Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Sultan Perak Perkenan Solat Sunat Aidilfitri Dalam Kawasan Perumahan |  Khalifah Media Networks – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk membenarkan Solat Sunat Aidilfitri diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan perumahan di negeri itu tanpa penjarakan fizikal pada 1 Syawal. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata baginda bertitah dengan syarat pihak penganjur memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat. “Solat Sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di masjid dan surau. Aktiviti…

Read More

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti tindakan sewajarnya yang perlu ke atas mana-mana guru yang memuat naik rakaman sesi pembelajaran sebagai kandungan di laman sosial termasuk TikTok. Jelas Menterinya Datuk Radzi Jidin, tindakan itu mungkin boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pelajar. “Ia bukan sahaja melibatkan guru-guru tetapi ia melibatkan murid-murid yang lain. Kadang-kadang ia mungkin menyebabkan murid segan untuk nak menjawab soalan kerana orang tengok dia secara dalam talian dari seluruh pelosok dunia. “Perkara ini kita sedang perincikan… tentang apakah pendekatan yang paling sesuai dan kita sudah maklumkan kepada guru-guru supaya elakkan berbuat demikian,” jelasnya ketika hadir pada Majlis Pelancaran Generasi…

Read More

Syarikat bank terkemuka negara, Maybank memohon maaf kepada semua pelanggannya yang mengalami gangguan perkhidmatan di laman web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad debit pada Isnin. Menerusi satu kenyataan, Maybank berkata, masalah itu berpunca daripada jumlah trafik yang tinggi dalam semua platform tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Menurut kenyataan itu lagi, semua perkhidmatan itu mula menjadi sedikit perlahan bermula pukul 9 pagi ini. “Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Baki dan butiran akaun anda kekal utuh dan selamat bersama kami. “Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan disebabkan oleh…

Read More

Kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang bakal diumumkan Rabu ini bersifat selamat dan cermat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan untuk mengawal wabak COVID-19 selama ini disia-siakan. “KKM (Kementerian Kesihatan) telah bincang panjang lebar, kita akan bentangkan pada kabinet Rabu ini, dan jika diluluskan kita akan umumkan nanti,” katanya selepas melancarkan Generational End Game Anti Rokok 18 (GEGAR-18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Md Jidin. Sementara itu, Khairy berkata setakat ini seramai 1,939 individu telah mendapatkan…

Read More

Pengantin dan katerer ditahan selepas semua tetamu undangan di sebuah majlis perkahwinan dilapor sakit akibat makan makanan yang dipercayai dicampur dengan ganja. Menurut Insider, pengantin tersebut yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar), 42, melangsungkan perkahwinan di The Springs Clubhouse di Longwood, Florida pada 19 Februari lalu. Berdasarkan laporan, majlis tersebut yang dihadiri seramai 40 orang tetamu itu dikendalikan oleh sebuah syarikat katering yang juga selaku penyedia hidangan makanan. “Polis dipanggil ke majlis tersebut selepas salah seorang tetamu majlis berusia 41 tahun melaporkan rasa tidak sihat. “Dia juga melaporkan hal tersebut kepada polis selepas merasakan seperti ada ‘dadah’ di dalam badannya,…

Read More

Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipaksa minum minuman beralkohol di Baton Rouhe, Louisiana baru-baru ini, lapor CNN. Namun lebih malang, dia dipaksa minum minuman tersebut oleh nenek dan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian tragis itu. Berdasarkan laporan, segalanya bermula apabila kanak-kanak tersebut meminum sedikit minuman itu yang berada di kaunter di sebuah premis. Bagaimanapun tindakannya itu telah mengundang kemarahan neneknya yang turut berada di lokasi tersebut pada hari kejadian. Berang dengan tindakan tersebut, neneknya memaksanya untuk menghabiskan terus minuman keras berkenaan yang masih berbaki di dalam botol. Difahamkan, kanak-kanak itu dipaksa meneguk keseluruhan minuman tersebut di lorong…

Read More

Mayat seorang lelaki ditemui di Pulau Melaka dalam keadaan yang sangat menyayat hati di mana lehernya dijerut dengan tali dan diikat pada sebatang pokok. Memetik laporan Utusan Malaysia, mayat lelaki tempatan yang berusia 27 tahun itu ditemui oleh seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut. Ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan terduduk, diikat pada sebatang pokok dan lehernya dijerut dengan tali. Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, sepasukan pegawai penyiasat termasuk daripada Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada saksi. Hasil pemeriksaan didapati…

Read More

Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Viva yang didapati telah membiarkan kanak-kanak mengeluarkan badan dan kepala semasa berada di atas jalan raya di Persiaran Jengka di sini baru-baru ini. Video insiden itu telah tular di media sosial sehigga mengundang kecaman warga netizen. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan pemandu berkenaan untuk dipanggil bagi membantu siasatan lanjut polis. “Kita sedang giat mengesan pemandu kereta Viva itu kerana cuai membiarkan kanak-kanak mengeluarkan badan dan kepala semasa kereta bergerak di atas jalan untuk tampil segera dirakam keterangan bantu siasatan. “Hasil semakan teliti polis…

Read More

Bimbang dicekup polis, tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta disyaki kereta curi sanggup melarikan diri hingga merempuh beberapa kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Kepong, di sini petang Isnin. Bagaimanapun, salah seorang daripada suspek berjaya ditahan selepas kereta berkenaan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan Metro Perdana Jalan Kepong. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lebih kurang pukul 5.14 petang, pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian melarikan diri daripada pemeriksaan polis di lokasi. “Hasil siasatan awal mendapati semasa kereta peronda polis (MPV) sedang membuat rondaan di kawasan MRR2 telah terserempak dengan sebuah…

Read More

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengumumkan ‘sesuatu’ berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan. Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, Khairy berkata, beberapa perkara penting lain turut akan diumumkan. “Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya… jeng, jeng, jeng… dan juga beberapa pengumuman lain yang penting,” katanya pada Isnin. Menerusi hantaran sama, Khairy sekali lagi mengingatkan agar warga emas segera mendapatkan dos penggalak. “Sudah 18 hari negara membuka sempadan negara, tidak lama lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri, janganlah kita leka. “Paling penting pastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi,”…

Read More