13 Tempat Makan Best Sarapan Di Bachang, Melaka | Bachang ialah sebuah bandar di daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan tanaman padi sebelum dibangunkan menjadi bandar. Sebahagian besar daripada tanah Bachang merupakan tapak perumahan.

Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat Bachang tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Bachang, Melaka.

 

1. ROTI CANAI KAYU ARANG – SARAPAN

Roti Canai Kayu Arang ini adalah port breakfast yang sangat popular di negeri Melaka ni. Menjadi port kegemaran pengunjung luar datang breakfast kat sini. Kalau korang nak tahu yang special kat sini roti canai di masak khas menggunakan dapur kayu arang.

Menu yang mereka sediakan pon banyak sangat nasi lemak rendang kerang dan roti dangdut, roti pandan toast, roti canai kayu arang, satay, bakso,soto, lontong dan banyak lagi lah. Sistem giliran juga agak teratur dan laju. Tempat sarapan yang best untuk food hunter. Tak rugi datang, banyak lagi menu boleh try kat sini..

Merancang ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  017-662 6628.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kayuarang99/?locale=ms_MY

 

2. 8272 BARAKAH CORNER – SARAPAN

Ini juga adalah salah satu port breakfast yang terkenal dekat Bachang ni. 8272 Barakah corner ada sediakan menu breakfast seperti nasi lemak, kacang pool, nasi lemak ayam, laksa, bakso, soto, lontong, roti sarang burung dan banyak lagi. Korang wajib cuba menu breakfast mereka. Pasti korang akan repeat lagi. Harga pon murah dan berbaloi.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-295 0876.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/8272-Barakah-Corner-100063468706135/?locale=nl_BE

 

3. NASI LEMAK (TOKONG) WARISAN BACHANG – SARAPAN

Nasi Lemak yang diwarisi turun temurun daripada keluarga sejak tahun 1982 sehingga kini. Awalnya, hanya secara kecil-kecilan bermula dengan warung kecil, kini semakin maju dan berkembang. Mereka juga telah upgrade dari warung ke restoran dan masih restoran tersebut masih dekat tapak yang sama daripada dahulu sehingga kini.

Nasi lemak mereka korang boleh ambil dengan aneka lauk-pauk yang sedap dan panas-panas. Kuih-muih pon banyak kat sini korang boleh dapat. Selain nasi lemak, ada juga menu lain seperti roti sarang burung, roti canai, soto, bihun sup dan banyak lagi.

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 409, Jalan Kenanga 3/21, Taman Kenanga Mewah, 75200 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel:  012-383 3945.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NasiLemakWarisanBacang/

 

4. RESTORAN RASHID CORNER – SARAPAN

Restoran ni juga salah satu resttoran yang mendapat rating yang tinggi dekat Google. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review yang memuaskan dan mereka recommend restoran ni kepada orang ramai. Antara menu bestseller dekat sini ialah tosei, nasi lemak, cakoi, capati, roti sarang burung, roti telur dan lontong. Kawasan restoran yang luas dan tenang sesuai untuk korang bawa family yang besar untuk breakfast kat sini.

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel:  013-613 2038.

 

Buat masa ini kami hanya jumpa 4 tempat makan best sarapan di kawasan Bachang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply