Azizulhasni Raih Pingat Perak Olimpik, Hadiah Bermakna Buat Rakyat Malaysia | Satu lagi kejutan buat Malaysia apabila jaguh pelumba Kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak pertama untuk Malaysia dalam acara Keirin Lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Atlet kelahiran Terengganu ini akhirnya membawa pulang dari temasya berprestij itu, mendapat kedudukan pingat perak selepas Jason Kenny (Britain) merangkul pingat emas dan Harrie Lavresyen mendapat gangsa untuk Belanda.
Kemenangan pingat tersebut merupakan satu lagi sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas AARON Chia dan Soh Wooi Yik yang menghadiahkan pingat gangsa buat negara menerusi acara beregu lelaki.
#CyclingTrack | 8 Ogos
Pingat Perak π₯ pertama Men's Keirin untuk #MAS di pentas Olimpik! Dato' @AzizulAWANG berjaya menamatkan perlumbaan terakhir tadi di tempat ke-2. Memang nampak beliau dah berikan segalanya! π₯Ίππ» #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/yThPySVIVb
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 8, 2021
#CyclingTrack | 8 Ogos
Hadiah amat bermakna buat #MAS oleh Dato' @AzizulAWANG. Tak kira apa warnanya, kami memang amat bangga dengan beliau. Terima kasih, Dato'. Pencapaian yang lebih baik daripada #Rio2016. Ada rezeki, kita aim π₯ #Paris2024! #Tokyo2020 #unifiedMalaysians pic.twitter.com/D7GE9XoR3m
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 8, 2021
Sumber : Team Malaysia