Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Wanita Selamat Lahirkan Bayi Kembar Dalam Bot | Sepasang bayi kembar selamat dilahirkan dalam sebuah bot ambulans ketika melalui Tasik Banding untuk ke hospital di Gerik pada Sabtu lepas. Kelahiran dua bayi berkenaan disambut oleh pegawai perubatan, jururawat masyarakat dan penolong perawatan kesihatan Klinik Pos Kemar. Menerusi perkongsian Jabatan Kesihatan Perak dalam laman Facebook pada Selasa, kejadian itu berlaku sewaktu usaha membawa seorang wanita orang asli dengan usia kandungan 35 minggu ke Hospital Gerik. Kenyataan itu memaklumkan, wanita berusia 31 tahun itu mengalami sakit bersalin ketika pemeriksaan dilakukan oleh jururawat masyarakat yang membuat lawatan ke rumahnya. “Dengan tindakan pantas anggota kesihatan,…

Read More

Zakat Selangor Hulur Bantuan Kepada Suami Mangsa Yang Dipenggal Kepala | Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan bantuan kecemasan yang kemudian akan diikuti dengan bantuan khairat kematian kepada suami wanita yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu lepas. Dalam satu hantaran di Facebook, LZS memaklumkan bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan kepada suami mangsa. “Pasangan ini merupakan salah seorang asnaf kami di Kuala Selangor. Kami masih ingat lagi keceriaan wajah mereka di majlis penyerahan rumah zakat pada tahun lepas. Kami mendoakannya sekeluarga tabah menghadapi ujian besar ini dan semoga Allah menempatkan arwah isterinya…

Read More

Jihan Musa Mengaku Tidak Bersalah Lepas Didakwa Salah Guna Kuasa | Seorang ketua cawangan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas tuduhan menyalahguna kuasa bagi kepentingan diri. Bagaimanapun tertuduh, Nor Jihan Musa, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan menyalahguna kuasa di pejabat agensi berkenaan pada Disember 2020 dan Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Disember 2020 dengan menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan untuk mendapatkan suapan dengan…

Read More

(VIDEO) Viral Lelaki Ini Bantu Wanita Lahirkan Anak Dalam Kereta Depan Kuil Pagi Tadi | Seorang wanita telah selamat melahirkan bayi perempuannya di dalam kereta yang ketika itu berada tidak jauh dari Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves kira-kira pukul 7.24 pagi tadi. Menariknya, proses kelahiran ‘tidak dijangka’ tersebut dibantu oleh ‘hero-hero’ tidak didendang, kebanyakannya merupakan individu awam yang sedang menyambut perayaan Thaipusam di kuil berkenaan. Salah seorangnya, LK Savantharaja merupakan antara watak utama dalam misi kelahiran tersebut. Beliau berkongsi detik-detik cemas itu di laman Facebooknya pagi tadi. “Tadi saya dan beberapa penganut lain yang datang ke Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves ternampak…

Read More

Viral Gambar Pelajar Ramai-Ramai Pergi Sekolah Naik Bot Sempit, Tak Pakai Jaket Keselamatan | Jika sebelum ini gambar pelajar yang terpaksa mengharungi jambatan gantung usang untuk ke sekolah menjadi keberangan warga maya di media sosial, kali ini satu lagi gambar mencetuskan rasa tidak puas hati mereka. Bertarikh 13 Januari lalu, hantaran di laman Facebook atas nama “A Korn Korn” mencuri tumpuan dengan imej pelajar sekolah rendah berpakaian seragam menaiki sebuah bot sempit tanpa jaket keselamatan. Pengguna Facebook itu berkata dia terpaksa mengetengahkan isu itu sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Gambar menunjukkan lebih 20 pelajar dari Kampung Pituru Timbang Taun di…

Read More

(VIDEO) Polis Serbu Klinik Swasta Jual Vaksin Palsu | Mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan. Itu antara kegiatan yang dikesan sebuah poliklinik swasta yang dipercayai menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil digital vaksinasi secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu. Kegiatan yang didalangi individu warga tempatan termasuk seorang pengamal perubatan itu turut dikesan memfokuskan pelanggan yang terdiri daripada golongan anti vaksin. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihaknya lalu menjalankan serbuan ke atas poliklinik berkenaan pada Jumaat lalu. https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1482962825186525184?s=20 “Seramai tujuh individu berumur antara 20 hingga 35 tahun yang…

Read More

Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam, esok serta Tahun Baharu Cina pada 1 Februari depan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi SOP, khususnya pemakaian pelitup mula, selain terus mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera). Khairy turut menyarankan orang ramai mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace di kawasan tumpuan awam…

Read More

Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana dipercayai membakar kediamannya di Blok 8, Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum kebakaran merebak ke dua unit lain, petang semalam. Polis yang ke lokasi selepas menerima laporan kejadian pada jam 4.30 petang, mendapati kebakaran dipadamkan sepasukan anggota bomba bersama enam jentera. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kebakaran membabitkan tiga unit rumah di nombor 1, 2 dan 3 di tingkat empat blok rumah pangsa berkenaan. “Berdasarkan maklumat, berlaku pergaduhan keluarga di unit kediaman nombor 1 yang mana seorang penghuni iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun dipercayai membakar…

Read More

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut sebagai satu daripada usaha bagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang. “Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah,” menerusi ciapannya di Twitter. Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu, menyaksikan Malaysia memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan ketika bencana, membabitkan tiga jenis vaksin, iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)…

Read More

Sebuah kedai memproses kacang putih di Laluan Sungai Pari 12, Buntong di Ipoh musnah dalam kebakaran, awal hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata kebakaran turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan sebuah motosikal. “Kedai berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus. Rumah pula terbakar 30 peratus manakala van dan motosikal hanya lima dan 40 peratus. “Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini. https://twitter.com/f4izalhassan/status/1482500977181990916?s=20 Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 1.08 pagi tadi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh…

Read More