Kemalangan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun berhampiran Balai Polis Tambun dekat sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita. Mayat dalam keadaan hampir reput itu dijumpai di dalam longkang kira-kira tiga meter dari lokasi nahas. Difahamkan, kemalangan kira-kira pukul 5 pagi itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback dipandu seorang lelaki dari arah Tanjung Rambutan yang terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan. Siasatan polis trafik di lokasi nahas telah membawa kepada penemuan mayat itu selepas terhidu bau busuk. Mayat masih lengkap berpakaian dan tanpa identiti itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)…
Author: Syifa' Syakinah
Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut dari perahu ketika menangkap ikan di Kampung Semera, di sini, awal pagi hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi, mangsa dikenali sebagai Faddrul Razie Zaini, 30, turun ke laut bersama lima lagi rakannya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.29 pagi dan menghantar anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian. “Kejadian dipercayai berlaku selepas dayung yang dipegang mangsa patah menyebabkannya jatuh ke laut. Rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal. “Bimbang keselamatan mangsa, rakannya memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba bagi…
Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin. Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU). Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A). Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen. Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang…
Seorang pemandu e-hailing ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna di tepi jalan Kampung Tok Jembal di sini, semalam. Mayat, Rosmali Abdul Rahman, 44, yang disyaki mengalami serangan jantung itu ditemui isterinya di tempat duduk pemandu MPV jenis Toyota Wish kira-kira jam 7.15 malam. Sebelum itu, wanita terbabit yang bimbang keselamatan suaminya selepas gagal menghubunginya bertindak mencari mangsa sebelum ternampak kereta lelaki terbabit. Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di kuarters sebuah sekolah menengah di daerah ini kira-kira jam 8.45 pagi kelmarin (Ahad). Bagaimanapun, cubaan isterinya menghubungi mangsa juga gagal sebelum wanita itu membuat…
“Sebagai isteri saya maafkan, namun berharap dia (suami) mendapat hukuman setimpal atas perbuatan dilakukannya terhadap anak kami,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Kamalia, 22, ibu kepada bayi lelaki yang dipercayai dibunuh bapa sendiri di sebuah rumah di Mukim Padang Hang, dekat sini kelmarin. Bayi berusia tiga bulan itu dipercayai dibunuh bapanya sendiri selepas Kamalia melarikan diri kerana tidak tahan dipukul suaminya itu yang juga penagih dadah pada 4 Oktober lalu. Menurut Kamalia, dia kemudian membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya. “Saya terpaksa meninggalkan tiga anak masing-masing dua perempuan berusia…
Beberapa kain rentang yang memaparkan ayat tidak puas hati penduduk mengenai isu politik dan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di sekitar daerah Kota Tinggi, di sini, semalam. Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata, kain rentang itu dikesan digantung di enam tempat awam. Katanya kain rentang itu telah diturunkan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT). “Semalam pihak polis Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi telah berjaya mengesan enam tempat awam yang digantung kain rentang ditulis ketidakpuasan hati penduduk mengenai isu politik dan calon PRU15. “Pihak polis juga sedang mengesan beberapa individu yang menggantung kain rentang terbabit. “Pihak polis…
Seramai 100 orang anggota Polis Malang Kota di Indonesia melakukan sujud sebagai bentuk permohonan maaf atas kematian 131 mangsa dalam tragedi di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lalu, lapor Kompas.com. Menurut pakar psikologi forensik dan pemerhati polis Reza Indragiri Amriel dalam satu kenyataannya yang dibuat melalui WhatsApp, tindakan pihak Polis Malang Kota yang sujud sedemikian diharap dapat meyakinkan orang ramai bahawa pihak polis benar-benar meminta maaf bagi tragedi tersebut. Reza berkata, tindakan Polis Malang Kota itu adalah sama dengan tindakan simpati yang dilakukan oleh pasukan polis di Amerika Syarikat yang melutut sebagai tanda maaf atas kematian seorang warga minoriti kulit…
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar malam di Jalan Mawar, di sini pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, tangkapan itu susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu yang tular di media sosial baru-baru ini. Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak melancarkan Op Cantas bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian terbabit. “Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan selain polis turut merampas sebuah topi kaledar yang dipercayai…
Biar pun kecewa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen. Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula jam 12 tengah hari semalam, Perdana Menteri telah mengemukakan permintaan untuk urusan tersebut. Setelah memperhalusi permintaan tersebut, beliau berkata, Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, telah memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen…
Datuk Seri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas mengenai pembubaran Parlimen, petang ini. Perdana Menteri melalui media sosial rasmi beliau memaklumkan pengumuman itu akan diadakan di Kompleks Seri Perdana dekat Putrajaya, jam 3 petang ini. Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, berkemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen. Bercakap pada sidang media, beliau juga mengesahkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sudah pun mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong. Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memaklumkan pihaknya belum menerima apa-apa…