Bekas Presiden Mesir Paling Lama, Hosni Mubarak Meninggal Dunia. AL FATIHAH.

| February 25, 2020 | 0 Comments

Bekas Presiden Mesir Paling Lama, Hosni Mubarak Meninggal Dunia. AL FATIHAH. | Dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita kembali. Terkini Presiden Mesir paling lama dalam sejarah, Hosni Mubarak meninggal dunia. Ini puncanya.

Kematian Disahkan Oleh Adik Ipar

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa, Mesir pada usia 91 tahun.

Berita itu disahkan adik iparnya, Jeneral Mounir Thabet hari ini.

Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun dari 1981 sehingga beliau digulingkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011 ketika Arab Spring.

Selepas lama berada di ICU hospital, beliau meninggal dunia akibat sakit tua.

Dua bulan selepas meletak jawatan, beliau ditahan dan dibebaskan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan pada 2011. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *