Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati orang ramai terutamanya bagi pencarum untuk tidak terpedaya dengan perkongsian mengenai iklan permohonan Pengeluaran Khas di media sosial. Dalam satu perkongsian daripada Facebook KWSP memuatnaik satu gambar di mana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan link palsu tentang permohonan Pengeluaran Khas di laman Twitter. Selain itu, KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas anda. Justeru itu, maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)…
Author: Syifa' Syakinah
Polis membuka kertas siasatan terhadap pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ingkar arahan ketika kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Mega Jaya, Taman Mega, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya turut menyiasat pemilik akaun Facebook yang memuat naik video Komander Operasi Bencana sedang memberi arahan dan kawalan di tempat kejadian tanah runtuh. “Video yang berdurasi 55 saat itu disebarkan oleh pemilik akaun Facebook yang memaparkan salah seorang pegawai APM ingkar arahan yang diberikan oleh Komander Operasi Bencana. “Malah, pegawai APM ini masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran. Kawasan ini adalah…
Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di Taman Sri Muda, dekat sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tengah malam tadi. Suspek berusia 30 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam pada jam 12.30 tengah malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku ekoran kanak-kanak itu berbohong bahawa bapa tirinya itu memukulnya. “Ini menyebabkan suspek marah sebelum menampar anak tirinya. “Tiada kelihatan sebarang kesan kecederaan pada kanak-kanak itu namun mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, suspek…
Wanita yang ditemukan rentung dalam sebuah bilik di kawasan sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, semalam disyaki dibunuh. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa berusia 25 tahun itu bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah itu. Menurutnya, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 pada jam 6.18 petang mengenai kejadian kebakaran di sebuah bilik dalam kawasan sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan pergi ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran dipadamkan dan satu mayat dalam keadaan…
Pekerja subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut ketika sedang memotong pokok kecil di pembahagi jalan di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Kepong, di sini, selepas dirempuh Toyota Sienta, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun itu parah di kepala maut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Sienta yang dipandu dari arah pusat bandar mengubah haluan ke kanan jalan lalu melanggar kon, lori dan pekerja subkontraktor DBKL. “Selepas kemalangan itu, pemandu…
Seorang pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu, di sini hari ini. Tindakan itu diambil oleh Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru setelah membuat pemeriksaan terhadap aplikasi MySejahtera milik wanita berusia 30an itu yang menunjukkan tanda merah. Menurut wanita tersebut, beliau tidak mengetahui tidak boleh datang untuk membuang undi ketika masih menjalani kuarantin setelah didapati positif Covid-19. Katanya, berlaku salah faham setelah orang terdekatnya memberitahu dia masih boleh mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin. Dalam pada itu, Inspektor Kesihatan, Mohd. Azrul menjelaskan kepada wanita itu…
Tindakan seorang lelaki di Pakistan yang didakwa menembak mati bayi perempuannya berusia tujuh hari disifatkan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Difahamkan suspek bertindak sedemikian berikutan mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung. Menerusi laporan Daily Mail mangsa dikenali sebagai Jannat (bermaksud syurga dalam bahasa Urdu) dipercayai ditembak sebanyak lima kali pada Isnin yang lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan. Suspek dikenali sebagai Shahzaib Khan dipercayai memasuki rumah berkenaan lalu meminta isterinya menyerahkan Jannat sebelum bertindak di luar kawalan dengan menembak mangsa sehingga mati. Suspek yang telah berkahwin selama dua tahun sempat melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan…
Pemandu lori diburu polis selepas memukul anak tirinya yang berusia lima tahun sehingga rakaman kejadian tular di media sosial. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, sebelum video itu tular, polis terlebih dulu menerima laporan daripada ibu kanak-kanak lelaki itu semalam. Katanya, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa anak lelakinya dipukul oleh suami berusia 30 tahun yang baru dikahwininya sebulan lalu. “Berdasarkan video itu, suspek didapati memarahi mangsa serta bertindak memulas kedua-dua tangan dan menampar mangsa. “Wanita itu kemudian mempertahankan anaknya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk mangsa. “Suspek sudah kita kenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan,”…
Kanak-kanak yang membawa beg sekolah berat daripada kapasiti boleh menyebabkan perubahan postur badan, namun tidak membawa kepada penyakit tulang belakang membengkok atau skoliosis. Jelas Pakar Perunding Ortopedik, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Mohamed Zaim Mohamed Thajudeen, beg sekolah sepatutnya tidak melebihi 15 peratus daripada berat kanak-kanak itu sendiri. “Beg sekolah sepatutnya tidak melebihi 10 hingga 15 peratus daripada berat budak itu sendiri. Sebagai contoh, budak darjah satu yang berat badanya 20kg, sepatutnya membawa beg sekolah yang tidak melebihi dari 2kg. “Beg berat boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada otot dan boleh mengubah postur badan. Pelajar yang kerap angkat beg yang berat,…
Kehilangan Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Selayang, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.07 petang. “Kami menerima maklumat daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu yang menemui satu mayat lelaki berusia 43 tahun dalam sebuah kereta Proton Saga di lokasi kejadian.Kehilangan “Siasatan awal dilakukan dengan waris lelaki terbabit memaklumkan bahawa dia keluar dari rumah pada 10 pagi Jumaat lalu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan tidak pulang ke rumah. “Ahli keluarga mangsa dimaklumkan mengenai perkara itu apabila…