membuat kandungan TikTok. Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai…
Gara-Gara Disindir Netizen..Doktor Tayang Pinggan Mewah Hermes | JAKARTA – Seorang doktor yang kerap berkongsi mengenai kehidupan mewahnya di laman sosial Instagram baru-baru ini menjadi tular selepas disindir netizen, lapor laman berita Suara.com semalam. Doktor Reza Gladys Prettyani Sari menerusi Instagram @rezagladys baru-baru ini menerima komen berbentuk sindiran daripada seorang pengguna Instagram yang menuduh dia sering menggunakan pinggan yang sama biarpun dirinya kaya-raya. “Pinggannya asyik yang sama sahaja, tidak pernah ditukar,” demikian komen yang ditulis netizen. Wanita itu kemudiannya membalas komen tersebut dalam bentuk video. Dia dilihat berada di dapur rumahnya dan mempamerkan koleksi pinggan mewah daripada jenama Hermes yang…
Terima Anugerah Lelaki Qawwam Dari Yadim, Ini Respon Nadir Al-Nuri | Petaling Jaya – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Lelaki Qawwam sempena Bulan Dakwah 2.0 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Nadir Al-Nuri berkata, anugerah tersebut adalah pertama kali diterimanya kerana sebelum ini dia tidak pernah menerima apa-apa anugerah. “Saya memang jenis pendiam dan ‘introvert’, lebih suka senyap bila duduk dengan orang ramai, memilih membaca di sudut senyap daripada me’ngeteh’ di tengah kedai mamak dan buat kerja senyap-senyap daripada cuba menge’wow’kan orang. “Terima kasih kepada Kementerian…
Wartawan Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Ditembak | MEXICO CITY: Pengasas majalah Mexico, Alfredo Cardoso meninggal dunia semalam selepas ditembak sebanyak lima kali, kata gabenor negeri Guerrero, Evelny Salgado yang memaklumkan ia adalah kes pembunuhan kedua membabitkan wartawan di negara itu dalam tempoh seminggu. Cardoso diculik pada minggu lalu oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya dengan mengenakan pakaian menutup kepala, kata pemerhati hak asasi manusia, Reporters Without Borders (RSF). Menurut laporan media, dia ditemui keesokan harinya dengan kesan tembakan dalam kenderaan miliknya dan segera dibawa ke hospital. “Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Alfredo Cardoso Echeverria, wartawan yang juga pengasas…
Disneyland Shanghai Tutup Akibat Satu Kes COVID-19 Baharu | BEIJING: Disneyland Shanghai ditutup hari ini berikutan satu kes COVID-19 baharu. Pihak berkuasa China meneruskan strategi sifar jangkitan mereka menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk. China berjaya mengurangkan kebanyakan kes domestik, namun berlaku peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Ia menguji keazaman Beijing yang mahu menghapuskan wabak COVID-19 kerana kebanyakan negara lain sudah mula membuka sempadan. Terdapat 92 kes baharu dilaporkan hari ini – tertinggi sejak pertengahan September. Taman tema keriangan itu ditutup selepas seorang wanita yang berkunjung ke situ disahkan positif wabak itu selepas pulang ke rumah. Disneyland Shanghai ditutup bagi…
Isu Lelaki Dikompaun RM10K Pakai ‘Mask’ Di Dagu, Ini Jawapan Balas KJ | Putrajaya – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan kompaun RM10,000 yang dikeluarkan pada 12 Mac lalu terhadap seorang lelaki kerana memakai pelitup muka di dagu adalah selaras dengan undang-undang ketika itu. Jelasnya menerusi ciapan di Twitter, ia selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu yang memperuntukkan kompaun maksimum RM10,000 bagi individu atau RM50,000 (perbadanan). “Pada 17 Mac 2021, satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan,” ciapnya hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular mengenai seorang lelaki yang dikenakan kompaun…