Restoran Diserbu Pihak Polis. Ini puncanya… | GEORGETOWN – Taktik sebuah pusat hiburan yang menggunakan lesen restoran untuk menjalankan aktiviti hiburan terbongkar selepas diserbu polis pada malam Sabtu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira jam 11 malam hasil daripada risikan yang dijalankan beberapa hari lalu. Menurutnya, ketika serbuan premis tersebut didapati sedang memainkan muzik dengan kuat dan tiada sebarang penjarakan sosial dilakukan oleh pelanggan ketika berada dalam restoran itu. “Hasil siasatan kami dapati modus operandi premis berkenaan…
Author: Admin Baik
Buat Hal Lagi, Polis Akan Panggil ‘Karen’ | Wanita warga asing atau digelar ‘Karen’ oleh warganet yang tular beberapa kali di media sosial akan dipanggil polis. Baca seterusnya… KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil seorang wanita warga asing untuk dirakam keterangan selepas satu klip video menunjukkannya bertengkar dengan pengawal keselamatan ketika dihalang masuk ke sebuah pusat beli belah di Bangsar tanpa memakai pelitup muka, tular di media sosial. Polis mengesan klip video yang dimuat naik menerusi Twitter itu pada jam 11.30 malam, semalam sebelum satu siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan wanita itu yang digelar sebagai ‘Karen’…
Tolak Vaksin..Penjawat Awam Akan Diambil Tindakan Mulai Esok | Susulan segelintir penjawat awam yang enggan divaksin tanpa sebarang alasan kesihatan, ini tindakan yang bakal dihadapi mereka. Baca selanjutnya.. Putrajaya – Dikenakan tindakan tatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok. Tindakan itu dibuat selaras dengan arahan dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Oktober lalu. Pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman itu jelas menyatakan, penjawat awam yang…
Petani Afghanistan tanam ganja ‘besar-besaran. Ini sebabnya…’ | KANDAHAR: Pihak berkuasa baharu Taliban bersumpah merancang membanteras perdagangan dadah yang sebahagian besarnya mencetuskan kejayaan pemberontakan mereka. Bagaimanapun, setakat ini tiada apa berubah untuk petani ganja seperti Ghulam Ali, yang tanamannya merentasi tiga hektar di luar Kandahar. Ladang tumbuhan hijau gelap yang boleh dikenali kerana berbau busuk itu terletak di jalan utama melalui daerah Panjwai. “Kami mendapat manfaat daripadanya lebih daripada mana-mana tanaman atau buah-buahan lain. Saya mempunyai pilihan untuk tanaman lain, tetapi popi memerlukan lebih banyak pelaburan, lebih banyak bahan kimia bagi melindunginya daripada penyakit,” kata Ali kepada AFP. Di bawah…
Suami Fail Cerai Terkejut Isteri Hodoh Tanpa Solekan Selepas Kahwin | Kaherah: Berang ditipu isterinya, seorang lelaki Mesir memfailkan penceraian di mahkamah selepas terkejut melihat rupa sebenar isterinya tanpa solekan sehari selepas perkahwinan mereka. Gambar Hiasan Gulf News melaporkan, lelaki itu mengakui pada pagi selepas perkahwinan mereka dia terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan. “Saya rasa ditipu kerana sebelum berkahwin dia hanya mengenakan solekan tebal, dia kelihatan hodoh tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah. Lelaki itu memfailkan penceraian selepas sebulan perkahwinan mereka. Katanya, dia mengenali isterinya menerusi Facebook di mana dia memuatnaik banyak gambar cantik memakai solekan penuh. Menurutnya, selepas…
Deepavali: Hanya individu lengkap vaksinasi dibenar sembahyang di rumah ibadat | Individu yang lengkap divaksin Covid-19 sahaja dibenarkan menyertai aktiviti keagamaan dan sembahyang di rumah ibadat sempena perayaan Deepavali pada 4 Nov. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini menyatakan, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah berbeza mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut kenyataan itu, bagi rumah ibadat yang berada dalam Fasa Tiga PPN, had kehadiran tertakluk kepada saiz ruang sembahyang rumah ibadat dengan mengambil kira penjarakan fizikal tidak kurang daripada satu meter. “Tempoh waktu keagamaan dan sembahyang dibenarkan antara pukul 6 pagi dan 2 petang…
Kurang Makanan, Kata-Kata Kim Jong-un Pada Rakyat Buat Ramai Marah | PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberitahu rakyat supaya ikat perut dan kurangkan makan untuk beberapa tahun mendatang di sebalik kekurangan bekalan makanan yang dihadapi negara. The Mirror melaporkan, status bekalan makanan yang meruncing itu sudah memasuki status darurat. Pegawai Korea Utara berkata, orang ramai perlu menerima kekurangan itu sehingga negara ini membuka semula pintu sempadan dengan China pada 2025. Ketika ini, penduduk Korea Utara bimbang dengan keadaan mereka menjelang musim sejuk ini kerana kekurangan makanan dan terdapat laporan ada yang meninggal dunia akibat kelaparan. Sumber: Utusan
Sasterawan Negara Kemala Meninggal Dunia | KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia, hari ini. Kematian Allahyarham disahkan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad. Mohamad Saleeh berkata, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari selepas berada dalam keadaan uzur kerana beberapa penyakit termasuk komplikasi buah pinggang. “Pemergian beliau adalah kehilangan besar bagi dunia sastera Malaysia. “Sumbangannya bukan sahaja dalam bentuk karya puisi, kritikan, dan prosa yang bermutu tinggi dan menjadi antara ikon sastera tanah air, malah gerakan sastera yang dilancarkan beliau sebagai aktivis memberikan…
Akibat Terlalu Asyik Layan TikTok, Suami Ugut Ceraikan Isteri |KUALA TERENGGANU – Seorang suami mengugut untuk menceraikan isterinya kerana cemburu dan bosan dengan wanita berkenaan yang sering menghabiskan masa melayan aplikasi media sosial, TikTok. Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Terengganu, Moktar Salleh berkata, situasi itu berlaku pada tahun ini melibatkan pasangan suami isteri dari sebuah daerah di Terengganu yang berusia lingkungan 30-an. Menurutnya, si isteri kini diberi masa oleh suaminya untuk berubah sebelum kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Syariah. “Apabila si isteri asyik bermain TikTok dan ramai yang tengok serta meninggalkan tanda suka (like), secara tidak langsung si…
Alat kesan COVID-19 hanya melalui bunyi batuk | Sekumpulan penyelidik tempatan berjaya mencipta aplikasi yang dapat mengesan individu yang dijangkiti COVID-19 hanya daripada bunyi batuk. KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyelidik tempatan berjaya mencipta aplikasi khas untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang individu dijangkiti COVID-19 hanya daripada bunyi batuk. Aplikasi itu yang kini di peringkat ujian merakam dan menyimpan sampel data bunyi batuk dijangka dapat digunakan mulai Jun tahun depan. Pengesanan virus menerusi bunyi batuk itu dilaporkan mempunyai ketepatan 90 peratus dalam mengesan sama ada seseorang itu dijangkiti COVID-19. Penggunaan aplikasi batuk untuk mengesan COVID-19 tidak membabitkan kos kerana…