Tekanan dan desakan hidup dipercayai mendorong seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila sanggup mengelar leher isterinya dan bayi mereka yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Bakar Batu di sini pada Isnin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd Thakif Amir, ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres didiami pasangan muda itu. Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulungnya. “Anak saya telefon beritahu ada masalah dekat rumah ini, saya terus bergegas ke…
Author: Syifa' Syakinah
TULAR beberapa rakaman video pendek memaparkan aksi selamba seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di media sosial, hari ini. Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi ia mula tular sejak tiga jam lepas dan lokasi dipercayai berlaku di kawasan daerah Johor Bahru Selatan. Kejadian terbabit tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh beberapa pemandu kenderaan yang turut berada di lokasi kejadian. https://twitter.com/UncleAhBoon/status/1543871830829592577?s=20&t=y1hEd_No84x5HOJxXyYjiw Malah, dalam klip video itu dapat dilihat lelaki tersebut menunggang motosikal di bawah terik panas matahari tanpa memakai sebarang pakaian dan tidak bertopi keledar. Malah, hasil tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkejut akan…
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai menumbuk dan memukul ayah kandungnya dalam pertengkaran di Kampung Indah Permai, Tasek Permai di sini, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika suspek yang berusia 33 tahun berada di rumah bersama ayahnya. “Berlaku pertengkaran antara suspek dan ayahnya yang berumur 63 tahun. “Suspek bertindak menumbuk kepala mangsa berulang kali menggunakan tangan serta mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya menghubungi polis. “Punca kejadian disebabkan mangsa tidak mempercayai kata-kata suspek selepas mengesyaki suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan, pada…
Seorang lelaki nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut yang dipandunya disebabkan marah akibat telah disaman oleh pegawai JPJ. Kejadian berlaku ketika sepasukan anggota JPJ dikatakan melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, di sini, menyebabkan kenderaan milik pasukan penguat kuasa itu remuk. Berdasarkan maklumat, anggota terbabit dikatakan mengesyaki jengkaut terbabit yang mencurigakan dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan, sebelum pemandunya didapati tidak memiliki lesen memandu kelas F. Selepas saman dikeluarkan, pemandu yang tidak berpuas hati itu tiba-tiba melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik. Beberapa video mengenai insiden itu tular di…
Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan ditemui meninggal dunia di Kampung Rasabou, kawasan Bolo, Daerah Bima selepas dipercayai digigit oleh ibu kandungnya sendiri. “Bayi perempuan yang baru berusia 3 bulan itu dipercayai meninggal dunia akibat luka gigitan yang dilakukan oleh ibunya sendiri,” kata Ketua Perhubungan Awam Bima, Iptu Adib Widayaka dalam satu kenyataan bertulis pada Rabu lalu. Mangsa mengalami luka kesan gigitan di bahagian pipi kiri, hidung dan tangan kiri. Suspek yang juga merupakan ibu mangsa dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. “Anggota polis yang datang ke tempat kejadian segera memeriksa keadaan mangsa dan seterusnya menahan suspek untuk…
Penganjur program derma darah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah di sini, dua hari lepas. Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng, berkata perkara berkenaan tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit. “Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan. “Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam. Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon…
Kerajaan Thailand dilapor membenarkan rakyatnya membuat pinjaman bank menggunakan buah durian, lapor The Nation Thailand. Menurut akhbar berita itu, Dasar Pokok-Untuk-Pinjaman sebagai cagaran bank telah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Antara pokok yang diterima sebagai pertukaran termasuklah durian, jati, asam jawa, kayu hitam, kayu hitam Burma dan nangka. Perkara ini membuatkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menggalakkan penduduknya untuk menanam lebih banyak pokok berkenaan. Timbalan Jurucakap Kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, “Dasar dari Jabatan Pembangunan Perniagaan itu telah memimpin masyarakat luar bandar dalam perusahaan mengenai faedah menanam pokok yang bernilai. “Tambahan lagi, ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan membuat…
Kematian dicemburui. Itu pengakhiran mulia seorang lelaki apabila dia dijemput Ilahi ketika membantu menyempurnakan fardu kifayah. Sabtu lalu, Mohd Faizal Jaapar, 48, membantu Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) menguruskan jenazah ibu mentua kepada sahabatnya yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum dia pula menemui ajal akibat serangan jantung kira-kira jam 6.30 petang. Pengasas Bersama PSSK, Shahrol Mohamad berkata, walaupun Allahyarham bukan sukarelawan tetap mereka, namun dia akan turun padang membantu jika mempunyai kelapangan masa. “Sebelum ini, Allahyarham memang ada turun padang membantu sukarelawan lain, namun Sabtu lalu pertama kali dia bertugas bersama saya…
Seorang wanita di Indonesia disyaki melakukan kekerasan terhadap bayinya hingga meninggal dunia kerana tidak tahan mendengar tangisan. Tribunnews melaporkan, bayi berusia lima bulan ditemukan meninggal dunia di rumahnya dekat Wonocolo, Indonesia pada malam Sabtu lalu. Mangsa meninggal tiga hari ketika mayatnya ditemui berdasarkan keadaan tubuhnya bertukar hitam. Penemuan mayat mangsa dilaporkan neneknya yang tidak tahan dengan bau busuk. Pesuruhjaya Polis, Roycke berkata, suspek, Eka Sari Yuni Hartini, 26, dan suaminya ditahan beberapa jam selepas mayat anak mereka ditemui. “Hasil siasatan mendapati terdapat bekas luka pada beberapa tubuh mangsa dari belakang kepala hingga punggung. “Ia hasil pemeriksaan pasukan forensik polis Surabaya…
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pembayaran bagi individu yang layak mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Jun (hari ini). Menurutnya, semakan status pembayaran juga boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. “Seperti mana diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.0 bilion. “BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang,” katanya…