Bapa Amirudin Shari Meninggal Dunia | Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari iaitu Shari Mokhsin meninggal dunia petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Amirudin melalui media sosialnya petang tadi dengan memaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia pada jam 5.30 petang.
“Komunikasi terakhir dengan abah jam 1.27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5:30 pm dapat berita abah meninggal dunia.
“Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia, terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” tulis Amirudin.
Sementara itu, setiausaha politik menteri besar itu, Juwairiya Zulkifli berkata, jenazah allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pagi, esok.
“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Shari bin Mokhsin, ayahanda kepada Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah kembali ke rahmatullah petang tadi disebabkan komplikasi pernafasan.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian esok pagi, Rabu 22 September.
“Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan diterima segala amal kebaikannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Komunikasi terakhir dgn abah jam 1:27 pm tadi melalui whats app, jam 5:30 pm dapat berita abah meninggal dunia. Sejak kanak2 selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia, terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 21, 2021
Sumber : Malaysia Kini