Ingatkan Ular Biasa2. Sekali Jatuh Terkejut Ular Saiz ‘Anaconda’.
“ini adalah ular sawa kedua terbesar yang pernah ditangkapnya.”
Sungai Petani: “Ketika ular sawa itu jatuh dari siling rumah. Saya dan anggota lain masing-masing terkejut kerana tidak menyangka ular itu bersaiz besar seperti anaconda.
“Kami masing-masing melihat reptilia itu jatuh dan cuba mencari jalan untuk menangkapnya kerana tidak menyangka saiznya besar seperti itu,” kata Sarjan Zaiton Mohamed Ali, 56.
Zaiton yang mengetuai operasi menangkap ular sawa di sebuah rumah di Taman Bandar Baru PKNK, di sini Rabu lalu sehingga tular di media sosial sejak semalam.
ULAR KEDUA TERBESAR
Katanya, sepanjang 18 tahun berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM). Ini adalah ular sawa kedua terbesar yang pernah ditangkapnya.
“Berdasarkan pengalaman dan ketua dalam operasi ini. Saya mengarahkan anggota supaya menangkap ular sawa itu dengan berhati-hati kerana kita tak tahu keadaannya bimbang tertangkap bahagian kepalanya.
“Kami pernah terima panggilan di rumah penghuni yang sama kira-kira tiga bulan lalu tetapi apabila sampai, ular itu tiada malah kami menjangkakan ia sudah turun dari siling rumah berkenaan.
“Tapi masa operasi Rabu lalu. Ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan saya menarik bahagian badannya manakala anggota lain masing-masing menarik ekor dan menunggu untuk menangkapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zaiton yang juga nenek kepada dua cucu itu berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah itu ketika hendak memasuki bilik air rumah berkenaan dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila pintu tidak dapat ditolak.
Katanya, ketika menolak pintu, sekeping daripada siling rumah itu pecah dan ketika itulah dia ternampak seperti kain batik dan mengesyaki sesuatu dan menghubungi APM kira-kira jam 4 petang.
“Sebaik kami sampai, kami cuba tolak pintu tetapi tak boleh dan kemudian tarik siling besar tu sebelum ular sawa tu jatuh.
TAK PANJANG CUMA SAIZ BADAN YANG BESAR
“Ular sawa tu tak panjang mana cuma dalam tiga meter. Tapi saiz badannya besar kemungkinan dalam 60 kilogram (kg). Nampak ia seperti anaconda dan ketika jatuh, bunyinya sangat kuat,” katanya.
Zaiton berkata, ular sawa itu juga sangat agresif ketika jatuh ke lantai dan masuk di celah mesin basuh.
“Kepala dia masuk di celah mesin basuh itu dan bayangkan mesin basuh yang berat itu berjaya ditolak hingga bergerak.
“Cabaran kami hendak menangkapnya agak sukar kerana saiznya yang besar dan berat tetapi syukur akhirnya berjaya juga ditangkap,” katanya.
Zaiton berkata, sepanjang berkhidmat dalam APM. Dia sudah lali menangkap ular termasuklah ular tedung selar, tedung senduk dan ular sawa.
Katanya, baginya dia sudah tidak geli. Tetapi perasaan takut juga tetap ada. Cuma berdasarkan pengalaman, dia tetap melakukan tugas itu demi membantu masyarakat.
“Ular sawa itu kemudian dibawa pulang ke pejabat APM Kuala Muda untuk ditempatkan sementara di situ,” katanya.
@penduduksgpetani01‘Tak sangka sebesar itu sampai saya jerit anakonda’ SUNGAI PETANI – “Saya tidak sangka ada ular sebesar itu di atas siling tandas, besar sungguh sampai saya jerit anakonda.” Itu cerita seorang guru, Nor Hayati Md. Rajab, 50, selepas melihat seekor ular sawa batik jatuh dari atas siling tandas dalam operasi menangkap reptilia itu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di rumahnya di Taman Bandar Baru PKNK, di sini kira-kira pukul 4 petang, Rabu lalu. Menurutnya, sebelum kejadian, anak perempuannya berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah memaklumkan siling tandas pecah sehingga menyebabkan dia takut untuk menggunakannya. “Waktu itu saya ada mesyuarat dan anak menghantar gambar siling yang terjatuh. Sebaik tiba di rumah, saya terus memeriksa siling di tandas tersebut. “Saya lihat pada bahagian siling pecah itu kelihatan seperti kain batik. Saya hairan bagaimana kain batik boleh ada di atas siling sebelum anak menggunakan kamera telefon dan zoom pada kawasan tersebut hingga terlihat badan ular,” katanya ketika dihubungi hari ini. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum sepasukan anggota APM tiba untuk menangkap reptilia tersebut. “Ketika ular sawa batik itu ditarik dan jatuh dari atas siling, saya memang terkejut kerana saiznya sangat besar. Ingatkan ular biasa, tidak pernah saya lihat ular sebesar itu depan mata. “Saya bersyukur kerana menyedari kehadiran ular itu lebih awal, tak dapat bayangkan jika reptilia sebesar itu sudah berada dalam rumah,” ujarnya. Dia percaya ular berkenaan memasuki bahagian siling melalui pokok durian belanda yang terletak di bahagian belakang rumah. “Dua hari sebelum kejadian, dua pasu bunga saya terbalik. Mungkin terjadi ketika ular itu mahu menjalar pokok itu,” katanya. Katanya, dia dan dua anaknya masih terbayang insiden tersebut dan akan memeriksa kawasan sekeliling dahulu sebelum masuk ke tandas. “Ini pertama kali ular masuk ke rumah saya. Di belakang rumah ada kawasan paya, mungkin ia datang dari situ. Saya terpaksa mencuci lantai dan karpet kerana ada kesan bau hanyir,” jelasnya. Sementara itu, APM menerima laporan kejadian pada pukul 4.01 petang, Rabu lalu dan berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang lima meter dengan anggaran berat 60 kilogram tersebut. – KOSMO! ONLINE
Sumber : HM




