Selangor Tak Iktiraf Kahwin Luar Negara – Pengerusi MAIS | Khalifah Media Networks – Kahwin adalah salah satu ibadah dan ia nya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara. Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang. Kahwin Tak Diiktiraf “Apabila mereka akad nikah di negara luar, mereka akan kena bayar…
Author: Syifa' Syakinah
Ketika mana isu kekurangan bekalan ayam dan telur masih belum selesai sepenuhnya tetapi bekalan daging babi menjadi keutamaan dan perlu diselesaikan oleh kerajaan. Exco Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor, Khidir Jamil tampil mempersoalkan perkara tersebut apabila pihak kerajaan mahu membincangkan bekalan babi secara teliti dalam kabinet, sedangkan isu ayam dan telur masih belum berjaya diselesaikan. Katanya, tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan cadangan kawalan kestabilan harga daging babi dibawa ke mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai ‘double standard’. Jelasnya, jalan penyelesaian yang cuba dilaksanakan oleh Salahuddin itu disifatkan sebagai ‘double standard’ kerana…
Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dia dipukul oleh anak kandungnya hanya kerana dia menumpahkan nasi pada lantai rumah. Mangsa yang berusia 83 tahun itu dipercayai dipukul anak lelakinya hingga mengalami kecederaan parah dalam satu kejadian pada Isnin lalu di Jakarta Barat, Indonesia. Berdasarkan sumber, ketika kejadian, mangsa mahu makan malam namun dihalang oleh suspek. Tidak lama selepas itu, suspek yang berusia 48 tahun itu bertindak menengking mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut lalu menumpahkan nasi di lantai. Suspek yang berang kemudian bertindak agresif dengan memukul kepala dan badan sehingga mangsa terjatuh. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Susulan…
China pada Isnin, mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara Sehubungan itu, Beijing memberi amaran bahawa pihaknya boleh mengambil tindak balas terhadap langkah sebegitu. Antara negara yang mengenakan syarat berkenaan adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan Jepun yang mewajibkan pelancong dari China untuk mengemukakan ujian negatif COVID-19 sebelum ketibaan, susulan negara itu mengalami lonjakan kes. Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, berkata tindakan negara berkenaan dibuat tanpa asas saintifik selain tidak boleh diterima. “Sesetengah negara mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China. “Ini tidak mempunyai asas saintifik dan…
Pemandu lori berusia 41 tahun yang memandu secara lawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua didapati di bawah pengaruh alkohol. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan. Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Kejadian berlaku pada 4.30 petang membabitkan sebuah lori bernombor pendaftaran JQD 7966 dengan dua kereta. “Siasatan awal mendapati kemalangan di percayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). “Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur…
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa rogol pegawai berpangkat inspektor ketika berada di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini Rabu minggu lalu. Laporan polis berkenaan dibuat remaja berusia 16 tahun terbabit Sabtu lalu dan dia mendakwa dirogol inspektor itu ketika berada dalam bilik pejabat pegawai terbabit di IPD berkenaan kira-kira jam 6.30 petang. Sumber berkata, mangsa pada mulanya dipanggil inspektor berusia 30-an itu ke IPD untuk membantu siasatan berhubung satu kes rogol membabitkan remaja terbabit yang dikatakan dilakukan bapa tiri terhadap dirinya. “Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan…
Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, mengalami kebakaran kali kedua apabila stor langsirnya terbakar tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam. Susulan itu katanya, sepasukan pegawai, anggota serta aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian. “Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi. “Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada…
Memandu kereta dengan cukai jalan tamat tempoh sejak 2017 antara kesalahan yang dikesan dalam Ops Khas Ambang Tahun Baru 2023 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Jalan Tanjung Lumpur di sini pada Sabtu. Pemandu kereta, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memberi alasan tidak munasabah kononnya tidak sedar cukai jalan kereta dipandunya telah tamat tempoh hampir lima tahun. Akibatnya, kereta jenis Proton Saga itu telah disita dan saman dikeluarkan terhadap pemandunya. Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan melibatkan lesen memandu dan cukai jalan antara kes tertinggi yang dikesan dan diambil tindakan dalam operasi yang diadakan serentak di empat…
Bukan mahu terjun jambatan sebaliknya hanya mahu menenangkan fikiran dengan melihat air sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini. Itu alasan seorang wanita berusia 36 tahun yang disangka cuba terjun dari jambatan apabila dilihat berada di penghadang jambatan pada jam 2 petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.03 petang daripada orang awam berkaitan perkara itu. “Seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, kami mendapati wanita itu dalam keadaan tenang dan terkawal. “Kami memujuknya untuk beredar dari kawasan itu dan mengajak ke lokasi lain bagi…
Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu. “Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu. Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baru di negara itu. Sementara itu, Kanada mengumumkan pada Sabtu, penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macao perlu menyerahkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu. Kementerian Kesihatan Kanada menyatakan bahawa semua pengembara udara dari lokasi…