Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang wanita direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera berhubung video tular memaparkan tindakannya membaling meja kayu kepada anak lelakinya yang berusia lapan tahun di sebuah rumah di sini, enam bulan lalu. Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kok Lanas di sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas bekas suaminya atau bapa mangsa membuat laporan polis pada 10 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, bekas suami suspek mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada teman lelaki kepada wanita itu yang…

Read More

“Persiapan sedang dilakukan kerana kakak merancang naik pelamin dengan lelaki pilihannya bulan depan, namun kini semuanya musnah,” kata Nur Fasihah Aminah, 23, adik kepada askar wataniah, Nur Faiezah Aminah Suib, 25 yang maut dalam kemalangan dengan trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat di sini, semalam. Menurut Nur Fasihah, sehari sebelum arwah kelihatan sangat ceria ketika berbicara dengan ibunya, Helen Murni Sulaiman, 50-an berkenaan tarikh pernikahannya yang dijadualkan pada 29 Oktober depan. “Kami sekeluarga menyedari arwah amat ceria sejak kebelakangan ini kerana bakal menjadi suri rumah malah menyatakan hasrat mahu mengenakan pakaian seragam askar wataniah untuk hari persandingannya…

Read More

Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon hari ini dikenakan tindakan saman kerana memotong barisan. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 itu telah dipanggil pada 3.30 petang semalam atas kesalahan tersebut. Beliau berkata pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas. “Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 9.45 pagi, Isnin lepas. “Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan kepada…

Read More

Pasangan suami-isteri ditemui mati akibat tembakan, selepas bertengkar dipercayai berkaitan agihan wang hasil jualan tanah. Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi semalam, di Kampung Machang Raja Labu, Tembeling Tengah. Katanya, polis menerima maklumat kejadian bunuh dan bunuh diri. Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut. “Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das tembakan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak. “Jiran membawa wanita itu ke Hospital Jerantut dan mangsa meninggal di Hospital Jerantut,” katanya. Katanya, suami wanita itu mempunyai lesen…

Read More

Sesudah lebih 46 tahun ketiadaannya, barangkali ramai yang tidak mengetahui Allahyarham Saiful Bahri Elyas hanya pernah menerima ganjaran wang RM1,000 di atas sumbangannya mencipta lagu kebangsaan, Negaraku. Bahkan, waris Saiful Bahri juga tidak dapat menuntut royalti lagu Negaraku itu yang sudah menjadi hak kekal negara dan disebabkan Allahyarham sudah mengambil ganjaran wang berkenaan. Anak ketiga arwah, Qus Nafiah, 50, berkata, meskipun wang ringgit bukan ukuran sebenar jasa arwah bapanya itu namun dia sangat mengharapkan nama bapanya menerima pengiktirafan sama seperti seniman lain. Menurutnya, dia bersama empat beradik yang lain iaitu, Norah Savitri, 54, Soufinaranti, 52, Nurul Adzan, 48, dan adik…

Read More

Raja Charles III naik berang gara-gara pen yang digunakan untuk menandatangani sebuah buku bocor beberapa jam selepas beramah mesra dengan penduduk kota Belfast. Raja Charles yang ketika itu berada di kediaman diraja Istana Hillsborough, Ireland Utara, kelihatan terkebil-kebil apabila dakwat yang menitis ketika dia cuba menandatangani buku kehadiran diraja menjelang akhir lawatannya. Charles memaklumkan tentang pen yang dia gunakan untuk menandatangani namanya dan berkata ” Beta sangat tidak berkenan dengan perkara sebegini”. Permaisuri kemudian memaklumkan bahawa ia bocor dan meminta untuk menggantikannya, kerana Raja telah berpusing dan meninggalkan ruangan itu ditemani oleh pembantu. Pen yang rosak telah ditukar dengan pantas…

Read More

Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah. Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan. “Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan. “Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya…

Read More

“Luluh hati makcik melihat anak diheret di depan mata, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak diketahui.” Demikian luahan Zahasnah Mohd Zain, 75, iaitu ibu kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang Selasa. Zahasnah berkata, sehingga kini mereka sekeluarga masih masih trauma dengan apa yang berlaku dan terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta tolong ketika diheret sekumpulan lelaki itu. “Makcik tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana sehingga kini kami sekeluarga tidak menerima sebarang…

Read More

Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan hari ini dan esok selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam. Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib menjalani beberapa ujian perubatan setiap hari di hospital disebabkan keadaan tekanan darahnya dan ulser di dalam perut. “Saya akhirnya dapat berjumpa dengan anak guam saya itu selepas menanti selama hampir tiga jam hari ini, namun dia (Najib) sendiri tidak tahu berapa lama dia akan ditahan di wad hospital. “Ada sijil sakit…

Read More