Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik. Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah. “Suspek ditahan dan perintah…
Author: Syifa' Syakinah
Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan. Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan. Ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru. Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba, lapor Xinhua memetik kenyataan itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital. Cappadocia terkenal dengan belon udara panas dan…
Seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama dekat sini patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah dalam satu kejadian pada Selasa. Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit “Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain. “Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital,…
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara. Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat berkenaan ditanda tangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof. Beberapa hari lalu, tular kisah Mohd Fadli yang dikatakan bakal dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara. Malah, isu ini…
Gara-gara tidak puas hati berhubung isu pembahagian harta, seorang pemandu lori membakar kereta abang kandungnya dalam satu kejadian di Taman Sri Watan, di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.19 petang. “Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat rentetan isu harta keluarga dan suspek bertindak membakar kereta milik abangnya jenis Toyota Vios yang di parkir di hadapan rumah. “Terdapat kesan terbakar pada sebelah kiri dan kanan kenderaan serta bahagian enjin selain menemui satu tong biru dengan kesan minyak dipercayai digunakan suspek sewaktu…
Arena bola sepak negara dikejutkan dengan kehilangan pemain veteran Petaling Jaya City (PJ City), P Rajesh maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu Caves, malam tadi. Jelas sekali kehilangan tonggak berusia 37 tahun itu memberi tamparan buat skuad ‘buatan Malaysia’ itu apabila mendiang banyak membantu PJ City sepanjang kempen Liga Super musim ini. Malah, mendiang turut membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada Sabtu lalu. Rajesh yang memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional sejak 2011 beraksi bersama PKNS FC (kini Selangor II) pada 2011 dan membantu kelab itu menjuarai…
Tindakan pantas anggota bomba di Jepun untuk menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah berjaya mencuri perhatian warganet di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan seorang wanita yang memakai baju serba hitam itu sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar dari bangunan. Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah. Tindakan bijak dan pantas anggota tersebut untuk menyelamatkan nyawa wanita berkenaan mendapat pujian daripada warganet yang menyaksikan kejadian itu. Meskipun…
Pemuda Umno melihat pelbagai isu dibangkitkan seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular di media sosial sejak semalam mempunyai asas dan wajar diberikan perhatian. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, silibus bagi sekolah rendah terlalu tinggi dan ia bukan saja memberi kesukaran kepada pelajar, malah guru dan ibu bapa. “Apa yang dibangkitkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini ada asasnya. Contohnya, isu silibus syok sendiri yang terlalu tinggi dan padat sebagaimana yang dibangkitkan beliau. “Saya sendiri pernah pertikaikan untuk apa topik insurans atau takaful dibincangkan untuk murid darjah enam di bawah subjek Matematik? Topik ini pelajar sekolah menengah…
“Awak keluar dulu,” itulah ungkapan terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada suaminya sejurus kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, malam tadi. Redzuan Jamil, 28, berkata, dia yang berjaya ditarik keluar orang ramai melalui tingkap bahagian penumpang belakang itu kemudian cuba menyelamatkan isterinya. “Namun cubaan saya menyelamatkan isteri dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan tidak berjaya malah isteri tersepit di tempat duduk hadapan. “Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak. “Walaupun api marak namun saya tidak merasa bahang panas api malah isteri juga tidak…
Suami wanita yang maut tersepit dalam kenderaan terbakar susulan kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Sedenak, malam tadi, masih dalam keadaan terkejut serta masih menenangkan dirinya. Sepupu lelaki berkenaan, Nur Izzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata, Redzuan Jamil, 28, masih terjejas dengan insiden menyayat hati itu sehingga enggan makan dan minum sejak kejadian itu. “Suami Allahyarham Azi, masih dalam keadaan terkejut dan trauma. Ibunya memaklumkan Redzuan masih terganggu sehingga mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali ketika tertidur akibat keletihan malam tadi. “Doakan suaminya tabah menghadapi dugaan berat ini,” katanya ketika ditemui media di kediaman ibu bapa Allahyarham Nurul…