Bantuan Warga Emas (BWE) 2023. Kriteria dan Cara Mohon | Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warrga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Dalam usaha untuk membaik hidup rakyat Malaysia, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menambah baik usaha menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Bagi ketahui bantuan khas secara elaun bulanan dari JKM, anda boleh merujuk info dibawah atau layari portal rasmi JKM.
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Jumlah bantuan RM500 ini ialah peningkatan jumlah dari RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam Bajet Belanjawan 2021 sebelum ini. Bagi warga emas yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan, mereka akan terima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan. Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan terus prihatin dengan beri bantuan ini untuk memastikan bahawa kebajikan warga emas terus dijaga, terutama sekali mereka yang sangat memerlukan.
Bantuan ini diberi oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat. Objektif bantuan ini adalah untuk warga emas jalani hidup yang normal dengan bantuan dan sokongan dari masyarakat setempat.
Oleh itu, jika anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh hantar permohonan bagi pihak mereka.
KADAR
RM500 sebulan seorang.
TUJUAN
Bantuan ini khas untuk warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / khidmat secara percuma;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang telah berada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian bantuan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan akan dikaji untuk dinilai bagi ketahui bahawa kelayakan itu adalah sah untuk bantuan kepada pemohon. Urusan ini sesuai dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada yang layak dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan ini, pemohon diminta membawa dokumen penting yang lain semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG YANG BERKAITAN
1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut tentang Belanjawan 2023, anda boleh layari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda dapat info yang sahih dan tepat. Maklumat lanjut tentang program lain di dalam Belanjawan 2023, anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan.
Sebarang info lanjut dari Kerajaan bersama kita nantikan dan kami akan berikan anda info penting dari masa ke semasa. Seterusnya, info lebih lanjut yang datang dari bantuan ini boleh dilihat di Portal Bantuan Warga Emas (BWE).
Sebarkan Bantuan Warga Emas JKM 2023 Kepada Semua
Diharapkan agar artikel Bantuan Warga Emas JKM 2023 ini memberi manfaat kepada insan yang layak. Sebarkan laporan atau info bantuan ini kepada sahabat, jiran atau orang lain yang anda rasa layak untuk terima bantuan ini. Beringatlah bahawa mereka juga salah seorang dari kita, tetapi memerlukan lebih banyak bantuan serta dorongan.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat