Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Suasana di kawasan pasar borong di sekitar bandar ini gempar apabila batu jejambat landasan pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) terjatuh ke khemah peniaga, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa. Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi kenyataan berkata, gerai peniaga yang terlibat telah diarahkan tutup serta-merta bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. “Pihak pengurusan LRT3 turut memberhentikan kerja secara serta-merta. “Tiada sebarang kecederaan menimpa orang awam dan peniaga ketika kejadian berkenaan,” katanya. Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku ketika pelaksanaan kerja oleh pihak Emrail Sdn. Bhd (EMSB). “Pemeriksaan mendapati sebahagian jejambat…

Read More

Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung yang terletak di pesisiran Sungai Perlis di Kuala Perlis, di sini. Kapal layar atau ‘super yacht’ yang berharga sekitar USD45 juta (lebih RM200 juta) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari. Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim, berkata pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah…

Read More

Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan kes buli membabitkan pelajar perempuan tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, yang tular di media sosial sejak dua hari yang lepas. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, laporan pertama diterima daripada pihak sekolah pada 8 Ogos lalu, manakala ibu kepada pelajar yang mendakwa dibuli itu turut membuat laporan polis semalam, dan sehingga kini lima orang telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu. “Siasatan dijalankan daripada semua aspek dan kita jangka lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu. Pada…

Read More

Penduduk di sebuah apartmen di Lilitan Sungai Ara, Bayan Lepas di sini gempar dengan kejadian seorang wanita yang ditemui terjatuh dari tingkat 19 bangunan terbabit dalam keadaan mendakap senaskah al-Quran pada Jumaat. Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai dalam keadaan mengiring dan sedarkan diri di tempat letak kenderaan di aras empat perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.45 pagi. Difahamkan, mangsa yang sudah berumah tangga itu dikatakan bertindak terjun dari unit kediamannya. Mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar oleh orang awam sebelum menghubungi pasukan bomba dan polis untuk tindakan lanjut. Usaha membantu mengangkat mangsa dilakukan pasukan St. John Ambulans. Mangsa kemudiannya…

Read More

Tular dalam media sosial hari ini berhubung dua rakaman video menunjukkan beberapa lelaki menyerang sebuah pusat tahfiz di Tempoyang di sini. Dalam satu video berdurasi 2 minit 51 saat menunjukkan seorang lelaki memarahi pelajar senior tahfiz berkenaan sebelum bertindak memukulnya. Berdasarkan rakaman suara itu, lelaki yang memakai baju hitam menyatakan rasa tidak puas hati apabila anak saudaranya dan pelajar lain dipukul. Lelaki tersebut kemudiannya memukul seorang pelajar tahfiz sebelum mengajaknya bergaduh. Sumber : Kosmo

Read More

Bermula 1 September 2022, pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa. Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja. Permohonan untuk bekerja dari rumah…

Read More

Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 11 Ogos hingga 10 Ogos 2024, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini. Pelantikan semula Mohd Zuki sebagai KSN diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perakuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. “Pelantikan semula Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan. Mohd Zuki, 60, dilantik sebagai KSN sejak 31 Dis 2019 dan seorang yang…

Read More

Majlis graduasi ataupun konvokesyen sudah tentu menjadi satu majlis yang ditunggu-tunggu setiap individu yang telah berhempas pulas demi segulung sijil. Setiap ibu bapa pula sudah tentu teruja dan bangga untuk berada di dalam dewan melihat anak mereka naik ke pentas, namun berbeza pula untuk satu perkongsian ini. Dalam satu perkongsian milik @_alsinthya28 di laman TikTok, dilihat seorang bayi kecil yang dikendong neneknya untuk menerima sijil mewakili seorang wanita bernama Citra Fadillah. Difahamkan, Citra Fadillah merupakan ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Kimberly yang telah meninggal dunia setelah melahirkan kanak-kanak tersebut. Adik Kimberly wakili ibunya yang waktu dia buka mata,…

Read More

JAIS Larang Guna Pembesar Suara Luar Semasa Ceramah | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata umat islam di negeri Selangor perlu hadir ke masjid atau surau bagi mendengar ceramah dan kuliah, kerana alat pembesar suara bahagian luar tidak dibenarkan diguna bagi tujuan tersebut, sejak 2017 lagi. Menurut arahan yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2017, kegunaan pembesar suara telah dihadkan kepada laungan azan. Termasuk bacaan ayat Al-Quran dalam tempoh singkat sebelum masuk waktu solat sahaja. Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, larangan itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan…

Read More

Nama penyanyi Elyana menjadi perbualan hangat baru-baru ini selepas dia memuat naik sekeping foto tanpa memakai tudung. Meskipun ramai mempersoalkan keputusan yang dibuat Elyana, dia membuat keputusan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut. Memetik laporan Utusan Malaysia, Elyana memaklumkan bahawa dia telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya. Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda. Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya,…

Read More