Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

“Bawak Baby Tidur Atas Katil, Suami Macam Tak Suka…” Isteri Buntu Dengan Sikap Suami | Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara suami dan isteri yang tidak akan lari diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, setiap pasangan perlu sabar menempuhinya bersama bagi memastikan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Seperti luahan seorang wanita menerusi page Kisah Rumah Tangga di laman Facebook, tampil menceritakan perangai suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab kepada anak mereka sendiri. Lebih menyakitkan hati, si suami seolah mementingkan diri sendiri. Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan pada waktu siang anaknya akan dijaga oleh ibu mentua berikutan mereka…

Read More

Pengarah Terkenal Mamat Khalid Meninggal Dunia | Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi. Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya. “Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita berpulang. “Sahabat saya, pengarah filem Mamat Khalid, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulis Pyanhabib. Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River kira-kira pukul 11.25 malam. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, berkata Allahyarham pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikerjarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulans. “Allahyarham menghembuskan nafas yang…

Read More

Muhyiddin Yassin Dan Isteri Selesai Terima Vaksin Dos Ketiga | Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menerima suntikan dos penggalak COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Axiata Arena, ibu negara pada Sabtu. Muhyiddin yang menjadi penerima pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer di negara ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari itu secara sukarela tampil untuk mendapatkan suntikan dos penggalak. “Saya ada hubungi dan diberitahu untuk datang hari ini dan datang hari ini, saya memang dah tunggu. “Mengikut laporan yang saya baca bagus kalau sudah dapat dua dos, lepas beberapa…

Read More

Elly Mazlein Selamat Timang Cahaya Mata Kedua |Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein selamat melahirkan anak kedua iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor, awal pagi, hari ini. Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia dan bayi lelaki diberi nama Haider Mateen dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah saya selamat bersalin jam 12.23 pagi, hari ini. Saya dan Haider dalam keadaan sihat. Terima kasih atas segala doa. “Terima kasih abah, suami dan anak, Putri Sara Sefhia sudah jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga…

Read More

Langgar SOP PKPB, Neelofa & Suami Hantar Representasi Mohon Tarik Balik Pertuduhan | Pihak pembelaan yang mewakili selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan ke atas mereka. Ia berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Mei lalu. Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili pasangan itu memaklumkan salinan representasi itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara semalam. “Representasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan kami memohon untuk menarik balik…

Read More

Pernah Dibuli Lepas Tegur Jurulatih. Pandalela Dedah Cerita Sebenar | Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong mendedahkan beliau pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah. Jelas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut. “Pernah sekali, tidak tahan, saya tegur dia, tetapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian, dia (jurulatih) buat (didakwa) kes rogol. “Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa,…

Read More

Anggota Bomba Lemas Semalam Disahkan Meninggal Dunia | Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Kampung Sungai Putat, Melaka semalam, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. “Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, jenazah Mohd Diya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, Melaka pada jam 10 pagi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, Mohd…

Read More

Nak Pergi Umrah, Bakal Jemaah Perlu Mahir Guna Telefon Pintar | Khalifah Media Network – Selain mengikut ketetapan syarat menunaikan umrah, antara persediaan yang perlu dibuat oleh bakal jemaah adalah memahirkan diri dengan penggunaan telefon pintar. Ia kerana, jelas Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan penggunaan aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi. “Kali ini banyak aktiviti di sana memerlukan penggunaan aplikasi; paling tidak pun para jemaah mesti ada peranti telefon pintar sendiri. “Dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu…

Read More

Tular Video Pelakon Kongsi Cerita Babak Rogol Dengan Raja Farah. Ini Respon Raja Farah & Suami | Semalam, tular di media sosial rakaman video memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dalam satu temu bual membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan oleh mereka. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, memaparkan pelakon Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai salah satu babak lakonannya dalam filem Anak Halal yang membabitkan pelakon wanita, Raja Farah. https://twitter.com/FayyanFreaks/status/1450365720575963138?s=20 Ujar Fauzi Nawawi, watak perompak dan perogol menjadi watak kegemarannya kerana wajahnya yang dikatakan ‘sesuai’ dengan watak-watak berkenaan. Namun, babak berkenaan dikatakan terpaksa dipotong di…

Read More

Lelaki Mengamuk Sehingga Ditahan Polis, Punca Ditinggalkan Isteri | Seorang lelaki ditahan disyaki mengamuk sehingga menyebabkan ketakutan kepada penduduk di sebuah flat di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan anggota polis telah menahan lelaki berusia 42 tahun itu pada jam 8 malam. “Setibanya di lokasi, suspek dalam keadaan agresif, namun kita berjaya menahan dia untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa. Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami suspek setelah dia ditinggalkan isteri. “Suspek juga…

Read More