Lari Dari Penjara. Ini Tindakkan Terbaru Isr4el Yg Buat Ramai MARAH. | Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya enam ahli keluarga kepada tahanan rakyat Palestin yang melarikan diri dari Penjara Gilboa yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.

Isnin lalu, enam penduduk Palestin melarikan diri dari penjara berkenaan melalui lubang yang digali di bawah singki.

AFP melaporkan, Israel mengarahkan pemantauan dron, pos keselamatan di jalan raya dan operasi tentera di Jenin, Tebing Barat yang menjadi kampung halaman kepada sebahagian besar daripada tahanan berkenaan.

Kelab Tahanan Palestin berkata, dua saudara lelaki kepada Mahmud Ardah yang didakwa menjadi dalang kepada kejadian itu sudah ditahan.

Tentera juga menahan empat yang lain iaitu rakan keluarga Dr Nidal Ardah, bersama-sama dua saudara lelaki kepada banduan kedua, dan bapa kepada Munadel Infeiat iaitu seorang lagi tahanan.

Ketiga-tiga tahanan itu adalah anggota kumpulan bersenjata Jihad Islam.


PENGAWAL keselamatan Israel mengawal lubang digunakan tahanan Palestin untuk melarikan diri, Isnin lalu. FOTO EPA

Jurucakap kelab berkenaan, Amani Sarahneh memberitahu AFP bahawa ada beberapa individu lain juga mungkin ditangkap, manakala ada juga yang ditahan untuk tempoh singkat.

Tentera Israel yang menduduki Tebing Barat sejak 1967 berkata, beberapa tangkapan dilakukan semalam, namun tidak mengulas lanjut.

Israel mengeluarkan arahan menghentikan laporan perincian siasatan ketika media tempatan melaporkan mengenai kejadian memalukan itu.

Kejadian terbaharu itu memberi kesan kepada rejim Zionis yang menggerakkan operasi besar-besaran untuk mengesan enam tahanan berkenaan.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply