Selepas Australia, Perancis Tidak Benarkan Penyertaan Jika Tidak Vaksin. | NOVAK Djokovic boleh dihalang daripada beraksi di Terbuka Perancis selepas Kementerian Sukan mengatakan tiada pengecualian daripada undang-undang baharu pas vaksin Perancis. Pemain nombor satu dunia, Djokovic yang masih belum menerima vaksin Covid-19 itu telah dihantar pulang dari Australia pada Ahad sebelum menyertai kejuaraan Grand Slam pertama tahun ini apabila kalah dalam kes mahkamah berkenaan pembatalan visanya. Undang-undang pas vaksin Perancis yang diluluskan oleh Parlimen, menghendaki orang ramai mempunyai sijil vaksinasi untuk memasuki tempat awam seperti restoran, kafe, pawagam dan kereta api jarak jauh. “Peraturannya mudah. Pas vaksin akan dikenakan sebaik…
Author: Admin Aqilah
Hutan Simpan Kledang Saiong Dibenarkan Pembalakan-JPNPk. | IPOH: Kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar diklasifikasikan sebagai hutan pengeluaran, telah mendapat kelulusan membalak kawasan seluas 80 hektar oleh pihak berkuasa negeri pada 2018. Pengarah Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) Mohamed Zin Yusop, berkata berdasarkan rekod, aktiviti pembalakan telah dijalankan melalui pengeluaran satu lesen pada 2019 dan tamat pada 2020. “Aktiviti pembalakan telah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan pihak jabatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Mohamed Zin berkata, pihaknya berpandangan dakwaan pengguna sosial media Facebook yang memuatnaik hantaran ‘hutan simpan pun boleh dapat lesen untuk tarah’ sehingga…
Azam Baki Bersyukur Dapatan SC, Anggap Kes Selesai. | PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, bersyukur dengan dapatan Suruhanjaya Sekuriti berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai. Beliau juga berkata SC memaklumkan bahawa siasatan terhadap perkara itu “telah dimuktamadkan”. “Oleh yang demikian, pihak suruhanjaya telah menutup fail inkuiri tersebut,” katanya dalam kenyataan. Azam menganggap keputusan SC itu sebagai “mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh saya”. “Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai KP SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya. Terdahulu, SC dalam kenyataan memaklumkan tidak menemui kepastian muktamad bahawa…
Peminat Di Indonesia Temui Pusara Upin-Ipin. Ini Kisah Sebenarnya. | SIRI animasi Upin Ipin bukan sahaja popular di Malaysia, malah berpengaruh di rantau nusantara, khususnya di Indonesia. Ia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque Production menampilkan dua watak utama iaitu pasangan kembar Upin dan Ipin. Bermula dengan tayangan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di saluran TV9, Upin & Ipin menjadi kegemaran ramai hingga dipasarkan ke Indonesia. Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh dakwaan kononnya siri kartun itu bukan kisah rekaan tetapi diadaptasi daripada kisah benar. Paparan video TikTok dan portal Suara mendakwa watak kembar kesayangan ramai itu menemui ajal selepas terlibat…
Jangan Risau Jika RFID Tidak Dapat Kesan -PLUS. | SHAH ALAM – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan mana-mana pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID. PLUS dalam satu kenyataan berkata, sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan. “Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” kata kenyataan itu pada Selasa. Mengulas lanjut, PLUS berkata, pihaknya…
Kos Pelekat RFID Pasif RM1 Sekeping, Kenapa Jual RM35?-Najib. | SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan harga pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual pada harga RM35 kerana kos pelekat RFID pasif biasanya dijual bawah RM1 sekeping. Beliau bagaimanapun turut mempersoalkan sama ada syarikat Touch ‘n Go atau PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat bagi pemilik SmarTAG yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID. “Kos sticker (pelekat) RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35? “Dan adakah syarikat Touch ‘n Go atau PLUS akan…
“Dia Datang Tempat Kita Kenapa Kita Kena Minta Maaf”-Pihak Masjid. | SHAH ALAM – Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang yang terpalit isu video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam. Malah, pihak pengurusan masjid berkenaan juga tidak berhasrat untuk membuat permohonan maaf kepada remaja terbabit, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, dalam tempoh terdekat ini. Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berpandangan, remaja terbabit yang perlu berbuat demikian kepada pengurusan masjid berkenaan kerana kesalahan menceroboh. “Pada pandangan saya, di sini ada dua isu, satu remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena…
Kanak-Kanak Lima Tahun Rangkul Malaysia Book Of Record. | SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki, Kashrav Mahadev Sugendran, 5 dianugerahkan Malaysia Book of Records pada 5 Disember lalu selepas berjaya melengkapkan deskripsi 13 fisiologi sistem tubuh manusia. Ibunya, Dr Sharlini Devi Guna Segaran, 35, yang sedang melanjutkan kursus khas dalam bidang mikrobiologi perubatan di Universiti Malaya (UM) berkata, anak sulungnya itu mula menunjukkan minat terhadap bidang biologi sejak berumur tiga tahun kerana tertarik dengan pekerjaan ibunya. Melihat kepada keadaan tersebut, Sharlini bersama suami, Sugendran Palanisamy, 36 mula mengaturkan jadual pembelajaran mengandungi pelbagai aktiviti dan permainan interaktif bagi merangsang perkembangan otak anaknya.…
Kantoi, Dron Rakam Imej Pembalakan Di Habitat Harimau. | KOTA BHARU – Satu imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan dirakam dron aktivis alam sekitar didakwa sebagai habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang. Imej daripada dron milik Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu dirakam semasa tinjauan pihak itu di lokasi berkenaan pada Isnin sehingga Jumaat lalu. Penasihat Kuasa, Meor Razak Meor Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya merakam imej tersebut ketika menerbangkan dron ke lokasi Hutan Simpan Perias, Gua Musang yang dianggarkan terletak dalam jarak satu kilometer (km) dari Pos Bihai, Gua Musang.…
Tular Poster Perayaan Hari Agama Sedunia, Ini Respons Menteri Agama. | PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menegaskan tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia, selepas poster berhubung sambutan itu tular di media sosial hari ini. Beliau meminta umat Islam terus mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. “Tiada istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia. Ianya jelas dan ianya wajib diimani,” tulisnya di Facebook. Idris turut memetik ayat 19 surah Al-Imran: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” Sementara itu, Timbalan Mufti Perak,…