Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, wanita berusia 29 tahun ditemukan dengan keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan ada kejadian pergaduhan. “Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher. “Mangsa dipercayai pemilik kedai di mana berlakunya kejadian pergaduhan,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital…

Read More

Seorang lelaki dan wanita ditemukan mati di dalam sebuah rumah di Taman Merdeka, di sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang sebelum pihak polis menerima maklumat mengenai insiden itu. Menurutnya, mayat wanita berusia 22 tahun dipercayai bekas kekasih lelaki terbabit ditemukan dengan kesan tikaman. “Manakala mayat lelaki berusia 33 tahun pula ditemukan di dalam bilik dengan berlumuran darah dipercayai bunuh diri. “Siasatan di dalam rumah itu polis turut menemukan pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati…

Read More

Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipenjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyalahgunakan wang rampasan SPRM berjumlah US$6.94 juta. Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas Shahrum Nizam Baharuddin, 41, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan ketika sebutan kes hari ini. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dari tarikh tangkap pada 13 Sept 2021. Sebelum ini, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid. Pada 12 April 2021, Mahkamah Tinggi…

Read More

Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual. Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain. Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit. Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. Sumber : HM

Read More

Tak Nak Kantoi Keluar ‘Dating’, Wanita Reka Cerita Konon Terminum Racun | Pura-pura terminum air mengandungi racun sebelum dikejarkan ke sebuah hospital. Itu helah digunakan seorang wanita berusia 18 tahun untuk memperdaya suaminya, 22, selepas keluar ‘dating’ dengan seorang lelaki baru dikenalinya. Bagaimanapun penipuannya itu memakan diri apabila pemeriksaan doktor mendapati wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berusia 18 tahun itu memberitahu suaminya yang dia datang ke Petaling Jaya bersama kakaknya dan menginap di sebuah hotel di sini. “Dia sebenarnya bertemu dengan rakan lelaki yang baru dikenalinya. Bimbang perbuatannya terbongkar mangsa mula mereka cerita…

Read More

Dikatakan Bakal Umum ‘Sesuatu’, Saksikan Sidang Media YB KJ Pada Petang Ini | Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media khas pada pukul 5 petang hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain. Jangan lupa saksikan live Menteri Kesihatan Malaysia pada petang ini. “Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM,” tulis KKM https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1494133711410925573?s=20&t=3ddHd6b_jCM5SIGbwJz7Qw Sumber : SK

Read More

Aeon Naikkan Gaji Minimum Pekerja Kepada RM 1,500 | Rangkaian pasar raya terkemuka Aeon meningkatkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan berbanding RM1,200 sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat Aeon Co (M) Bhd dan Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, dalam kenyataan pada Selasa, berkata kenaikan gaji minimum itu membabitkan pekerja gred G dan ia merupakan gaji asas tidak termasuk elaun dan insentif lain. “Kita bersyukur dapat melaksanakan gaji minimum baharu ini kepada pekerja gred G. “Ia selari dengan inisiatif lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk…

Read More

Dukun Suruh Wanita Benamkan Paku Di Kepala Untuk Dapat Anak Lelaki | Polis Pakistan memburu seorang dukun selepas dia didakwa mengarahkan seorang wanita hamil membenamkan paku ke kepalanya sendiri bagi mendapatkan bayi lelaki. The Independent melaporkan, ia bermula selepas imej X-ray tular di media sosial, selepas wanita itu tiba di hospital di bandar Peshawar dengan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya. Ibu kepada tiga anak perempuan itu mendedahkan bahawa seorang dukun bertanggungjawab atas perbuatan mengerikan itu. Katanya, suaminya mengugut untuk meninggalkannya, jika dia melahirkan anak perempuan keempat. Polis Peshawar, pada Khamis lalu berkata, pihak berkuasa mengenal pasti wanita terbabit dan suaminya.…

Read More

Padah Menyamar Sebagai Seorang Anggota Polis, Lelaki Ditahan | Lelaki menyamar menjadi anggota polis dengan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari melalui aplikasi sosial bagi tujuan menakutkan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan individu berusia 30-an itu membawa padah apabila dia ditahan polis semalam sejurus mangsa yang juga seorang lelaki membuat laporan berhubung insiden berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, tangkapan suspek yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara. “Polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat…

Read More

Apa Sebenarnya Yang Terjadi Antara Russia-Ukraine? Ini Kronologi Yang perlu Anda Tahu | Keadaan di Ukraine dilihat semakin tegang apabila hampir-hampir 100,000 tentera negara jiran mereka iaitu Rusia sudah berada di sempadan negara itu. Pun begitu Rusia dilihat masih menafikan sebarang rancangan untuk menyerang Ukraine walaupun sudah terbukti bahawa tentera mereka sudah berada di sempadan Ukraine. Bagi mereka yang baru sahaja mendengar mengenai krisis ini, sudah pasti anda tertanya-tanya bagaimana krisis ini boleh terbentuk.  Adakah ia baru sahaja bermula atau sudah ada titik permulaannya sejak dahulu lagi. Merungkai persoalan-persoalan itu, Al-Jazeera ada berkongsikan mengenai kronologi di antara Ukraine-Russia ini. Menurut Al-Jazeera,…

Read More