Author: Miss Alin

Ribut: Penduduk Luah Tiada Makan Besar, Tiada ‘Mood’ Sambut Raya (Ada Video) | Hari ini iaitu 31 Januari seharusnya menjadi detik dan masa yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina. https://twitter.com/Pelabur_Bijak/status/1487757215901437952?s=20&t=SmnSJL6wG5vXOjiz3rGsxg Mana tidaknya, di sebelah petangnya akan diadakan acara tradisi iaitu jamuan makan besar dan berkumpul bersama kaum keluarga, sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tentu saja persiapan sudah dilakukan lebih awal, baik daripada hiasan rumah dan bahan keperluan untuk menu hidangan perayaan. Tetapi segalanya musnah dalam sekelip mata apabila rumah mereka rosak teruk akibat ribut dan ‘puting beliung’, petang semalam. Penduduk yang terjejas akibat ribut ketika ditemui di Kampung Tawas di sini,…

Read More

Selamat Bersalin, Neelofa Beri Nama Putera Sulung Muhammad Bilal | Pelakon dan pengacara popular Neelofa dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital di ibu negara, pada jam 3.44 petang, Sabtu lalu. Khabar gembira tersebut dikongsikan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz, menerusi satu kenyataan. Menerusi kenyataan itu, PU Riz meluahkan kesyukuran kerana segala urusan menyambut cahaya mata pertama mereka dipermudahkan. Malah, pasangan itu turut mendedahkan nama putera sulung mereka iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris. “Assalamualaikum. Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya. “Isteri saya, Noor Neelofa…

Read More

Remaja Lelaki Ditemui Mati Selepas Tidak Diterima Ibu Bapa Kandung | Seorang remaja lelaki yang dijual ibu bapanya ketika masih bayi ditemukan mati di pantai timur China di Hainan, baru-baru ini menurut laporan Daily Mail. Ia tidak lama selepas dia mendakwa tidak diterima ibu bapa kandungnya. Menerusi laporan Daily Mail, remaja tersebut dikenali sebagai Liu Xuezhou, 17, dipercayai telah membunuh diri. Sebelum itu, remaja terbabit meninggalkan nota menerusi aplikasi media sosial Weibo dan ia membimbangkan ramai pihak mengenai keselamatannya. Polis Sanya kemudian melancarkan operasi mencari remaja berkenaan. Liu yang ditemukan orang awam kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.…

Read More

Kerajaan Beri Kebenaran Tunai Umrah Bermula 8 Februari Ini | Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. Bagaimanapun beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah. Jelasnya, sebentar tadi pihak mereka telah membuat keputusan seperti mana dinyatakan dahulu penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini agensi pelancongan umrah sudah dibenarkan meneruskan aktiviti umrah dan hal ini…

Read More

Pindah Orang Asli Terkesan Ancaman Harimau. Ini Jawapan Timbalan MB Kelantan |  Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata kerajaan negeri yakin perkara itu dapat diselesaikan menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan. Menurutnya, isu harimau ini di bawah Perhilitan, mereka sedang berusaha menyelesaikannya dan setakat ini tidak menerima maklumat harimau masuk ke dalam perkampungan Orang Asli. Jelasnya lagi, jika ingin memindahkan mereka (Orang Asli), mengikut…

Read More

“Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir Lewat Agih Akibat Tuntutan Meragukan”- Ujar PM | Kelewatan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir yang tidak berpindah berlaku, disebabkan terdapat tuntutan yang boleh dianggap meragukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menyentuh mengenai pengurusan pasca banjir ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Selasa, beliau berkata, terdapat juga permohonan BWI yang tinggi diterima dari sesetengah negeri, iaitu sekali ganda daripada jumlah asal ditetapkan. Jelasnya, perkara tersebut berlaku disebabkan terdapat kes individu yang membuat tuntutan BWI, meskipun keadaan air di rumah hanya di…

Read More

Banjir Kilat Di Taman Sri Muda. Exco Dedah Ini Punca Sebenarnya.. | Sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat membuang sisa domestik ke longkang hingga saliran air tersumbat antara punca berlakunya banjir kilat di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini. Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau berkata, setakat ini tiada cara lain ​bagi mengurangkan risiko tersebut melainkan ​dengan ​operasi pembersihan. Beliau mengakui pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) bertanggungjawab dalam hal itu namun kerjasama penduduk begitu diperlukan agar masalah longkang tersumbat dapat diatasi. Beliau juga kesal kerana nampak tidak ada…

Read More

MetMalaysia Jangka Hujan Batu Landa Beberapa Kawasan Di KL | Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian hujan batu dan angin kencang telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur bermula sekitar jam 4 petang pada Isnin. Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan imej radar dan satelit, awan hujan dan ribut petir aktif mula dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang. Bagaimanapun katanya, hujan batu adalah satu fenomena yang biasa terjadi di negara ini. Jelasnya, hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang. Katanya, apabila awam kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer,…

Read More

Israel Dilanda 2 Gempa Bumi Berturut-turut | Satu gempa bumi telah berlaku di utara Israel pada tengah hari baru-baru ini menyebabkan sejumlah penduduk keluar dari kediaman dan bangunan serta menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat menerusi laporan Haaretz. Gempa bumi berukuran 3.5 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer ke tenggara bandar Tiberias, kata Kajian Geologi Israel. Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan berlaku. Sejumlah pekerja dilaporkan dipindahkan dari sebuah dewan bandar raya di Beiy She’an sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard ketika berlakunya gempa bumi. Seorang penduduk dilaporkan memberitahu laman berita Walla kemungkinan satu…

Read More

Sebar Berita Tidak Rasmi Berhubung Kesihatan Dr Mahathir. Ini ‘Amaran’ Annuar Musa Kepada Netizen | Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang berita mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melainkan ia berdasarkan sumber keluarga atau hospital secara rasmi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. Beliau sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh. menurut caiapannya di lama Twitter, beliau menyatakan supaya “Hormati situasi keluarga Tun Dr Mahathir saat ini”. Sejak Sabtu, pengamal media mula berkumpul di…

Read More