Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram. Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). “Harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini. “Yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun lebih RM11,…

Read More

Seorang pemandu lori sampah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kekasihnya yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, 2 Jun lalu. Tertuduh, Shahrul Azwan Mohd Shahiran, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun tiga bulan ketika kejadian, di sebuah rumah di Bunut Payong, di sini, 2 pagi, pada 2 Jun 2022. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan…

Read More

Baru lima hari eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dapat berfungsi semula, seorang remaja berani merosakkan kemudahan awam tersebut sehingga menyebabkan operasinya tergendala. Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapat dilihat sekumpulan remaja yang baru menuruni tangga di stesen berkenaan, bertindak menghampiri eskalator dan menekan butang berhenti kecemasan pada infrastruktur tersebut. Eskalator berkenaan difahamkan baru sahaja dibaiki dan diaktifkan semula untuk kemudahan orang ramai. “Tak pasti apa niat sebenar remaja ini tetapi apa yang dilakukan ini dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme. “Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang…

Read More

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka. Sebelum itu, tiga tertuduh iaitu Samirah, 47, dan dua remaja yang juga merupakan anak tiri Nazrin, dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira 9.10 pagi ini. Samirah bersama dua remaja berkenaan, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, dilihat tiba sambil diiringi barisan…

Read More

Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini pada Ahad. Kejadian jam 6.22 petang itu menyebabkan mangsa berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu cedera di kening kanan dipercayai akibat ditikam kunci kereta. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek. “Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai. “Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat…

Read More

“Saya tidak tahu dia (anak) dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain,” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana terdapat kandungan dadah dalam badan. Ibu mangsa berusia 36 tahun berkata, anaknya dibawa suspek keluar tanpa pengetahuannya pada 2 petang kelmarin dan memaklumkan cuba mencari kanak-kanak itu kerana bimbang. Menurutnya, sebaik anak bongsu dari tiga beradik itu pulang tiga jam kemudian, kebimbangannya tidak hilang kerana melihat keadaan mangsa yang letih dan pucat sebelum menidurkan kanak-kanak lelaki itu. “Tidurnya juga tidak nyenyak…

Read More

Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine. “Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan…

Read More

Lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika berada dalam kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, dekat sini semalam. Kejadian disedari pada 9 pagi oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang melihat mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangan kanan. Saksi berkenaan yang juga penoreh getah bersebelahan kebun mangsa menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian, dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berusia 72 tahun sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan. Menurut sumber, sebelum itu pada jam 7 pagi, saksi mendakwa dia ada bertemu dan berbual dengan mangsa yang turut mengajaknya mengutip…

Read More

Makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ meletup dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra pada malam Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera akibat terkena air panas dan letupan berkenaan. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam. Menurutnya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas. “Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air…

Read More

Seorang remaja Texas berusia 18 tahun telah didakwa atas pembunuhan yang dilakukan pada hari Jumaat lalu terhadap bayinya yang baru dilahirkan, lapor The Washington Post. Menurut pendakwa raya, tertuduh telah menikam bayinya sejurus selepas dilahirkan ketika berkunjung ke Colorado bersama keluarganya. Tertuduh memaklumkan kepada penyiasat bahawa bayi itu senyap dan tidak bergerak serta kelihatan tidak bernafas ketika dilahirkan namun tidak menyatakan berkenaan mengapa bayi itu ada kesan luka tikaman. Ketika disoal siasat, tertuduh berkata dia merasakan bahawa dia hamil namun tidak begitu pasti. Ia kerana, ujian kehamilan yang dilakukannya kira-kira tiga hingga empat bulan sebelum itu negatif. Seorang koroner menyatakan,…

Read More