Author: Cik Syamina

Rezeki Aidilfitri Buat Penjual Buluh Lemang. Dua rakan iaitu penjual buluh menerima tempahan sehingga 4,000 batabg buluh untuk membuat lemang sempena Aidilfitri ini. Baca selanjutnya. PEDU – Dua rakan tidak menang tangan apabila menerima tempahan kira-kira 4,000 batang buluh untuk membuat lemang, sekali gus memanfaatkan peluang tersebut dengan mencarinya di sekitar tebing Tasik Pedu, dekat sini. Mohd Rafiuddin Mohd Shukri, 23, dan rakannya, Mohd Azim Faiz, 27, menerima tempahan daripada peniaga lemang di sekitar Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang dua minggu sebelum tibanya Aidilfitri. Menurut Mohd Rafiuddin, mereka melakukan kerja sampingan tersebut sejak tiga tahun lalu dan menerima reaksi…

Read More

Bayi Lelaki Kembar Cristiano Ronaldo Meninggal Dunia. Berita sedih buat pasangan Cristiano dan Georgina Rodriguez apabila bayi kembar lelakinya disahkan meninggal dunia. Baca selanjutnya. MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bayi mereka yang baru lahir meninggal dunia. Ronaldo mendedahkan di media sosial pada Oktober lalu yang pasangannya Rodriguez mengandung anak kembar. Dalam satu status dimuat naik penyerang Manchester United itu semalam, dia mengesahkan pasangannya selamat melahirkan bayi perempuan tetapi kembarnya, bayi lelaki meninggal dunia. “Dukacita dimaklumkan yang bayi lelaki kami meninggal dunia. Ia kesedihan yang perit buat mana-mana ibu bapa. Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan…

Read More

Peniaga Runsing Harga Buluh Naik Menjelang Aidilfitri! Para peniaga terpaksa menaikkan harga buluh bagi menampung kos buluh yang semakin mahal menjelang Aidilfitri ini. Baca selanjutnya. ALOR GAJAH: Para peniaga lemang runsing memikirkan harga buluh yang semakin mahal menjelang sambutan Aidilfitri sehingga memaksa mereka menaikkan harga jualan untuk menyerap kos tersebut. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pekan Masjid Tanah dan Simpang Ampat di sini mendapati, rata-rata peniaga memaklumkan buluh lemang dijual pada harga RM1.40 hingga RM2.50 sebatang. Seorang peniaga, Amran Kasim, 47, berkata, dia masih dapat membeli buluh pada harga lebih rendah daripada pasaran iaitu RM1.40 sebatang, namun menjangkakan harga itu…

Read More

China Berusaha Hapus Penularan Omicron Melalui Vaksin Dos Penggalak. China National Biotec Group (CNBG) mengeluarkan dua calon vaksin Covid-19 untuk mencegah penularan varian Omicron telah mendapat kelulusan sebagai dos penggalak dalam ujian klinikal di Hong Kong. Baca seterusnya. BEIJING: Dua calon vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh unit dalam China National Biotec Group (CNBG) untuk mencegah penularan varian Omicron sudah mendapat kelulusan sebagai dos penggalak dalam ujian klinikal di Hong Kong. CNBG yang merupakan anak syarikat Sinopharm itu memaklumkan, kedua-dua vaksin tersebut mengandungi virus Omicron yang sudah dinyahaktif dan serupa dengan dua vaksin Sinopharm yang digunakan di China. Vaksin berkenaan akan…

Read More

Penggunaan Bayaran Tanpa Tunai, Boost di Bazar Ramadan. 800 peniaga bazar Ramadan tempatan mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi tujuan pembiayaan tanpa tunai. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 peniaga bazar Ramadan tempatan mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi tujuan pembiayaan tanpa tunai. Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, Eric Chong, berkata melihat ratusan peniaga bazar Ramadan tempatan menggunakan Boost sebagai platform pembayaran digital pilihan, ia mencerminkan usaha berterusan pengendali e-dompet untuk lebih memudahkan akses penyelesaian digital dan memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). “Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia…

Read More

Berita Baik! Tiket Penerbangan Bakal Turun Harga. Selepas mendengar pelbagai rungutan oleh orang ramai, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong telah berbincang dengan tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menurunkan harga tiket penerbangan. ISKANDAR PUTERI: Syarikat penerbangan serta pihak berkepentingan kini sedang memuktamadkan perbincangan berhubung kaedah atau langkah terbaik, bagi menurunkan kadar tambang tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, yang disifatkan meningkat, khususnya pada musim perayaan. Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata perbincangan itu yang melibatkan tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia…

Read More

Gunakan Wang KWSP Sebaiknya, Jangan Boros! Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan dalam akaun masing-masing bermula 20 April ini, rakyat dinasihatkan menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya. Baca selanjutnya. SUDAH pasti sebahagian rakyat Malaysia kini sedang menghitung hari menunggu wang RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan dalam akaun masing-masing bermula 20 April ini. Berdasarkan laporan kaji selidik sebuah stesen televisyen baru-baru ini, daripada lebih 6,000 responden, sebanyak 51 peratus memilih untuk menggunakan wang tersebut bagi menampung perbelanjaan keperluan asas. Sementara 25 peratus pencarum lagi mahu menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang, manakala 10 peratus memilih berbelanja dan…

Read More

AWAS! Demam Denggi Masih Relevan Dan Bahaya. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai menyatakan bahawa demam denggi masih relevan tetapi masyarakat kini lebih suka tidak hiraukannya kerana lebih berjaga-jaga terhadap Covid-19. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR – Orang ramai yang secara berterusan mempunyai simptom demam denggi seperti demam berterusan, cirit birit dan sakit badan walaupun diuji negatif Covid-19, dinasihatkan untuk menjalani ujian demam itu di fasiliti perubatan, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai. Beliau berkata, bahaya demam denggi masih ada dan relevan, tetapi orang ramai kini lebih suka tidak mengendahkannya kerana mereka lebih berjaga-jaga…

Read More

Rawatan Pergigian Boleh Batalkan Puasa Atau Tidak? Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan prosedur rawatan pergigian seperti tampalan, cuci gigi, cabutan, pengambilan sinar-X dan acuan gigi tidak membatalkan puasa. MASIH terdapat pesakit yang ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan pergigian ketika Ramadan kerana khuatir akan membatalkan puasa. Seperti dinyatakan dalam Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), prosedur rawatan pergigian seperti tampalan, cuci gigi, cabutan, pengambilan sinar-X dan acuan gigi tidak membatalkan puasa. Suntikan bius setempat untuk cabutan gigi atau rawatan gusi juga tidak membatalkan puasa kerana suntikan tidak melalui rongga terbuka…

Read More

Jumlah Kanak-Kanak Divaksin Semakin Bertambah. Seramai 195,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah selesai divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19. Baca seterusnya. KUALA LUMPUR – Seramai 195,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 5.5 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat pada Selasa. Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,371,120 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,863,771 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,965,625 atau…

Read More