Sebuah balai polis di Sibu digemparkan dengan kejadian mengejutkan apabila seorang lelaki warga emas hadir dengan membawa mayat anak perempuannya.
Lelaki terbabit hadir ke balai polis itu untuk membuat laporan kematian pada Isnin.
Sebelum itu, lelaki tersebut menghantar anaknya ke sebuah universiti awam di Sibu untuk menghadiri kelas.
Kira-kira pukul 10 pagi, dia pulang ke rumah keluarganya di Bawang Assan.
Namun, dia melihat anak perempuannya, 49, yang bertugas sebagai guru, rebah di dapur.
Kemudian, lelaki itu membawa anaknya ke klinik di mana doktor mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia.
Lalu, doktor terbabit menasihatkan lelaki itu supaya membuat laporan kematian di balai polis.
Dia diminta untuk meninggalkan mayat itu di klinik.
Namun, dia enggan berbuat demikian lalu membawanya ke balai polis bersama-sama.
Setibanya dia di sana pada pukul 11.10 pagi, anggota polis yang bertugas terkejut dengan tindakan lelaki itu dan keluarganya yang membawa mayat tersebut.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zuklipli Suhaili dihubungi pada Selasa dan mengesahkan perkara itu.
Tambahnya, polis kini sedang menyiasat kes tersebut termasuk punca kematian wanita tersebut.
Sumber: Mstar