Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Pelakon, Zul Ariffin dipercayai telah memuat naik video beberapa ‘aksi’ panas dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Video tersebut telah mencetuskan kontroversi dan mendapat pelbagai respon yang kurang baik daripada orang ramai. Berikutan daripada isu tersebut, TV3 telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkaitan video petikan drama itu. Menurut Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) mereka memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama ‘Perempuan Itu’ yang tular di media sosial. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga…

Read More

Polis mengesan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menghimpit sebuah kereta sehingga hampir melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai di sini. Kejadian itu dipercayai berlaku kelmarin sebelum tular di media sosial selepas seorang pengguna jalan raya memuat naik rakaman video dari papan pemuka kenderaannya ke laman sosial semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengesan video berdurasi seminit 35 saat itu di aplikasi Facebook kira-kira pukul 4.30 petang semalam sebelum membuka satu kertas siasatan. “Siasatan kita mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.49 petang…

Read More

Kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum berjumlah RM1,500 bermula Mei tahun ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan penggulunganya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 petang tadi. “Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana. Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,“ katanya dalam ucapan tersebut yang turut disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir. Menurutnya lagi, kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan…

Read More

Hiburan tidak dilarang dalam Islam namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi membabitkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan ternyata mengundang maksiat. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad susulan tular pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul ‘Perempuan Itu’ di Instagram hari ini. Idris berkata, apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan pada bulan yang sepatutnya ditunggu oleh manusia yang beriman bagi mengejar takwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang dikira melampaui batas, maka ia perlu ditegur.…

Read More

Seramai 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor media Ukraine lewat Jumaat. Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform. “Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko dalam Telegram. Sementara itu, 4,173 orang dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya. Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Feb, mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menarik diri dari Rusia. Sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333…

Read More

Seorang nenek berusia 67 tahun cedera parah akibat ditumbuk 125 kali oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Yonkers, New York baru-baru ini. Menurut kenyataan polis, selain parah di bahagian muka dan kepala, nenek tersebut juga turut mengalami pendarahan di dalam otaknya. “Nenek tersebut ditumbuk lebih 125 kali di sekitar bahagian kepala dan muka. “Malah lebih mengejutkan apabila mangsa (nenek) juga dipijak-pijak sebanyak tujuh kali sebelum diludah suspek,” maklum polis, memetik Daily Mail. Difahamkan, mangsa tersebut yang dipercayai wanita berdarah Asia merupakan seorang janda dan ibu kepada dua anak perempuan. Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), mangsa pada awalnya…

Read More

Seorang pemandu e-hailing menempuh situasi cemas apabila kereta dipandu terbabas dan hampir terjunam ke dalam Tasik Putrajaya. Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu mengelak daripada melanggar seekor anjing yang melintas jalan. Dalam kejadian pukul 5 pagi di Jalan Persiaran Tasik itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan antara trek joging dan tasik. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya mendapati tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pemandu telah mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba dari arah kanan jalan sebelum pemandunya hilang kawalan…

Read More

Calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta, selain melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berlangsung kira-kira sejam, dekat Johor Bahru, semalam. Titah Sultan Ibrahim, dengan berakhirnya Pilihan Raya Johor, sudah tiba masanya untuk semua wakil rakyat merapatkan barisan dan bekerja bersama-sama dalam memakmurkan Johor. “Saya pegang kata-kata Datuk Hasni Mohammad, tiada ideologi ahli politik dan parti yang lebih besar, lebih penting…

Read More

Gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab celahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dikson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Saravanan berkata, pelaksanaan gaji minimum itu mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri yang berbincang mengenainya selama tiga minggu berturut-turut. “Saya cukup prihatin dan kerajaan berbincang perkara ini, malah Jemaah Menteri bincang perkara ini tiga minggu berturut-turut dan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri bersetuju untuk kita menaikkan gaji minimum dengan kadar yang segera. Mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan.…

Read More

Ketua balai polis didakwa atas lima tuduhan termasuk meminta dan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan RM21,800 dua tahun lalu di Mahkamah Khas Rasuah, Ayer Keroh di sini, hari ini. Bagaimanapun tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Bagi pertuduhan pertama, dia sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota polis berpangkat Sub Inspektor di Balai Polis Tengkera didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan RM6,000 daripada pemilik restoran sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kesalahan itu didakwa dilakukan di restoran beralamat di…

Read More