Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu. Permohonan itu difailkan melalui peguamnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini pada jam 1 tengah hari. Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mengesahkan langkah itu ketika dihubungi media, berkata Najib memohon dua perisytiharan dalam permohonan berkenaan iaitu diberikan kebenaran akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan fungsi beliau sebagai ahli Parlimen. “Permohonan kebenaran itu juga bagi perisytiharan beliau dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat,” katanya melalui aplikasi Whatsapp. Isnin lalu, peguam, Tan Sri…
Author: Syifa' Syakinah
Polis sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden kekecohan dan pergaduhan melibatkan beberapa individu di Flat PKNS, Kampung Baru, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaiatan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.35 malam. Katanya, susulan maklumat itu, beberapa anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian. “Beberapa individu terlibat telah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sumber : Kosmo
Golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok. Secara tidak langsung, kumpulan itu menjadi golongan sasaran syarikat-syarikat tembakau, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Sehubungan itu, Khairy dalam nada tegas berkata, adalah tidak masuk akal sekiranya mahu melindungi golongan ini daripada kumpulan pembunuh hanya kerana kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. “Saya nak bagi tahu, majoriti daripada rakyat yang mengalami komplikasi daripada merokok sama ada sakit jantung, kanser atau penyakit berkaitan paru-paru adalah B40. “Kamu tahu kenapa? Sebab merekalah menjadi sasaran kumpulan syarikat-syarikat tembakau…
Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Jatuh Dari ‘Baby Chair’ | Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi (baby chair) di sebuah restoran dekat Taman Sutera di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran sebelum terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak di lantai. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, ketika makan, kanak-kanak itu menolak meja menggunakan kakinya menyebabkan kerusi bayi yang didudukinya terjatuh. “Ibu bapa kanak-kanak itu membawanya ke restoran kira-kira jam 2 petang dan meletakkan anak mereka…
Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil berusia 21 tahun selain bertindak ‘menculik’ bayi yang dikandung mangsa. Taylor Rene Parker disabitkan bersalah kerana membunuh Reagan Michelle Simmons-Hancock pada Oktober 2020 dan mengambil bayi dalam perut mangsa yang kemudiannya meninggal dunia. Memetik laporan Sky News, tertuduh yang berusia 29 tahun itu didapati memukul kepala wanita hamil itu sekurang-kurangnya lima kali sebelum membelah perut dan pinggul untuk mengeluarkan bayi berkenaan. Keputusan jenayah dijatuhkan selepas tiga minggu proses pendengaran di Bowie County di timur laut Texas, dimana peguam Parker menolak pertuduhan penculikan dalam usaha…
Seorang lelaki di Thailand mengaku membunuh kekasih gelapnya dan mengerat anggota badan mangsa sebelum menanamnya di kawasan sebuah lebuh raya di Bangkok, lapor portal berita Coconuts semalam. Charnwit ‘Don’ Wongsahak, 35, ditahan Ahad lalu kerana disyaki membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya, Oranan ‘Phim’ Narathorn, 30, di sebuah kondominium di wilayah Samut Prakan. Suspek mengaku mengerat Oranan kepada tujuh bahagian dan memasukkan mayat wanita itu ke dalam dua beg berwarna hitam yang ditanam di Jalan Prasert Manukij di bawah Lebuh Raya Chalong Rat. Menurut laporan, pegawai polis di Samrong Nuea dimaklumkan oleh seorang pembantu rumah yang pergi ke sebuah unit kondominium…
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi kata dua kepada parti Pas iaitu memilih sama ada untuk bersama UMNO atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden UMNO itu menegaskan, keengganan Pas memenuhi syarat yang ditetapkan itu hanya akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) bergerak secara sendirian pada PRU15. Seandainya syarat itu dipenuhi pula, Pas, tegas Ahmad Zahid, mesti memutuskan hubungan dalam kerjasama bersama PN secepat mungkin walaupun tidak mendedahkan tempoh sebenar yang diberikan kepada parti tersebut. Bahkan, Pas juga, jelas beliau, diberi kebebasan menggunakan logo parti itu dalam PRU15 kelak seandainya mereka sanggup memenuhi syarat yang dijanjikan.…
Seorang penjawat awam ditemukan meninggal dunia di bilik sebuah pejabat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pagi tadi. Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu disedari kakitangan jabatan berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 8.42 pagi. Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi kejadian. “Seorang mangsa lelaki berusia 38 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik pejabat. “Bilik pejabat mangsa kemudian dibuka kakitangan jabatan berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya…
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang mempunyai peruntukan bagi melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober 2022), kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, tarikh pelaksanaan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini. Katanya lagi, beliau menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda, yang membolehkan akta itu dikuatkuasa sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15. “Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 ini telah diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022. Majoriti sokongan 209 orang Ahli Parlimen, dimana 11…
Ketua Polis Malang, Indonesia dipecat manakala sembilan pegawai elit polis digantung tugas berkuat kuasa semalam, berhubung insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu yang mengorbankan 125 nyawa serta mencederakan 323 mangsa. Jurucakap Polis Negara, Dedy Prasetyo mengesahkan, Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat dipecat semalam, manakala sembilan anggota polis elit yang digantung tugas berdepan hukuman sama jika didapati bersalah dalam perbicaraan tatatertib. “Seramai 19 pegawai polis lain yang bertanggungjawab menembak gas pemedih mata itu juga sedang disiasat. “Polis juga sedang menyoal siasat saksi dan menganalisis video daripada 32 kamera keselamatan di dalam dan luar stadium serta sembilan telefon…