Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak memberi satu nama yang sudah memberi sumbangan yang lebih daripadanya kepada skuad bola sepak kebangsaan dan arena bola sepak tanah air. Cabaran itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram milik beliau semalam selepas ramai mempersoalkan sumbangan beliau dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Malah, banyak pihak juga masih mempersoalkan tindakan beliau mempertahankan keputusan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menyertai saingan Piala AFF. Sehubungan itu, Tunku Ismail menyenaraikan 10 sumbangan beliau dan JDT kepada bola sepak negara: 1. JDT…

Read More

Mengejutkan apabila longgokan pelbagai perhiasan dekorasi ayat suci al-Quran ditemui di lokasi pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, di sini, hari ini. Timbunan berkenaan ditemui penguat kuasa SW Corp yang sedang meronda di kawasan berkenaan pada 12.15 tengah hari sebelum memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, berdasarkan pemerhatian awal, ia dipercayai dibuang peniaga perabot dari Kawasan Perindustrian Nilai 3. “Daripada maklumat berkenaan, JHEAINS, SW Corp, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai bergegas ke…

Read More

PADA usia semuda 21 tahun, Encik Muhammad Farhan Yoong mula mengenali keindahan Islam dan memeluk agama ini, tertarik dengan budi baik yang ditunjukkan rakan-rakan Muslimnya. Pendedahan awal pada agama ini bermula apabila beliau sering memandu rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) dari Pasukan Polis Singapura ke masjid, baik untuk solat Jumaat ataupun sewaktu maghrib. Penyelianya ketika itu, Encik Fadzil Abdul Rahman, merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu. Encik Fadzil yang mengenalkannya dengan jemaah di masjid itu yang menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Encik Muhammad Farhan betah menjadi sukarelawan masjid berkenaan dengan antara…

Read More

Polis sedang mengesan individu terbabit dalam kejadian buli jalanan di Jalan SS 8/2, di sini yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 20 saat yang tular di Twitter. Katanya, video berkenaan menerima 1.8 juta tontonan dan dikongsi 8,968 kali. “Dalam video itu memaparkan tindakan pemandu yang berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan dan mengeluarkan kayu panjang. “Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan kejadian itu berlaku di Jalan SS 8/2, di sini, semalam,” katanya dalam kenyataan,…

Read More

Mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh yang juga kanak-kanak lelaki ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, hari ini. Penemuan itu menjadikan keseluruhan 31 mayat mangsa ditemukan sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu. Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat. Operasi SAR pada hari kesembilan itu bermula 7.30 pagi tadi dengan kekuatan 80 pegawai dan anggota pelbagai agensi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) serta jengkaut. Pencarian mangsa terakhir ditumpukan di Sektor A (Hill View) yang dipercayai menjadi lokasi…

Read More

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya. Syamsul menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar menerusi WhatsApp berkata, tindakan itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu. “Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya. Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya. “Sedangkan, perkara itu juga adalah…

Read More

Dua individu ditemukan rentung di dalam kontena yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini, malam tadi. Difahamkan, mayat terbabit, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan di dalam kontena yang dijadikan sebagai pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.56 malam memaklumkan mengenai kebakaran terbabit. “Ketika memadam kebakaran, anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung di dalam kontena terbabit. “Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah. Tegasnya, peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta. “Saya kata ‘no corruption’. Saya bercakap dengan Ketua Parti komponen… kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta. Saya tak tolak ansur. “Ini bukan kenyataan politik, ini keyakinan saya. Saya dihumban ke penjara, dipukul setengah mati, dah lama terseksa… bukan untuk mendabik dada, menang dan menjadi Perdana Menteri.…

Read More

Tular video memaparkan kawanan gajah liar memasuki penempatan penduduk di Pusat Perhutanan Luasong, di sini, semalam. Rakaman video berdurasi satu minit lapan saat memaparkan kawanan gajah liar terdiri daripada antara enam hingga tujuh ekor memasuki kawasan rumah penduduk. Seekor gajah besar dilihat menggunakan belalainya menolak sebuah motosikal yang diparkir di hadapan rumah berkenaan. Penghuni yang menyedari kehadiran gajah itu kemudian menjerit untuk menghalau kawanan gajah berkenaan. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau Primus Lambut ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan seramai lima kakitangan JHL Tawau digerakkan ke lokasi berkenaan. Katanya, aduan mengenai kejadian itu diterima daripada penduduk Luasong, kira-kira jam…

Read More

Polis menahan seorang calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan senjata api tanpa lesen serta kebenaran, yang videonya dimuat naik di media sosial. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berumur 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor, pada 10.20 malam semalam. Katanya, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan 6.53 petang semalam, berhubung kejadian seorang warga tempatan memuat naik klip melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor di media sosial. Katanya, video itu dimuat naik oleh wanita…

Read More