Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Terbaru, keluarga Datuk Seri Najib ada berkongsi satu hantaran di Instagram berkaitan mesej dan pesanan yang ditinggalkan beliau di atas meja buat keluarganya. Menerusi kandungan mesej tersebut, Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa beliau mula aktif dalam bidang politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa sejak tahun 1976 lagi dan pada tahun ini iaitu 2022, sudah hampir 46 tahun. Tulis Datuk Seri Najib, beliau telah memilih untuk mewarisi legasi dan…
Author: Syifa' Syakinah
Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya. Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan hari ini, ahli politik berusia 69 tahun itu berkata sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan. “Bukan kerana ketiadaan merit tetapi kerana saya tidak diwakili. Saya mendapati keputusan Mahkamah Yang Mulia ini meskipun menghalang peguam saya menarik diri, hakikatnya saya masih tidak diwakili. “Yang Arif, saya merayu agar mahkamah tidak mengambil hati dengan apa yang saya luahkan, tetapi ini adalah apa yang saya rasakan. Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan…
Polis giat mengesan seorang lelaki yang berlagak samseng dalam kejadian buli jalan raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berdekatan Plaza Tol Bukit Raja, kelmarin. Ia susulan tular rakaman video berdurasi 57 saat mengenai insiden berkenaan di media sosial. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa membabitkan wanita berusia 41 tahun membuat laporan mengenai insiden berkenaan pada hari yang sama. Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku kelmarin sekitar 2.50 petang apabila seorang lelaki menaiki kereta Honda berwarna putih yang tidak berpuas hati kerana mangsa menukar lorong. “Suspek bertindak memberhentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa ketika di…
Sebanyak lapan kes pokok tumbang berlaku di ibu negara hari ini. Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, antara lokasi terbabit ialah di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Dutamas, hadapan 163 Kondominium di Mont Kiata Pines, Lorong Duta 4 Bukit Tunku dan Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay. Katanya, kejadian turut dilaporkan berlaku di Jalan Beruas Damansara Height menyebabkan sebuah kereta dihempap pokok. “Selain itu pokok tumbang turut menghempap sebuah kereta jenis Axia dan tiga motosikal. “Selain itu kejadian pokok tumbang juga berlaku di Royal Domin Sri Putra Mas 2, Jalan Kuang serta…
Seorang wanita telah ditahan polis selepas didakwa menikam suaminya hingga mati. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian mengerat dan memasak bahagian badan suspek di rumah mereka di Eslamshahr, Tehran pada 13 Ogos lalu. Memetik laporan Mirror UK, suspek yang berusia 22 tahun itu bertindak sedemikian selepas mengetahui kecurangan si suami. Pihak polis hanya mengetahui mengenai insiden itu selepas penduduk kampung melaporkan terhidu bau busuk datangnya dari rumah pasangan itu. Susulan daripada itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui bahagian badan mangsa yang sudah dikerat dan direbus dalam periuk. Saya ternampak suami dan kekasih di rumah, kami bertengkar selepas wanita…
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa “terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan hakim” Mahkamah Persekutuan kerana tidak membenarkan permohonannya mengemukakan bukti tambahan yang dikaitkan dengan kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta. “Saya percaya bukti jelas menunjukkan hakim (Mohd) Nazlan (Mohd Ghazali) sangat memiliki konflik (kepentingan). “Dia sangat mengetahui transaksi 1MDB dan SRC dan oleh itu menganggap mempunyai pengetahuan peribadi mengenai kedua-dua entiti ini. “Saya percaya para penyiasat SPRM juga menyedari fakta ini, tetapi kami tidak dapat mengemukakan (bukti tambahan). “Saya harap dalam rayuan terakhir, kami dapat menunjukkan kebenaran perkara itu,” kata Najib semasa sidang media di Istana Kehakiman, Putrajaya…
Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan juga bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Tertuduh, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Noor, 78, yang memakai kot hitam dan berkemeja putih bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu sebagai Pengarah Urusan BNS melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah…
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah terhadap pelajar Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus Ab Rais yang mati lemas di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir. Perkara tersebut dikongsi oleh Ahmad menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik beliau pada jam 11.20 malam Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu meluangkan masa bertemu ahli keluarga mangsa. Pelajar berusia 25 tahun jurusan Syariah itu dikatakan pergi berkelah bersama 10 rakan lain di sebuah sungai pada Jumaat tetapi ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu. Kejadian itu turut mengorbankan seorang lagi rakannya yang berasal dari Patani, Thailand. Sumber : Astro Awani
Jenazah seorang wanita terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer gara-gara sebuah pusat kesihatan di Sulawesi Barat, Indonesia didakwa enggan meminjamkan ambulans. Memetik laporan Regional Kompas, jenazah yang berada di dalam keranda itu diusung oleh beberapa individu yang berjalan kaki melintasi jalan raya. Menurut Fenny Tadius, jenazah tersebut merupakan ibu saudaranya yang sebelum ini pernah dirawat di sebuah pusat kesihatan. Namun keadaan wanita itu semakin tenat dan keluarga bersepakat membawanya pulang untuk dirawat di rumah. Maka kami meminta pihak kesihatan menghantar ibu saudara ke rumah sebab kami fikir sekiranya ibu bapa kami meninggal, tidak akan dihantar oleh ambulans. Hal…
Isu Pengkid Pergi Mekah, Ini Respon YADIM | Khalifah Media Networks – Pihak berkuasa YADIM digesa mengambil tindakan tegas terhadap pengkid yang memakai ihram semasa menunaikan umrah di Tanah Suci, baru-baru ini. Ketua Pegawai Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, tiada satu alasan pun yang munasabah boleh mewajarkan motif perlakuan sedemikian. “Tindakan yang tegas ini bukan saja akan memberikan pengajaran kepada pelaku. Malah juga amaran keras kepada individu lain yang berkemungkinan mempunyai niat sama pada masa akan datang. “Siasatan menyeluruh dan seterusnya pendakwaan perlu segera dilakukan menggunakan akta atau enakmen yang bersesuaian. “Dalam hal…