Kerajaan negeri menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda solidariti membantu mangsa bencana banjir yang melanda negeri berkenaan.

Banjir Baling : Kelantan Sumbang Bantuan RM50k

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu diambil daripada Tabung Serambi Mekah.

“Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

“Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

“Semoga usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply