13 Tempat Makan Best Sarapan Di Durian Tunggal, Melaka | Durian Tunggal adalah sebuah mukim yang terletak di Daerah Alor Gajah. Dekat sini, kalau korang nak tahu banyak jugak tempat sarapan yang best-best yang boleh korang pergi. Walaupun pekan Durian Tunggal ni kecil, tapi banyak kompleks perniagaan, warung, kedai makan di sini.
Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat daerah Durian Tunggal tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Durian Tunggal, Melaka.
1. WARONK MAKAN PAGI – SARAPAN
Waronk Makan Pagi adalah salah satu warung breakfast yang popular dekat Durian Tunggal. Dekat sini, ramai orang luar datang untuk cuba menu sarapan mereka. Terdapat menu sarapan pagi seperti Nasi Lemak berlauk (Ayam Rempah, Rendang Daging, Lontong, Soto Ayam, Lempeng dan banyak lagi dekat warung ni. Korang boleh ajak kawan atau family datang ke sini. Harga pon murah dan berbaloi dengan portion yang diberikan.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 551, Lorong Idaman 1, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-332 2878.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aidaisin/
2. UMI’S KITCHEN MELAKA – SARAPAN
Kalau korang nak cari port breakfast yang banyak jual kuih-muih pada waktu pagi korang boleh datang ke kedai ni. Kuih dekat kedai Umi’s Kitchen ni sangatlah banyak dan korang mesti pening nak pilih yang mana satu. Semuanya sedap-sedap belaka. Mereka juga ada sediakan menu seperti mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan nasi lemak serta menu lain. Memang banyak sangat pilihan breakfast kat sini.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di DT 4239, Jalan Murai Jaya 3, TAMAN MURAI JAYA, 76100 Durian Tunggal, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-795 4183 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/umiskitchenmelaka/
3. WARUNG SRI TUALANG – SARAPAN
Siapa yang nak cuba roti sarang burung yang padu dan sedap boleh datang ke warung ni. Roti sarang burung ni sangat popular di kalangan pengunjung yang datang ke warung mereka. Menu lain pon ada kat sini, kalau korang nak rasa makanan lain.
Nasi berlauk pon ada kat sini seawal 7 pagi. Harga makanan dekat warung ni pon memang sangat murah. Warung ni terletak di tepi jalan, senang untuk korang jumpa kalau korang nak datang sini. Tunggu apa lagi, ajak kawan dan keluarga korang datang breakfast kat sini…
Merancang ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 3, Jalan Belatok Mas 11, Taman Belatuk Emas, 76100 Durian Tunggal, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-6919603.
Buat masa ini kami hanya jumpa 3 tempat makan best sarapan di kawasan Durian Tunggal ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !