Sesi persekolahan 2023/2024  telah pun bermula selepas sebulan mereka bercuti dan pelbagai ragam anak-anak dapat dilihat menerusi rakaman lensa termasuk perkongsian daripada para ibu bapa di platform media sosial masing-masing.

“Ayah.. omok nak pergi sekolah ni”

Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam .

Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.

“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia..

“Ayah, omok nak pergi sekolah ni,”tulis Aishah.

@omokgendut18

pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇

♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰 – aishah sanusi🥰

“Balik sekolah nak jumpa ayah, rindu…

Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.

“Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia.. lepas rindu,”ujarnya lagi.

“Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…

Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.

Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.

“Dah besar nanti jaga mak, jangan bagi sedih

Malah, ada juga yang menitipkan pesanan agar dia menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibunya.

Al-Fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.

Sumber : OhMyMedia

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tular VIDEO Bapa Teman Anak OKU Solat Dalam Masjid

PETALING JAYA – Ramai pengguna tersentuh melihat kasih sayang seorang bapa yang sanggup menemani anak istimewanya menunaikan solat di sebuah masjid.

Menerusi video yang dimuat naik @ric_callmeric di Twitternya, kelihatan ayah remaja orang kelainan upaya (OKU) itu menunggu dengan sabar sambil memerhati gerak-geri anaknya.

Sehingga kini video tersebut mendapat 29,400 tontonan, 1,012 perkongsian dan 2,735 tanda suka.

Menjengah di ruangan komen mendapati ramai yang terharu melihat video tersebut dan memuji kasih sayang yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

“Semoga seluruh ayah di dunia terbuka memberi kasih sayang kepada anak-anak tanpa batas,” komen Anne.

“Setiap kali aku tengok orang istimewa, mesti terfikir jika penjaga meninggal siapa akan ambil alih jaga? Semoga yang baik-baik sahaja untuk remaja ini,” komen seorang pengguna.

“Tengok remaja berdoa buat hati rasa sebak. Allah angkat doanya sebab tiada dosa,” komen pengguna lain pula.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply