Pembukaan Sempadan, Perniagaan Tukaran Wang Asing Kembali Bersinar. Selepas hampir dua tahun pandemik negara kita, perniagaan tukaran wang asing kembali hidup selepas pembukaan semula sempadan. Baca selanjutnya. JOHOR BAHRU – Perniagaan tukaran mata wang asing di sekitar bandar raya ini yang dilihat kian merudum ketika penutupan sempadan Malaysia-Singapura akhirnya kembali bernafas selepas hampir dua tahun. Tinjauan Sinar Harian di kedai tukaran mata wang asing di bandar raya ini dan Jalan Harimau Tarom di sini, mendapati keadaan sudah mula kembali ke normal dengan kehadiran pelanggan selain ia juga beroperasi dengan lebih lama. Pemilik salah satu kedai tukaran mata wang asing di…
Author: Cik Syamina
9 Hari Cuti Raya, Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia! Tahun ini mencatatkan sembilan hari cuti buat umat meraikan Hari Raya Aidilfitri di negara kita. Baca selanjutnya. SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia berpeluang menikmati cuti sehingga sembilan hari bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ia berikutan cuti umum Aidilfitri yang jatuh sejajar dengan cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Pekerja. Bagi golongan pekerja yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, mereka sudah boleh mula bercuti pada Sabtu iaitu 30 April. Sementara 1 Mei iaitu pada Ahad pula adalah cuti umum Hari Pekerja, menyebabkan hari Isnin iaitu pada…
Suami, Cekal Jaga Isteri OKU. Seorang suami cekal menjaga isterinya yang kurang upaya (OKU) sejak lahir. Pendapatannya yang hanya cukup-cukup makan menyebabkan mereka hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk ke sesuatu destinasi. Baca selanjutnya. BUTTERWORTH: Seorang wanita yang merupakan orang kurang upaya (OKU) cacat kaki dan tangan serta suaminya dari Kampung Bagan Dalam, dekat sini cekal menjalani kehidupan dengan hanya berkerusi roda untuk ke satu-satu destinasi. Siti Aminah Jamalludin, 30, yang cacat sejak dilahirkan berkata, kerusi roda sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu merupakan pengangkutan utama setiap kali dia dan suami, Mohd. Sofi Osman, 38, ke pekan berhampiran untuk membeli…
Malaysia Masih Bebas ‘Varian XE’. Terdapat virus corona yang baru dikenali sebagai varian Omicron XE. Kementerian Kesihatan (KKM), menyatakan Malaysia masih bebas daripada virus ini. Baca selanjutnya. IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE yang setakat ini hanya dikesan di negara jiran iaitu Thailand. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkaitan varian baharu itu yang mana KKM sendiri belum mengetahui ciri-cirinya varuan berkenaan. “Ada dua benda yang kita lihat pada varian baharu ini iaitu kebolehjangkitan dan keseriusannya. “Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta, sebab itu kes melambung naik…tetapi…
Sri Lanka: Krisis Ekonomi Semakin Tegang. Kemuncak krisis ekonomi di Sri Lanka semakin tegang apabila seluruh kabinet meletakkan jawatan beramai-ramai. Baca selanjutnya COLOMBO: Kabinet Sri Lanka yang dilanda krisis menyaksikan peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh menteri pada mesyuarat lewat malam tadi, kata menteri pendidikan, ketika protes antikerajaan meningkat walaupun perintah berkurung dilaksanakan. Menteri Pendidikan, Dinesh Gunawardena, berkata kesemua 26 menteri selain Presiden, Gotabaya Rajapaksa dan abangnya yang juga Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa, meletakkan jawatan. “Semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya presiden boleh membentuk kabinet baharu,” katanya sambil menambah bahawa keputusan itu diambil selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin…
Lima Pelajar Malaysia Cetus Rekod Layak ke Harvard! Lima pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk bersama-sama ke salah sebuah universiti berprestij dunia, Universiti Harvard tahun ini. Ia adalah satu pencapaian yang membanggakan buat negara kita. Baca selanjutnya. PETALING JAYA: Lima pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk bersama-sama ke salah sebuah universiti berprestij dunia, Universiti Harvard tahun ini. Ini adalah jumlah tertinggi bilangan pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke Harvard pada tahun yang sama, setelah menewaskan permohonan seramai 61,220 pelajar dari seluruh dunia. Ia merupakan pencapaian luar biasa kerana kadar penerimaan Harvard tahun ini adalah kadar terendah dalam…
Proton Optimis Peningkatan Jualan! Peningkatan jualan Proton pada bulan Mac sebanyak 41.2 peratus berbanding bulan Februari. Baca selanjutnya. SUBANG JAYA: Jualan PROTON terus pulih pada Mac 2022 dengan 13,028 unit kenderaan dijual, meningkat 41.2 peratus berbanding Februari 2022, menjadikan unjuran pegangan pasaran sebanyak 19 peratus. Namun begitu, pengeluar kereta nasional itu berdepan suku pertama yang mencabar tahun ini dengan jualan terkumpul dari Januari hingga Mac berada pada 26,706 unit, berkurang sebanyak 18.6 peratus, sementara pegangan pasaran terkumpul sebanyak 17.5 peratus, merosot 5.7 peratus berbanding suku pertama 2021. Penurunan jumlah jualan pada suku itu berikutan beberapa masalah seperti vendor tempatan yang terjejas…
Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya. RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam. Jamuan berbuka puasa turut diperluaskan di dalam Masjidil Haram iaitu di tempat-tempat yang ditetapkan. Sekali gus menyaksikan interaksi pelbagai budaya dan bangsa ketika berbuka puasa, lapor Arab News. Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka turut mengagihkan juadah berbuka puasa di perkarangan masjid itu selepas dua tahun aktiviti…
Harga Ayam Golek Kekal Sama. Seorang pengusaha ayam golek di Air Baloi mengekalkan harga ayam golek yang dijualnya walaupun harga ayam dan bahan mentah semakin mahal. Baca seterusnya. PONTIAN: Walaupun harga ayam dan bahan mentah lain semakin mahal, seorang pengusaha ayam golek di Air Baloi, di sini, masih mengekalkan harga hidangan istimewa sempena Ramadan itu seperti dua tahun lalu. Pengusaha Zam Ayam Golek, Hairulzam Saat, 52, berkata dia masih mengekalkan harga lama ayam golek yang dijualnya bagi membolehkan pelanggannya terus menikmati keenakan hidangan istimewa berkenaan pada harga lama. Katanya, harga ayam goleknya kekal pada harga RM24 seekor manakala RM12 untuk…
Nasi Kandar, Pilihan Orang Penang Untuk Bersahur! Beberapa restoran kini telah dibenarkan beroperasi selama 24 jam. Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang merupakan pilihan penduduk di negeri tersebut untuk bersahur. Baca selanjutnya. KEPALA BATAS: Orang ramai di Pulau Pinang teruja apabila akhirnya dapat bersahur di kedai makan setelah hampir dua tahun tidak berbuat demikian sejak negara dilanda COVID-19. Tinjauan Astro AWANI di restoran nasi kandar di Kepala Batas mendapati suasana awal pagi begitu meriah apabila ramai yang memilih untuk bersahur di restoran pada malam pertama Ramadan. Beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kebenaran restoran beroperasi semula selama 24 jam selepas peralihan…