Author: Cik Syamina

COVID-19: Kanak-kanak Diarah Vaksin SEGERA. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan kanak-kanak yang belum divaksinasi segera mendapatkan vaksin. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dengan kadar segera sebelum negara beralih ke fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan pada Selasa berkata, langkah itu bagi memastikan kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi Covid-19. Beliau berkata, terdapat dalam kalangan ibu bapa menganggap semasa fasa…

Read More

Piala Oscar Will Smith Mungkin Ditarik Balik. Will Smith yang mengamuk ketika penghargaan Piala Oscar 2022. Ia mungkin diminta untuk mengembalikan piala Oscar yang dimenanginya kepada pihak Academy Awards. Baca selanjutnya. LOS ANGELES: Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 menyelar tindakan pelakon dan penerbit, Will Smith yang melempang Chris Rock dan akan mengkaji secara formal insiden itu yang didakwa mencemarkan acara berkenaan. Pada majlis itu, Smith dilihat berjalan menuju ke atas pentas sebelum bertindak melempang Rock selepas pelakon dan pelawak popular itu mempersendakan isteri pelakon terbabit. Insiden berkenaan berlaku kurang sejam sebelum Smith menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi peranannya dalam…

Read More

Rusia dan Ukraine Bakal Berdamai? Mesyuarat rundingan damai yang seterusnya di antara kedua negara itu akan diadakan di Istanbul, Turki, dan dipersetujui presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Russia Vladimir Putin pada Ahad. Baca selanjutnya. ISTANBUL – Mesyuarat rundingan damai yang seterusnya antara Rusia dan Ukraine akan diadakan di Istanbul, Turki, dan dipersetujui presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Ahad. Erdogan dan Putin membincangkan perkembangan terkini dan proses rundingan damai krisis Rusia-Ukraine menerusi perbualan telefon, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Komunikasi Turki. Erdogan menegaskan keperluan gencatan senjata serta-merta dan…

Read More

Pemancing Hilang Dikhuatiri Lemas. Kehilangan seorang lelaki yang dikatakan pemancing kini terjawab, apabila dia ditemui tidak berpakaian kira-kira enam kilometer dari lokasi yang dilaporkan hilang. Dia dipercayai mati lemas. Baca selanjutnya. TELUPID – Seorang pemancing yang hilang sejak Ahad ditemui lemas di Sungai Bauto di sini pada Isnin. Dalam kejadian jam 10 pagi, mayat Idham Olah, 46, ditemui dalam keadaan tidak berpakaian kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.43 Ahad dan seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak…

Read More

Peniaga Bazar Ramadan Jangan Ambil Kesempatan! Bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, harga makanan yang dijual di bazar Ramadan dijangkakan akan meningkat. Pihak berkuasa gesa peniaga tidak menaikkan harga secara terlampau. Baca selanjutnya. KUALA TERENGGANU: Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan harga juadah secara melampau hingga membebankan pengguna. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sebarang penentuan harga perlulah munasabah dengan kos bahan mentah yang terpaksa ditanggung. Katanya, dalam sistem ekonomi terbuka, peniaga boleh menentukan harga jualan barangan termasuk melakukan perubahan harga seiring kos ditanggung, tetapi masih tertakluk…

Read More

Pesakit Covid-19 dan Influenza Lebih Berisiko Untuk Maut. Para saintis dari luar negara mengatakan individu yang dijangkiti Covid-19 dan virus influenza lebih berisiko berhadapan dengan maut berbanding individu yang hanya dijangkiti Covid-19. Baca selanjutnya. LONDON: Golongan dewasa yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 dan virus influenza lebih berisiko menghidap penyakit kronik serta ancaman kematian berbanding menghidap Covid-19 sahaja. Saintis dari United Kingdom dan Belanda mendapati pesakit dengan gejala kedua-dua jangkitan tersebut iaitu Covid-19 dan influenza memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) lebih empat kali. Berbanding dengan pesakit yang hanya dijangkiti virus Covid-19 atau individu yang dijangkiti gabungan Covid-19 dengan virus…

Read More

Kerajaan Jual MySejahtera? Ini Jawapan PADU Khairy Jamaluddin. Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa kerajaan menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta sehingga menyebabkan orang ramai ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi tersebut. Menteri Kesihatan tampil jelaskan tentang aplikasi tersebut. Baca selanjutnya. PUTRAJAYA – Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta bahkan ia hak milik kerajaan, manakala Kementerian Kesihatan (KKM) dilantik sebagai pemilik utama aplikasi tersebut untuk pengurusan kesihatan awam negara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd. (KPISOFT) yang telah membangunkan aplikasi ini sepanjang tempoh penggunaannya dari…

Read More

Perang Rusia Ukraine. Ini Tindakan UK Yang Mengejutkan. LONDON: Britain akan membiayai bekalan makanan penting bernilai 2 juta pound (RM10.95 juta), bagi kawasan Ukraine dikelilingi tentera Russia, susulan permintaan daripada Kerajaan Ukraine. Lebih sebulan selepas Moscow menyerang Ukraine, tentera Russia gagal menawan mana-mana bandar utama Ukraine dan terpaksa menggunakan meriam dan serangan udara. Paling teruk terjejas ialah pelabuhan timur Mariupol, bandar dengan 400,000 penduduk yang dikepung sejak awal perang. Puluhan ribu orang dipercayai masih terperangkap tanpa makanan, bekalan elektrik atau pemanasan. Britain berkata, kira-kira 25 lori makanan kering, barang dalam tin dan air akan diangkut melalui jalan raya dan kereta…

Read More