Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Saksi pendakwaan pertama kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui di Mahkamah Sesyen, hari ini bahawa bukan hanya seorang sahaja penghuni rumah bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood melihat remaja perempuan Sindrom Down, Bella didera Siti Bainun. Sebaliknya, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, itu memberitahu terdapat tiga lagi penghuni lain melihat kejadian itu yang berlaku di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada tahun lalu. Zurianty yang juga rakan baik kepada Siti Bainun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, yang mana beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu yang mengatakan…

Read More

Pelakon, Datuk Rosyam Nor tidak berniat untuk merendahkan martabat wanita, sebaliknya ingin memberikan kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan bersemangat memajukan diri masing-masing. Rosyam ketika dihubungi berkata, kata-katanya dalam video yang tular di media sosial sejak semalam itu perlu dilihat dari sudut positif. “Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran kepada kaum wanita supaya bangkit dalam perniagaan. “Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya kepada Harian Metro. Dalam video tular yang dimuat naik ke akaun TikTok  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun itu, Rosyam dikatakan menggunakan bahasa yang kasar.…

Read More

Wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam. Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios. Menurut warisnya yang enggan dikenali, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa. “Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta. “Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain…

Read More

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung. Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing. Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini. Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit. “Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya. Aman…

Read More

Kelicikan tiga lelaki menyamun dan curi kenderaan mewah jenis Mercedes-AMG 4MATIC di sebuah rumah di Pulau Indah, Klang dekat sini tidak bertahan lama apabila ditahan dalam tempoh kurang 24 jam semalam. Kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam di Damansara selepas melakukan jenayah kira-kira pukul 10.15 pagi hari sama. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian curi kereta itu bermula di Klang sebelum susulan dibuat sehingga membawa penangkapan di Damansara. “Kita berjaya tangkap tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun. “Semakan mendapati mereka mempunyai banyak rekod jenayah,” katanya…

Read More

Polis sudah mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di kawasan lampu isyarat Kijang, Jalan Hamzah di sini. Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek ditahan pada jam 8.40 pagi ketika rondaan anggota Task Force Balai Polis Kota Bharu yang terserempak dengan lelaki terbabit. Menurutnya, polis bertindak selepas menerima aduan daripada orang ramai. “Pada mulanya pemantauan selama 30 minit di kawasan itu tidak menemui lelaki terbabit. “Rondaan anggota Unit Pelancong dan Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Kota Bharu kemudian digerakkan dan pemantauan telah menemui suspek,” katanya melalui kenyataan…

Read More

Seorang ibu di Singapura nekad membuat laporan polis selepas anaknya berusia 10 tahun menjadi mangsa buli empat pelajar sejak tahun lalu gara-gara tidak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ibu mangsa dikenali sebagai Ma membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis selepas anaknya mengalami kecederaan pada bahagian muka ketika pulang ke rumah. Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu baru sahaja pindah dari China ke Singapura bersama keluarganya dan menghantar anaknya ke sebuah sekolah antarabangsa. Anaknya mula dibuli sejak tahun lepas di mana empat pelajar berkenaan mengusik anaknya kerana tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Anak sulung telah diusik oleh…

Read More

Tahap kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak memuaskan dan tiada sebab untuk beliau perlu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad lepas. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh profesional dan pakar yang memberi rawatan kepada bekas Perdana Menteri itu pada Jumaat dan memaklumkan kesihatan Najib memuaskan. Bagaimanapun, jelas beliau, bagi mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan, Najib tetap dimasukkan ke HKL pada Isnin untuk pemeriksaan lanjut. “Saya maklumkan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib buatlah segala pemeriksaan dan saringan agar tiada lagi pertikaian. “Jika sudah lengkap, laporan akan diserahkan kepada Najib dan mahkamah…

Read More

Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin didakwa berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa rumah antara pihak penyewa dan pemilik. Sebelum itu sebuah akaun yang dikenali sebagai Kelab Info Malaysia memuat naik video berdurasi 19 saat memaparkan insiden yang berlaku di Pasir Mas sehingga tular. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, maklumat tersebut hasil siasatan lanjut yang dilakukan ke atas individu terlibat. “Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak. “Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil…

Read More

Wanita yang terjatuh ke dalam laut bersama anaknya di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden di sini, semalam, ditemui lemas hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditemui nelayan dalam keadaan terapung pada jam 1.40 tengah hari. Katanya, mayat wanita itu ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dikatakan tergelincir ke dalam laut petang semalam. “Mayat wanita itu dibawa naik ke darat oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Semalam, media melaporkan anak lelaki wanita itu yang berusia 16 tahun ditemui lemas jam 8.43…

Read More