Kira-kira dilaporkan dua juta penerima vaksin Sinovac diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April ini. Ia melibatkan seramai 2.09 juta penerima Sinovac belum menerima dos penggalak dan sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi peringatan sejak Disember tahun lalu. Bagaimanapun sehingga kini, masih ramai yang menolak dos ketiga itu atau adakah mereka tidak mempunyai kesempatan untuk daftar janji temu bagi mendapatkan vaksin tersebut? Persoalan di sini juga, adakah rakyat Malaysia sudah selesa dan kebal daripada jangkitan Covid-19 dan varian Omicron? Pada Jumaat, sebanyak 15,574,997 individu dewasa atau 66.2 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara…
Author: Miss Alin
Taliban mengarahkan sekolah menengah perempuan di Afghanistan, ditutup pada Rabu, hanya beberapa jam selepas ia dibuka semula, mencetuskan kekeliruan dan kesedihan atas dasar pemerintah. Pelajar kembali ke sekolah buat kali pertama sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, mengemas barang-barang mereka dengan sebak dan keluar. Jurucakap taliban, Inamullah Samangani berkata, ya, ia memang benar kepada AFP selepas diminta untuk mengesahkan laporan bahawa gadis diarah pulang. Beliau tidak akan segera menjelaskan alasan itu, manakala jurucakap kementerian pendidikan Aziz Ahmad Rayan berkata, pihaknya tidak akan mengulas mengenainya. Kru AFP sedang membuat penggambaran di Sekolah Tinggi Zarghona di ibu negara, Kabul, apabila…
Seorang wanita di Zhengzhou, China bernama Wang, membuat janji temu untuk makan malam bersama beberapa rakan di sebuah restoran ‘hot pot’ selepas seharian bekerja. Namun, hasrat untuk bersosial pada hari itu mungkin menjadi antara peristiwa yang diingati sepanjang hidupnya. Mengikut cerita yang dikongsi di Weibo, ketik mahu beredar, dia dan pelanggan lain telah diarahkan oleh pihak berkuasa supaya tidak keluar dari restoran itu. Mereka perlu menjalani kuarantin buat sementara waktu kerana seorang pelanggan yang makan di situ disahkan positif COVID-19. Akibatnya, 10 kakitangan, dan kira-kira 40 pelanggan terperangkap di dalam kedai berkenaan selama tiga hari. Mujurlah, pemilik restoran itu cukup…
Seorang lelaki di Indonesia ditahan setelah dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah. Suspek berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai WD ditahan polis selepas didapati wujud kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa. Suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu setelah sering menonton video lucah, lapor Kumparan News. Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga ayah kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan. Difahamkan suspek dan ibu mangsa sudah bercerai lima tahun lalu, namun mangsa…
Enam dari 10 kenderaan yang rosak serta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang Jaya dekat sini sudah dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik masing-masing. Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 23, Mohamad Samat, berkata kerja pembersihan dan mengalihkan tanah runtuhan dimulakan sejak 16 Mac lalu berjalan dengan lancar setakat ini termasuk mengeluarkan kenderaan tertimbus. Jelasnya, enam daripada kenderaan yang tertimbus dan rosak dalam kejadian sudah berjaya dikeluarkan sejak semalam, dengan empat kenderaan di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 dan dua di Jalan Mega 15, Taman Mega Jaya. Tambahnya, ketika kenderaan dikeluarkan dan…
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta tidak memalukan Kedah dengan cadangan mengeksport ketum secara sah ke Thailand. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Tan Kok Yew menasihatkan Muhammad Sanusi supaya lebih berhati-hati ketika bercakap. Jelasnya, ada beza geliga (bijak) dengan kelolo (suka bergurau). Walaupun Muhammad Sanusi bukan daripada parti kami tapi Yang Amat Berhormat (YAB) adalah menteri besar kami. Ujarnya ketika membahaskan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, jangan bagi malu negeri dengan kelakuan YAB. Tegas beliau, Muhammad Sanusi juga perlu memberi penjelasan dan…
Sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila dilaporkan dua kereta api bertembung di selatan ibu kota Tunisia, Tunis pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik seorang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam. Kemalangan berlaku di kawasan Jebel El Jloud berhampiran stesen utama Barcelona yang terletak di tengah-tengah Tunis apabila sebuah kereta api jarak jauh melanggar kereta api lain yang bergerak di landasan sama, kata Samir Oueslati, pemangku pengarah serantau Perlindungan Awam seperti dilapor stesen radio swasta Mosaique FM. Bagaimanapun kata jurucakap Pertahanan Awam, Moez Triaa, hanya satu kereta api yang membawa penumpang. Menurutnya, tiada kematian dilaporkan dan kebanyakan yang cedera mengalami patah tulang…
Kerajaan didakwa masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta model cukai kepenggunaan yang lain, menurut Kementerian Kewangan (MoF). Menurut MoF, kajian itu mengambil kira semua aspek termasuklah kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan sistem GST yang dilaksanakan pada 2015. Jelasnya, kajian yang dijalankan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap,” kata kementerian dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam. Kenyataan itu bagi menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) sama ada kerajaan berhasrat untuk mengembalikan pelaksanaan…
Pelakon yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, dilaporkan akan disiasat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikuatkuasakan terhadap pelakon terbabit kerana kerana menyalahi undang-undang. Jelasnya, yang pasti adegan seperti dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk ditayang sama ada pada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Tambahnya, maka jagalah nilai dan budaya, melalui satu ciapan di Twitternya , baru-baru ini. Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan…
Pelakon Zul Ariffin menyesal dengan tindakan memuat naik video ‘teaser’ drama bersiri Perempuan Itu di Instagram (IG), baru-baru ini yang dianggap keterlaluan hingga dikecam netizen. Mengaku apa yang dilakukan suatu kesilapan, Zul atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya itu. Beliau berkata, dengan hati terbuka telah mengambil maklum atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini. Beliau memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan, menerusi satu posing di Instagram beliau, baru-baru ini. Tambah pelakon Sangkar ini, kontroversi itu membuatkan dia lebih berhati-hati…