Ini Cerita Sebenar Yang Tular Ribuan Dolar AS Dalam Tong Sampah | Beirut, Lebanon – Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini kerana memaparkan sejumlah mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) ditemui di dalam tong sampah di sebuah perkampungan di Lebanon, lapor akhbar Metro UK semalam. Datuk Bandar Sin el Fil, Nabil Kahala mengesahkan perkara tersebut, namun memberitahu bahawa wang yang ditemui tersebut adalah palsu. “Wang tersebut adalah palsu dan merupakan kertas kosong yang dicetak dengan imej wang kertas dan dihasilkan beribu-ribu kali dalam bentuk jalur gambar,” katanya. Nabil berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa bandar…
Author: Admin Baik
Rentas Negeri. Ini Keadaan Terkini Lebuh Raya Laluan Ke Utara & Timur | Petaling Jaya – Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan sedikit sesak berhampiran Terowong Genting Sempah menghala ke Kuantan pagi ini. Menerusi perkongsian di laman Twitter @LPTTrafik kira-kira pukul 11.07 pagi tadi keadaan trafik di kawasan itu perlahan kira-kira 1.4 kilometer bermula di Kilometer 35.7 (KLK) sehingga ke terowong. Kata @LPTTrafik, kesesakan trafik itu berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan dan penutupan Terowong Genting Sempah arah Timur yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini. Sebagai altenatif kata @LPTTrafik, pengguna akan melalui lorong…
Berang Tak Bayar Hutang, Wanita Buat Ritual ‘Sihir’. | Gara-gara berang penghutang enggan melunaskan bayaran hutang, tindakan seorang wanita membuat ritual ilmu hitam dihadapan rumah penghutang bikin seram. Baca selanjutnya.. Hanoi – Aksi seorang wanita membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com. Menerusi satu klip video yang tular, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H, dilihat memakai gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya. Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang…
Tular Elak Terkena 5G, Antivaksin Guna Aluminium Foil | Petaling Jaya – Jika sebelum ini golongan antivaksin mengambil ubat Ivermectin atau menghidu asap cengkih bagi mengelak terkena Covid-19, kini golongan itu muncul dengan kaedah baharu iaitu menggunakan aluminium foil. Kaedah itu disyorkan selepas muncul beberapa dakwaan yang mengatakan badan mereka mula berasa sakit akibat terkena frekuensi rangkaian 5G yang terpancar daripada individu yang telah divaksin. Perkara tersebut menjadi tular di media sosial berikutan tersebarnya tangkap layar perbualan mengenai kaedah itu di aplikasi Telegram yang dipercayai merupakan kumpulan antivaksin. “Minggu lepas keluarga dari Kuala Lumpur balik. Satu rumah penuh dengan orang vaksin,…
PM Umum Aktiviti Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok | Pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia berkenaan kebenaran rentas negeri dari PM. Baca selanjutnya.. Putrajaya – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, 11 Oktober 2021. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya. “Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Data terkini…
Rumah Di Kampung Ini Dikelilingi Kubur Buat Ramai SERAM | Jakarta – Sebuah perkampungan di Indonesia menjadi perhatian masyarakat setempat kerana menempatkan kubur di kawasan keliling rumah sehingga menakutkan tetamu luar, lapor laman berita Merdeka semalam. Menurut penduduk Kampung Pasir Makam dalam wilayah Jawa Barat itu, ada antara tetamu yang menolak untuk makan atau minum juadah yang disajikan kerana bimbang sisa dari masuk ke dalam makanan. “Rata-rata orang luar Kampung Pasir Makam tidak mahu minum atau makan apa sahaja yang dimasak di sini kerana takut ada sisa daripada yang masuk ke dalam makanan. “Padahal, kubur dengan rumah kami itu jaraknya…
Rentas Negeri Hampir Dibenarkan, Ini Pesanan YB KJ | Putrajaya – Individu yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah jangkitan Covid-19 dinasihati menjalani ujian kendiri secara berkala sebelum bersedia balik kampung. Ingatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri sudah hampir dibenarkan dengan 1.6 peratus sahaja diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus. “Sementara @KKMPutrajaya telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala. “Jika anda mahu balik kampung dan berjumpa ibu bapa, lakukanlah ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag),” ciapnya di Twitter hari…
Enggan Beri Wang RM1.5 Juta, Wanita Anggap Kekasih ‘Kedekut’ | Jakarta – Gara-gara meminta wang tunai berjumlah lima bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada teman lelaki, seorang wanita mendedahkan dia ditinggalkan lelaki itu kerana tidak mampu memenuhi permintaan tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi satu video di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu, wang tersebut diminta oleh keluarganya tanpa mendedahkan tujuan permintaan itu. Tambahnya, dia berasa kecewa kerana teman lelakinya bertindak meninggalkannya disebabkan enggan memenuhi permintaan tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. “Ditinggalkan teman lelaki gara-gara keluarga meminta wang berjumlah lima billion rupiah (RM1.5 juta), padahal itu…
Lelaki Selekeh Bawa Kotak Namun Isinya Buat Bank KAGET | Siapa sangka kehadiran seorang lelaki yang berpakaian selekeh memasuki bank dengan membawa kotak disangka nak minta sedekah, namun ini yang terjadi. Jakarta – Sebuah video di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang pelanggan bank yang hanya memakai seluar pendek beserta sepasang selipar, namun membawa wang tunai yang banyak untuk disimpan, lapor laman berita Suara.com semalam. Berdasarkan video yang tular di TikTok itu, lelaki tersebut dilihat memasuki sebuah bank dengan hanya berselipar dan berseluar pendek sambil membawa sebuah kotak. Sejurus berada di kaunter bank, dia membawa keluar…
Pelekat P Dapat Sambutan Di Luar Negara, Ini Puncanya.. | Baru-baru ini pelekat lesen P jadi viral di luar negara dan mendapat sambutan hingga harga jualannya menjadi mahal, ini puncanya. Petaling Jaya – Pelekat ‘P’ yang kebiasaannya ditampal pada kenderaan selepas pemandu lulus ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mendapat permintaan ‘antarabangsa’ apabila dikesan turut dijual di laman jual beli online China, Taobao. Seorang pengguna Facebook dengan nama Takeshi Kaneshiro menerusi satu kemas kini status memuat naik tangkap layar aplikasi jual beli berkenaan yang memaparkan pelekat itu dijual dengan harga AS$4.49 (RM18.76) sekeping. “Pelekat P kita (Malaysia) kini dijual…