Bayaran i-Sinar Ogos Diawalkan Pada 26 & 27 Julai Dan Bayaran i-Citra Akan Dibuat Pada 2 Ogos Secara Berperingkat | Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos 2021 akan diawalkan pada 26 & 27 Julai ini.
KWSP turut memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos 2021 akan diawalkan kepada 26 & 27 Julai 2021.#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli pic.twitter.com/vB9zH7UdOL
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 23, 2021
Manakala, bagi bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Bagi bayaran secara Aarahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.
Bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/dc16nVpF9a
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 23, 2021
Anda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi talian 03-8922-4848 jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar dan i-Citra.
Sumber : KWSPMalaysia