Perbuatan kejam seorang penganggur mencederakan isteri dan dua anaknya kerana berang tidak dibelikan rokok, terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas empat pertuduhan dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini. Tertuduh, Rony Abraham, 37, yang berketurunan Filipina dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan pada sebutan semula kes itu hari ini. Di Mahkamah Sesyen, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nazifah Mohd Salleh, 38, dengan mencucuh puntung rokok di lengan kanan dan di tepi mata sebelah kirinya di rumah mereka di Bukit Tempayan,…
Author: Imannina
(VIDEO) Wanita Dirempuh Dua Kali Oleh Kereta Yang Sama. | Seorang penunggang motosikal wanita mengharungi detik malang apabila dirempuh dan digilis sebuah kenderaan di Jalan Mingde, Tucheng, Taiwan. Ketika kejadian, mangsa difahamkan ingin membelok ke lorong kiri di laluan tersebut namun dia dirempuh sebuah van dari arah belakang secara tiba-tiba dan terjatuh. Meskipun van berkenaan sempat menekan brek, namun rempuhan sebuah lori terhadap kenderaan itu menyebabkan van terbabit bergerak ke depan sehingga menggilis penunggang motosikal terbabit. Susulan itu, mangsa dilihat terkulai di tengah jalan selepas digilis van terbabit. Kejadian itu sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran. Menurut…
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikenali Auni meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Menerusi video dikongsikan oleh bapanya, Mohd Anuar, dilihat Auni memakai baju kerja bapa pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya bersempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya. https://www.tiktok.com/@md_anuar/video/7172002824136527130 Dalam pada itu, lelaki berusia 41 tahun itu memberitahu anaknya yang kini berusia 8 tahun tidak kisah memakai baju kerjaynya. “Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan. Sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah,’ ujar Anuar.…
Seorang lelaki yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk, tertidur di atas motosikal di tepi sebatang jalan yang sibuk, lapor portal berita Okezone kelmarin. Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Kota Tangerang, wilayah Banten, yang menyebabkan polis tiba untuk memeriksa keadaannya. “Kami mendapat laporan penduduk setempat bahawa ada orang sedang tidur di atas motosikal di laluan jambatan. “Kami bertindak dengan pantas dan melihat keadaan lelaki itu serta mengejutkannya daripada tidur untuk keselamatannya,” kata Ketua Polis Metro Tangerang, Komisioner Zain Dwi Nugroho. Selepas dia dikejutkan, polis mendapati lelaki itu tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah. “Dia disahkan tidak melakukan sebarang aktiviti jenayah…
Seorang penyokong England mengejutkan dunia sejurus kemenangan 3-0 pasukannya ketika menentang Senegal dalam perlawanan Piala Dunia di Qatar pada Isnin malam. Ketika ditemubual oleh wartawan Israel yang disiarkan secara langsung, Harry Hatton, 23, menjerit sesuatu yang tidak disangka-sangka ketika ditanya sama ada Piala Dunia yang berprestij itu akan menjadi milik England. “Sudah tentu, tetapi apa yang lebih penting, bebaskan Palestin (Free Palestine),” soraknya. Wartawan terbabit dilihat menggelengkan kepala kerana kecewa dengan sorakan Hatton dan tiga rakannya – yang semuanya memakai baju England – bersorak untuk Palestin. Sorakan itu dilakukan bagi memberi sokongan ke atas Palestin, negara yang masih dijajah oleh…
Wanita ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel di Taman Melaka Raya, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran tertiarap dan berlumuran darah di kepala sebelum menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir selepas menerima laporan pada 10.52 pagi. Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati mangsa bukan tetamu, sebaliknya datang ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi. “Si mati kemudian naik ke tingkat 12 dan selepas…
Seorang pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis methampethamine, April lalu. Hakim, Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Nur Azhar Hassim, 26, yang mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki dadah jenis methampethamine seberat 36.2 gram yang disenaraikan di bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.45 malam di tepi jalan PKAK 2, Hotel Metra Square, Ayer Keroh, dalam daerah Melaka Tengah pada 9 April lalu. Sabit kesalahan,…
Seorang wanita ‘scammer’ ditahan polis Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dengan lebih enam kes penipuan perkhidmatan dekorasi belon hari jadi menerusi aplikasi Instagram. Dengan menggunakan akaun Instagram ‘thepartyfairy.my’, suspek dipercayai memperdaya ramai mangsa membuat bayaran terlebih dulu, namun tidak menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan. Tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat oleh seorang mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek 30 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Shah Alam dalam serbuan di satu unit kondominium di KL Gateway Kerinchi, jam 4.30…
Tular sebuah video sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan rantai besi dan parang dipercayai berlaku di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. Rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial pada Ahad, memaparkan seorang lelaki menghayunkan rantai besi ke arah mangsa dan mengenai kepala sehingga berdarah. Lelaki itu kemudiannya menuju ke kereta dan mengeluarkan sebilah parang sebelum dihalang oleh beberapa individu lain yang berada di lokasi kejadian. Insiden itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar pada pukul 12.15 tengah hari ketika mangsa bersama seorang rakannya hendak keluar makan. Namun secara tiba-tiba laluan keluar masuk…
Sembilan jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar Senawang di sini, mendakwa kawasan perumahan di bawah seliaan mereka menghadapi masalah anjing liar dan situasi makin buruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. Semua wakil KRT berkenaan menyuarakan isu sama iaitu kehadiran anjing yang semakin banyak selain turut mengganggu ketenteraman dengan mengejar penduduk yang keluar pada awal waktu pagi atau senja. Meskipun belum ada kejadian penduduk digigit haiwan jalanan itu, wakil KRT khuatir ia bakal berlaku dan lebih teruk jika menimpa kanak-kanak atau warga emas. Pengerusi KRT Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Senawang, Zainal Mohd Nor, 53 berkata, pihaknya…