Beberapa Keranda Dan Jenazah Terkeluar Dari Kubur. | Muar: “Jenazah emak dikebumikan 15 tahun lalu perlu digali semula untuk dipindahkan kerana hakisan tanah,” kata kata Mohd Amin Samian, 43.

kubur

Mohd Amin antara empat waris yang bersetuju untuk memindah kubur susulan hakisan tanah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Bukit Naning, di sini sebulan lalu.

HUJAN LEBAT PUNCA TERJADI HAKISAN

Hakisan disebabkan hujan lebat serta kerja pembersihan parit menyebabkan tiga daripada kubur terbabit terjatuh hingga keranda terkeluar malah ada yang menampakkan kain kafan.

Menurut Mohd Amin, ada empat kubur yang terjejas termasuk pusara arwah ibunya Sariah@Seringati Omar dan tiga daripadanya terjejas teruk.

“Kawasan perkuburan ini di atas tanah gambut manakala bawahnya tanah liat. Jadi percampuran kedua-dua tanah tidak berlaku menyebabkan berlaku hakisan.

“Sebelum ini, pernah berlaku hakisan dekat kawasan itu tapi tidak membabitkan tanah perkuburan ini. Kalau tidak bina tembok saya rasa banyak lagi kubur akan terjejas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Parit Baru, Rosli Abu berkata, ada beberapa lagi kubur yang berdekatan bakal terjejas jika tidak dipindahkan.

Katanya, ketika ini hanya empat waris yang berjaya ditemui dan mereka sudah menyatakan persetujuan untuk memindahkannya.

WARIS GAGAL DIKESAN

“Cuma beberapa waris lagi gagal dikesan jadi membantutkan usaha kami menemui mereka untuk mendapat persetujuan.

“Perbincangan sudah diadakan antara penghulu, ketua kampung, wakil rakyat serta waris. Kita berbincang mengenai kos pemindahan. Urusan mengalihkan jenazah yang terjatuh juga akan diuruskan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ).

“Ada satu jenazah tinggal kapas sahaja, jadi perkara ini akan diuruskan MAINJ. Urusan ini memerlukan permohonan daripada Majlis Fatwa Negeri dan juga Pejabat Kadi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin berkata, usaha memindahkan perlu dilakukan kerana akan bertambah serius jika musim hujan.

Katanya, aliran di parit itu deras boleh menjejaskan struktur kubur berhampiran dan dibimbangi akan menjadi bertambah buruk.

Sumber : HM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Tanah Runtuh Di Kawasan Kubur. Beberapa Jenazah Terkeluar Dan Hanyut. | BANDUNG: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.

Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga.

CNN Indonesia pula melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin buruk dan menjejaskan kubur lain.

Katanya, daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar pukul 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa. Dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya.

@ohbulanofficial Insiden berlaku di TPU Sirnaraga, Jalan Citepus, Kota Bandung. Sumber menyatakan ada yang hanyut. #ohbulan #fyp #viral #trending #global #indonesia ♬ original sound – Ohbulan

Sumber : UM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

SAYU.. Viral Video Kanak2 Lelaki Lawat Kubur Ayah Lepas Balik Sekolah Sebab Rindu

Sesi persekolahan 2023/2024  telah pun bermula selepas sebulan mereka bercuti dan pelbagai ragam anak-anak dapat dilihat menerusi rakaman lensa termasuk perkongsian daripada para ibu bapa di platform media sosial masing-masing.

“Ayah.. omok nak pergi sekolah ni”

Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam .

Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.

“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia..

“Ayah, omok nak pergi sekolah ni,”tulis Aishah.

@omokgendut18

pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇

♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰 – aishah sanusi🥰

“Balik sekolah nak jumpa ayah, rindu…

Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.

“Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia.. lepas rindu,”ujarnya lagi.

“Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…

Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.

Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.

“Dah besar nanti jaga mak, jangan bagi sedih

Malah, ada juga yang menitipkan pesanan agar dia menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibunya.

Al-Fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.

Sumber : OhMyMedia

Share.

Leave A Reply