Bekas Tukang Masak Ni Dedah Darkside Restoran Di Dapur
“So. memang benar, lauk pauk semalam hanya akan di adjust sahaja untuk dijadikan lauk lain”
Kecoh pasal goreng pisang lebih rangup kalau goreng sekali dengan plastik. ok. Aku nak share dark side based on pengalaman aku sebagai tukang masak di kedai orang lain. Aku mulakan.
99% biasa aku nampak, kalau ada ada customer oder sotong goreng tepung akan ada pekerja2 yang ngap seketul dua. Based on berapa banyak sotong yg digoreng. Tak boleh la nampak sangat merembat.
Ikan siakap stim di kedai masak thai 100% tak stim. Hanya rebus sahaja. Ada byk pendapat, tapi kalau ko order stim, ko mesti nak yang stim, ye tak?
Macam ikan bakar, ko order bakar mestila nak bakar. Nak ke yang digoreng dulu, kemudian baru diletakkan pes ikan bakar atasnya. rasa sama je sedap.
Air basuhan pertama beras tidak dibuang, tapi terus akan dimasukkan dalam air untuk rebusan daging. Sebenarnya, aku pernah tengok dalam kvariety korea. Masak ramen sedap guna air basuhan beras, tapi bukan basuhan pertama. Yang pertama tu debu, pasir, pijat2. at least gunakan basuhan kedua. Alasan, air akan nampak lebih keruh maksudnya akan lebih kaw la.

Aku juga pernah kerja tukang masak restoran mamak (tapi owner pakistan) di bukit bintang. Jadi, ini mungkin tak apply pada restoran mamak besar yang berdaftar.
Sebab aku kerja ni masa memang baru buka. Kiranya aku pekerja pertama la, batch tukang buat air, nasi lauk pauk bagai.
LAUK PAUK SEMALAM DIGUNA JADI MENU LAIN
So. memang benar, lauk pauk semalam hanya akan di adjust sahaja untuk dijadikan lauk lain. Contoh, ayam goreng dah habis shift 24 hours, ayam angkat pergi dapur, basuh semula. jadikan ayam masak merah.

Ini restoran yang 40 meja, yang memangg fullhouse. Kalau start niaga, takde rehat punya. Kalau warung2 tak buat, sebab xde la bz sangat.
Tapi ni restoran besar. Kebanyakan lauk semua pre heat sahaja. Daging semua dah goreng siap-siap banyak-banyak dalam batch besar. Sos merah, sos 3 rasa, sos hitam, sos halia, semua dah buat siap-siap. Jadi, hanya perlu gaul sahaja.
Daging masak halia? Ambik daging, gaul sos, pantas. Rasa terjamin standart sedap. Takdalah masa kucaa satu persatu, ini x dark side, ok kot.
Sebenarnya ada lagi, tapi aku rasa aku dah pening kepala. Ni siapa entah bagi tips kat aku. Kalau xnak bebenang putus, taip tengah malam. Aku sampai pening kepala menaip.
Benda-benda dark lain yang pelik-pelik banyak masa aku kerja restoran mamak pakistan la. Sebab masa dia interview aku tukang masak, tanya aku solat 5 waktu tak? mengucap, fuhh… Alim betul pakistan yang tanya aku. Tapi, masuk bulan puasa, dia la setan yang makan tengah hari. cilakak tol.

Sumber : Thread @khalisraouf




