Polis telah memanggil penganjur “Santai Bersama Bossku” dan pemilik restoran tempat program itu diadakan atas kegagalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Ketua Polis Daerah Kluang Low Hang Seng tidak menyatakan secara khusus individu dan parti politik yang terlibat. Low bagaimanapun merujuk kepada rakaman video 15 saat yang dimuat naik di Facebook, yang menunjukkan kehadiran yang ramai di Ngepot Kabin, sebuah restoran popular di Kluang, Johor. “Video itu jelas memaparkan satu majlis membabitkan sebuah parti politik sedang berkumpul di sebuah premis di Kampung Masjid Lama, Kluang, Johor yang dipercayai diadakan pada 5 Mac, lebih kurang jam sembilan malam. “Hasil pemantauan…
Author: Syifa' Syakinah
Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang pada petang ini telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk di sekitar Kuala Lumpur. Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat menyebabkan orang ramai terkandas dan kenderaan milik mereka juga tenggelam. Menerusi perkongsian orang awam di media sosial, kawasan masjid Jamek dan KLCC turut ditenggelami air banjir. Sementara itu, sebentar tadi Jalan Kuchai Lama juga dilaporkan telah dilanda banjir kilat sehingga merencatkan trafik di kawasan itu. Maklumat lanjut akan menyusul. https://twitter.com/fasolatidolena/status/1500750761411497985?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500750761411497985%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/sonofkl/status/1500746505124147202?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500746505124147202%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/rudyakhbar_/status/1500749542081249280?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500749542081249280%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/HRHdanishshoffe/status/1500758505086910472?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500758505086910472%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/jijiabaobei/status/1500751745101688832?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500751745101688832%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/johnkawa/status/1500756366993997824?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500756366993997824%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/FlyFM958/status/1500752838737072129?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500752838737072129%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/bencana2022/status/1500759712190857217?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500759712190857217%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F https://twitter.com/thevibesnews/status/1500754467712815107?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500754467712815107%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F03%2F07%2Fvideo-terkini-masjid-jamek-beberapa-kawasan-di-bandaraya-kl-ditenggelami-air%2F Sumber : SK
TGV mohon maaf lepas aduan tayangan filem The Batman diulang semula sebab VIP lambat. Ia berlaku selepas 45 minit filem itu ditayangkan di pawagam. Pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) telah memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan yang mendakwa bahawa tayangan “The Batman” dimulakan semula 45 minit selepas ia mula ditayangkan kerana beberapa “VIP” tiba lewat. “Kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk The Batman di TGV Vivacity. “Insiden ini tidak mematuhi SOP tayangan kami kerana semua sesi filem kami akan berjalan mengikut masa berdasarkan jadual,” kata TGV dalam satu kenyataan yang…
Pemeriksaan awal polis terhadap bangkai 20 kucing yang disyaki diracun di Pantai Bukit Keluang, di sini, semalam mendapati kesan lebam pada perut, terdapat darah pada mulut dan hidung serta ada perut yang sudah terburai. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, 15 kucing mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan. “Pada jam 8.30 pagi semalam, seorang lelaki melihat beberapa ekor kucing mati dan bergelimpangan sekitar pantai. “Dua ekor mati berdekatan persisiran pantai manakala 13 ekor kucing lagi mati di tanah berdekatan pokok,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Rozak berkata, terdapat kesan lebam biru…
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) agar penceramah tidak perlu memakai pelitup muka ketika memberi ucapan namun perlu ada penjarakan fizikal yang sesuai. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan memaklumkan kepada pegawai KKM. “Ceramah sekarang ini yang berucap saja boleh buka pelitup muka sekiranya ada penjarakan yang sesuai, lepastu kena pakai balik. “Saya terima banyak aduan kata susah nak berucap pakai pelitup muka, jadi saya telah bincang perkara ini dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan mendapati bahawa kalau ada penjarakan yang sesuai, penceramah boleh buka pelitup muka.…
Seorang lelaki dilaporkan telah merogol anak kandungnya sendiri di Kabupaten Tangerang, Banten. Menurut Tribun News, suspek merupakan seorang buruh binaan dan berusia 48 tahun. Manakala mangsa pula merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Hasil daripada kejadian itu, mangsa kini dilaporkan sedang hamil akibat perbuatan ayah kandungnya. Ketua Polis Balaraja, Kompol Herry Fitriyono mengesahkan kes ini. Pihak polis telah menahan suspek di kediamannya, Desa Cangkudu, Kecamatan Balaraja, Kabupaten Tangerang. Herry juga berkata, suspek sudah 3 kali berkahwin. Isteri pertama telah menceraikannya. Manakala, isteri kedua yang merupakan ibu kandung mangsa telah meninggal dunia dan isteri ketiga pula dikatakan lari dari…
Polis Johor akan mengenal pasti penganjur sebuah program yang menyajikan aktiviti persembahan pentas hingga mendorong pengunjung kepada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP). Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya sedang meneliti satu rakaman video tular berkaitan program berkenaan. Katanya, pihaknya difahamkan video berkenaan mengandungi aksi sekumpulan pengunjung yang berseronok termasuk menyanyi dan menari tanpa mempedulikan penjarakan fizikal mahupun faktor keselamatan. “Kami tidak menerima laporan rasmi namun berdasarkan maklumat diperoleh, perkara seumpama itu tidak harus berlaku. “Dalam keadaan seumpama ini (pandemik) jangan wujudkan ketegangan, tak boleh buat pesta dan sudah tentu ia bercanggah dengan SOP. “Kamarul…
Tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang keluar melihat keadaan anggota polis bermotosikal yang terbabit kemalangan ketika mengiringi rombongan Perdana Menteri di Pekan Benut, pagi ini, mendapat perhatian orang ramai. Dalam kemalangan 9.30 pagi itu, Perdana Menteri dalam perjalanan ke program Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan, Benut, di sini. Ismail Sabri turun dari kenderaan rasminya sejurus selepas kemalangan itu bagi memeriksa kecederaan dialami polis pengiring berkenaan. Selepas memastikan anggota polis itu menerima rawatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau meneruskan perjalanan ke majlis berkenaan. Difahamkan, anggota polis berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan diarahkan mendapatkan rawatan…
Penunggang basikal cedera ringan selepas berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di Jalan Nusa Bukit Tunku, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular di media sosial menunjukkan kemalangan membabitkan MPV dan basikal pada jam 9 malam tadi. Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 10.11 pagi selepas Toyota Alphard membelok ke simpang kanan dan dilanggar basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju. “Akibat kemalangan remaja berusia 17 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. “Kedua-dua pihak yang…
Berikutan pemansuhan semua sekatan Covid-19 oleh Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) negara itu turut mengumumkan kelonggaran untuk tidak lagi mewajibkan permit bagi ziarah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula semalam. Bagaimanapun, menurut MoHU, tiada perubahan untuk permit Umrah dan ziarah Raudhah. “Ia masih diwajibkan seperti syarat tertera dalam aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna,” katanya. Kementerian menerusi kenyataan yang dimuat naik pada laman Twitter rasminya juga menamatkan arahan penjarakan sosial dan fizikal di dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tertutup di kedua-dua masjid suci berkenaan.…