Bapa Pukul Anak. Ini Tindakkan Anak Bila Bapanya Dimarah Orang Awam. | PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai memukul anaknya sehingga tersungkur di atas jalan yang dipercayai di Chow Kit, Kuala Lumpur telah mengundang kemarahan orang ramai semalam.

Menerusi satu perkongsian video oleh @admqrie yang tular di Twitter semalam, kelihatan seorang lelaki telah memberi amaran kepada seorang bapa kerana memukul anaknya sendiri.

Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @admqrie di Twitter, lelaki itu dipercayai telah memukul anaknya selepas ditegur oleh seorang lelaki lain kerana kecuaiannya menjaga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan budak itu hampir dilanggar oleh kereta ketika sedang melintas jalan raya.

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilihat mempertahankan bapanya selepas dipukul oleh seorang lelaki.

“Dia lempang anak dia sampai terjatuh, kasihan budak itu, patutlah dia tak nak ikut bapa dia,” kata @FatinIqaa.

“Anak dia sanggup mempertahankan bapanya walaupun sudah kena pukul sampai macam itu sekali, saya harap adik sentiasa sihat,” ujar @MuhdFarhanx.

“Saya memang marah dengan apa yang bapanya lakukan kepada anaknya, tapi dalam masa sama rasa sebak sebab adik itu sanggup pertahankan ayahnya,” @FaizMohdRais.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply