Pertunangan atau perkahwinan ketika umur masih di bangku sekolah bukanlah budaya baharu dalam kalangan masyarakat kita.

Meskipun ada sesetengah ibu bapa tidak bersetuju kerana masih muda lagi, namun siapalah kita untuk menafikan jodoh yang tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.

Seperti diketahui umum, calon SPM 2022 baru sahaja menamatkan peperiksaan masing-masing pada bulan Mac ini.

Ada yang settle awal, malah ada juga yang baru ‘merdeka’ pada minggu lepas. Namun rezeki jodoh awal gadis yang dikenali sebagai Zetty Aziz ini, dia telah disunting oleh lelaki pilihannya sejurus tamat SPM.

Baru masuk usia 18 tahun, tapi pengantin dilihat cukup teruja bergelar isteri Wedding planner Harry Zulhairi malah memuat naik video penampilan Zetty yang baru pulang dari sekolah, serta bergelar Raja Sehari pada hari berikutnya.

Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, tetapi gadis ini dilihat cukup gembira dan bersedia untuk menggalas tugas sebagai isteri kepada pengantin lelaki. Secara keseluruhannya, klip video berkenaan malah meraih hampir 2 juta tontonan setakat ini di TikTok.

@harryzulhairi

semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin….. #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Zetty kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga sejurus tamat SPM.

“Jodoh awal betul dik, akak 33 bayang pun tk nmpk lg.

“Tahniah dik jodoh awal , akak yang umur 21 ni pun tak kahwin lagi jodoh tak sampai lagi.

“Mcm saya laa lps spm je kawin…kwn2 skolah rmai yg masuk u tp saya dh timang ank..bila lahir ank pertama rmai yg tnye adik ke tu.

“Tahniah dik…ingat adik ipo acik dulu gitu le..salah tarikh..hari ni sanding..esoknye suami hnto gi skolah😂 sbb last paper spm ado lagi dah.”

Selain ucapan tahniah, mereka turut terpegun melihat kecantikan pengantin terutamanya dalam persalinan berona biru gelap tersebut.

Sumber: Kisah Dunia

 

Baca Juga: Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198.

JAKARTA – Gara-gara gagal menyerahkan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198), sepasang kekasih di Indonesia terpaksa akur untuk berpisah selepas keluarga bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan kisah yang tular di laman TikTok itu, gadis berasal dari wilayah Sulawesi Barat, Marwana Nareswari mendedahkan bahawa dia dan tunangnya terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga lebih mementingkan adat.

Menurut Marwana atau lebih gemar disapa Awa, dia dan bekas tunangnya telah menyiapkan semua persiapan perkahwinan bahkan, gambar praperkahwinan juga telah dirakam.

Awa berkata, ketika bekas tunang dan keluarga datang menemui keluarganya, ibu bapanya menentukan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198) memandangkan gadis tersebut berdarah Sulawesi.

“Rupa-rupanya, jumlah mas kahwin itu membuatkan keluarga calon suami saya terkejut. Ini kerana keluarga mereka berasal dari Jawa dan jumlah mas kahwin yang kami tetapkan dianggap amat tinggi.

“Mereka juga menyangkakan bahawa mas kahwin sekitar 5 juta rupiah (RM1,413) mungkin sudah cukup untuk diserahkan, namun keadaan berbeza bagi penduduk Sulawesi,” jelasnya.

Awa dan bekas tunangnya kemudian mula bimbang kerana menjelang tarikh perkahwinan asal mereka iaitu 9 September 2022, tiada khabar diterima daripada keluarga lelaki itu.

Menurut Awa, keluarganya turut berasa malu kerana mereka banyak menerima tanggapan negatif daripada orang ramai disebabkan majlis perkahwinan tidak berlangsung pada tarikh dirancang.

Selepas majlis ditunda ke 7 Januari 2023, Awa berkata, keluarga bekas tunangnya akhirnya pergi menemui mereka di Sulawesi tanpa membawa wang mas kahwin yang diminta untuk diserahkan.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunangnya juga jatuh sakit serta hanya mampu menyerahkan 20 peratus daripada jumlah mas kahwin yang ditetapkan.

Keadaan itu membuatkan keluarga Awa marah lalu mengusir keluarga bekas tunangnya serta membatalkan pernikahan mereka.

“Kita seeloknya memudahkan urusan mas kahwin dan majlis perkahwinan. Bagi calon pengantin, ibu bapa dan mentua, seeloknya mas kahwin perlu ditetapkan pada kadar sewajarnya mengikut keadaan dan jangan dipaksa jika tidak mampu.

“Kita mencari keberkatan dan reda Allah, bukan reda manusia,” katanya. – Agensi

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply