Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

India dilapor membuat keputusan untuk mengetatkan peraturan eksport gula buat sementara waktu selepas keputusan untuk menggantung eksport gandum dibuat tidak lama dahulu. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, kerajaan India memaklumkan akan mengehadkan pengeksportan gula kepada 10 juta tan. Bagi memastikan harga terkawal, had yang telah ditetapkan itu adalah untuk musim pemasaran yang berlangsung sehingga September ini. Penjual juga diminta mendapatkan “kebenaran yang tertentu” daripada pihak berkuasa untuk sebarang pengeksportan gula antara 1 Jun dan 31 Oktober. Meskipun India adalah negara pengeksportan kedua terbesar selepas Brazil, kerajaan menegaskan mereka perlu mengambil langkah berhati-hati dengan situasi semasa selepas berlakunya situasi  “kenaikan permintaan…

Read More

Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kerana merotan tangan anak lelakinya, empat tahun lepas. Hakim Hasbullah Adam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin, 57, bagi mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 Sept 2020. Hasbullah menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Armin Zaharin membayar denda. Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan Armin Zaharin bagi mengetepikan sabitan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hasbullah turut menasihati Armin Zaharin supaya…

Read More

Sejak pagi tadi, bandar raya Kuala Lumpur dikejutkan dengan ‘kehadiran’ fenomena hujan sehingga paras air sungai naik dengan begitu cepat di beberapa tempat. Seperti yang sedia maklum, antara cabaran yang dihadapi di pusat bandar seperti Kuala Lumpur ketika musim hujan adalah kenaikan air banjir yang mendadak. Umumnya, banjir di bandar dipercayai mungkin berlaku disebabkan longkang saliran air yang sudah penuh dan tidak dapat menampung jumlah air yang begitu banyak. Justeru ketika suasana hujan pagi di Kuala Lumpur pagi tadi, ada beberapa kawasan tumpuan menjadi ‘mangsa’ dinaiki air banjir yang tidak diduga, antaranya ialah Masjid Jamek. Menerusi sebuah ciapan yang dimuat…

Read More

Seorang mahasiswa perakaunan berusia 20 tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah meninggal dunia di bilik hostelnya Sabtu lalu, disyaki akibat terkena renjatan elektrik. S Vinosiny yang merupakan mahasiswa semester empat pulang ke kampus hanya seminggu sebelum tragedi itu berlaku. Bapanya R Sivakumar, 65, mengesahkan kematian anaknya ketika dihubungi Malaysiakini pada Isnin. “Sebelum ini dia belajar secara dalam talian kerana pandemik. Saya hantar dia pulang ke kampus pada 14 Mei lalu dan kini dia meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya. Sivakumar mendakwa ketika pihak pengurusan UUM menghubunginya pada pukul tiga petang Sabtu lalu, dia hanya diberitahu yang akannya jatuh dan…

Read More

(VIDEO) Viral ‘Trend’ Solat Dengan Kipas. Ini TEGURAN Dari Pendakwah | Khalifah Media Networks – Tak dinafikan, hari demi hari, ada sahaja trend terbaharu di TikTok yang menjadi ikutan orang ramai meskipun ianya bercanggah di sisi agama Islam. Kini viral pula trend solat dengan kipas. Seperti baru-baru ini, viral satu trend iaitu menunaikan solat fardu tetapi diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas dan video berkenaan rata-ratanya dimuat naik oleh individu berstatus bujang. Menerusi video viral di aplikasi TikTok memaparkan individu lelaki mahupun wanita bujang merakam video mereka ‘berlakon’ sedang mendirikan solat bersama kipas yang dipakaikan telekung atau baju melayu. Tindakan…

Read More

Menjadi lumrah, setiap manusia mempunyai keinginan untuk hidup berpasangan, menjadi teman ketika susah dan senang, ada disisi saat sedang terluka mahupun bahagia. Demi mendapatkan cinta yang tulus, manusia sanggup berusaha apa sahaja. Begitu juga dengan seorang wanita Sudan ini yang sanggup mengelilingi bandar Khartoum sambil membawa sepanduk semata-mata untuk mencari calon teman hidupnya. Dilihat mengenakan hijab berwarna merah jambu, foto wanita berkenaan sambil berdiri di sebelah lampu isyarat serta memegang sepanduk telah menjadi tular dan bualan orang ramai di media sosial. Melalui foto yang tular itu, jelas dapat dibaca tulisan yang ditulis di atas sepanduk yang dipegangnya. “Saya mahukan pengantin…

Read More

Seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu. Kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara berikutan sebelum ini kebanyakan rampasan hanya membabitkan pokok ganja yang ditanam di dalam pasu sahaja. Sumber berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dilakukan pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui operasi Ops Tapis dilakukan terhadap kediaman suspek di Janda Baik, Pahang. Menurutnya, serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sekitar jam 6 petang kelmarin. “Difahamkan polis bertindak…

Read More

“Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,” itu kata peniaga roti canai Mustafa Abd Latif. Mustafa 58, berkata, walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya. Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu. “Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat…

Read More

Baru kenal menerusi satu aplikasi cari jodoh dalam talian, seorang kanak-kanak perempuan di Kuala Terengganu dirogol oleh seorang mekanik. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman, kejadian berkenaan berlaku pada pukul 9.00 malam di mana kanak-kanak perempuan itu dibawa oleh suspek yang berusia 28 tahun ke sebuah bengkel di Kemaman. Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berusia 12 tahun itu telah keluar mengikuti lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh tanpa pengetahuan ibunya. Namun ketika mereka berhenti di sebuah stesen minyak, mangsa dipercayai dijemput oleh seorang lelaki lain yang turut dikenalinya melalui aplikasi tersebut dan dibawa bersiar-siar menaiki kereta di…

Read More

Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata laporan kejadian tersebut diterima pihaknya pada 10.17 pagi, berkenaan seorang wanita tempatan, 71, tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan, 35, dalam keadaan tergantung di dalam rumah terbabit. “Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barang-barang peribadi milik kedua-dua mereka seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Dia berkata pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat juga tidak…

Read More