Author: Admin Aqilah

Mayat Budak Ditemui Terapung Ada Kesan Gigitan Buaya. | LAHAD DATU: Kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya akhirnya ditemui dengan kesan gigitan pada kaki di Sungai Kampung Bakau Lama di sini pada Ahad. Mayat kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung oleh penduduk kampung pada jam 6.41 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Katanya, operasi SAR yang disambung pada hari kedua dimulakan kira-kira jam 6.30 pagi bersama penduduk kampung. “Mangsa kemudian ditemui penduduk kampung dalam keadaan terapung di sungai…

Read More

Bajet 2022: Doktor Kontrak Rasa Dipergunakan, Kerajaan Tidak Serius Bantu. | PETALING JAYA: Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan doktor kontrak, atau berdepan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022, berkaitan kumpulan berkenaan. ‘Kami rasa diperguna. Kerajaan tidak serius membantu kami dan kami hanya mempergunakan kami ketika pandemik,” kata jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal, memberitahu FMT. “Kami akan memberi masa kepada kerajaan untuk mereka berunding, namun sekiranya mereka enggan memberikan kami jawapan, mogok akan dilakukan pada Disember,” katanya. Mustapha berkata, doktor kontrak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan tindakan…

Read More

[VIDEO] Hujan Ganjil Di Indonesia Buat Ramai Warganet ‘Garu Kepala’. | FENOMENA hujan lazimnya meliputi kawasan luas, malah boleh terjadi di beberapa daerah berhampiran pada waktu yang sama. Seperti kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negara baru-baru ini, bukan setakat Selangor sahaja, malah beberapa negeri lain terjejas termasuk Melaka apabila dilanda bah sekali lagi. Memang jarang-jarang sekali, limpahan air hujan berlaku di satu-satu tempat saja. Namun, apa yang menghairankan warganet apabila fenomena hujan ganjil yang berlaku di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini memang tak masuk akal. Mana tidaknya, hujan lebat hanya terkena kepada sebuah kereta jenis SUV sahaja…

Read More

Cikgu Bengang Kereta Dipenuhi Mi Segera, Ludah Dari Penghuni Flat. | SIAPA yang tidak panas hati apabila mendapati sisa-sisa makanan dicampak pihak ‘tidak bertamadun’ sehingga mengotorkan kereta yang diparkir? Itulah situasi yang dialami oleh Hazlinayani Abd Manan apabila bahagian bumbung dan hadapan keretanya penuh dengan sisa mi segera yang dicampak oleh penghuni flat dari atas. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Nina ini berkata, kejadian disedari pada waktu pagi ketika dia mahu keluar bekerja, beberapa hari lalu. “Saya sedar kejadian itu sekitar pukul 7.30 pagi sewaktu nak keluar bekerja. Dari jauh saya tengok apasal lain macam je…

Read More

Tukang Sihir, Persetubuhan Dengan Mayat Dan Bukan Manusia Boleh Didakwa. | KOTA BHARU- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan untuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dikuat kuasa bermula Isnin. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan bagi penambahbaikan, yang bertujuan untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah-pesalah Syariah terhadap kesalahan yang dilakukan. Beliau berkata peruntukan enakmen sedia ada telah dikaji, diteliti dan didapati kewajaran untuk ditambah baik sesuai dengan arus perkembangan sosial masyarakat masa kini, dan menepati Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. “Mahkamah Syariah diberi kuasa…

Read More

Pendaki Sesat Tidak Mahu Jawab Panggilan Telefon Pasukan Penyelamat. Ini Puncanya. | BAGI sesetengah orang, menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali membuatkannya tidak senang, malah sanggup membiarkannya tidak berjawab. Barangkali tidak suka melayan benda remeh daripada operator jualan insurans, kad kredit ataupun pihak bank yang mempromosikan sesuatu yang tidak diperlukan. Bukan apa, ramai yang selalu terkena! Terdapat juga alasan yang mana mereka tidak mahu terjebak dengan sindiket penipuan atau voice phishing oleh individu tidak bertanggungjawab. Pun begitu, tindakan seorang pendaki yang sesat di dalam hutan dan mengabaikan panggilan telefon daripada pasukan penyelamat membuatkan ramai netizen tepuk dahi. Mana tidaknya, kehilangan lelaki tersebut…

Read More

Bapa Kepada Enam Anak Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Ditahan Polis. |  PETALING JAYA: Seorang buruh binaan berusia 44 tahun meninggal dunia ketika dalam tahanan di balai polis di Pekan, Pahang, 48 jam selepas ditangkap pada 8 Okt. Menurut NGO yang mengendalikan kes itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Guaman Rakyat (Gegar), mangsa, Muhammad Hidayat Abdul Halim ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Koordinator Suaram Mohammad Alshatri Abdullah berkata mangsa tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan. “Ini mungkin kematian dalam tahanan ke-13 pada tahun ini,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Tambahnya,…

Read More

Wang Kertas RM50 Dijual Dengan Harga RM708,000. Ini Sebabnya. | PETALING JAYA: Mungkin ramai yang terpaksa menghentikan aktiviti pelaburan seketika akibat pandemik Covid-19, namun ia tidak menjejaskan aktiviti pengumpul syiling dan wang kertas apabila koleksi lama itu terus dilelong pada harga yang tinggi ketika ini. Menurut Pengarah Trigometric Auctions, Hann Boom, sekeping wang kertas RM50 edisi khas keluaran 2007 berjaya dijual dengan harga RM708,000 dalam sebuah acara lelongan pada Julai. Pada lelongan minggu lalu pula, wang kertas Sarawak $25 keluaran 1929 dijual pada harga RM212,400 dan wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan ketika pentadbiran British, terjual pada harga RM188,800.…

Read More

Filem Popular China Yang Bakal Disiarkan Di Malaysia Diselar Netizen. Ini Puncanya. | Netizen menyelar filem perang China di Malaysia dengan segelintir menganggapnya tidak wajar disiarkan di negara ini kerana mempromosikan komunisme. ‘Teaser’ filem itu dikongsikan Golden Screen Cinemas (GSC) di media sosial petang ini dan terus mendapat reaksi oleh warganet. Filem The Battle at Lake Chang Jin dihasilkan bersempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China tahun ini, dan berjaya mengaut hampir USD900 juta (RM3.7 bilion) sejak ditayangkan di peringkat antarabangsa bulan lalu. Ia juga filem paling laris tahun ini, selain filem bukan Inggeris dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Ia…

Read More

2 Pegawai Polis Hadapi Pertuduhan Selepas Tembak Seorang Pesakit Mental 59 kali. | Juri besar mendakwa dua pegawai penguatkuasa undang-undang pada hari Selasa atas lapan pertuduhan jenayah, termasuk pembunuhan feloni, berkaitan dengan pembunuhan pada 2016, seorang lelaki kulit hitam berusia 26 tahun yang menderita skizofrenia paranoid dan ditembak 59 kali. Kes itu berpunca daripada pertemuan pada 5 Ogos 2016, apabila pegawai Eric Heinze dan Kristopher Hutchens melepaskan 90 das tembakan, menurut dokumen mahkamah. Lima puluh sembilan daripada peluru itu mengenai Robinson. Juri besar Fulton County mengembalikan pertuduhan terhadap Heinze dan Hutchens atas “pembunuhan jenayah, serangan teruk, pecah rumah, membuat kenyataan…

Read More