Bau Darah Di Campsite. Tiba2 Blackout Pulak. Ini Berlaku Selepas Tu.

“Aku nampak macam perempuan tengah menari, samar – samar, sekejap je then terus hilang.”


Campsite

First time , pergi campsite, tengah lepak lepak pukul 12malam tiba-tiba bau hanyir darah kuat gila lalu kat hidung. Ingatkan bau kolam ikan, tapi bila ku amati betul betul, bau darah rupanya.

Tak disangkal lagi, aku sorang je yang bau benda tu sebab semua orang takde tunjuk reaksi apa apa pun. Lepas few minutes bau tu berlegar legar, tiba tiba something happens kat campsite tu.

Kawan yang tengah basuh pinggan kat sink hujung sana, tiba-tiba pinggan dia terjatuh, lepas tu satu campsite blackout!. Kami yang melepak area berdekatan tu relax lagi and cakap “haaaa kau la ni punca, tersadung wire ke apa” sambil bahan member yang membasuh tu.

Sekali bila kami pergi check, takde kena mengena pun dengan yang basuh pinggan. Ada trip daripada satu suis kat situ. Tapi memang benda jadi with sequence tau, bau darah kuat, pinggan kawan tiba-tiba terlepas daripada tangan and jatuh blackout!.

Campsite

Hmmm masa ni aku dah tak sedap hati dah. Aku pulak period masa tu. And sebenarnya dah perasan, setiap kali keluar daripada toilet yang satu ni, mesti tangan kiri aku jadi lenguh and sengal-sengal (in fact masa tengah typing ni aku rasa sakit bahu dan sengal di tangan yg sama sekejap rasa mcm kena cengkam).

So as I know my body and reflex so well dengan occurance makhluk halus ni, memang dah agak kat belah situ ada something. Kebetulan sink kawan basuh pinggan tu memang sebelah toilet tu.

Lepas aku balik toilet malam tu, somewhere near 12 pagi lah, duduk sembang-sembang, terus lalu bau darah kuat tu. Sekejap hilang sekejap datang. Makin kuat. Pinggan kawan basuh tu terlepas daripada tangan jatuh, terus blackout.

Masa sebelum blackout tu, mata aku terpandang satu sudut ni, taktau lah betul ke tak apa yang aku nampak, aku nampak macam perempuan kat satu port dalam campsite ni. Kat jalan curam menuju tapak tinggi, nampak macam perempuan tengah menari, samar – samar, sekejap je then terus hilang.

Campsite

Entah kenapa semalam tak ingat nak baca doa apa – apa, buat tak tahu je. Lepas dah settlekan dengan co pasal issue blackout, electricity dah ada semula. Kami sambung melepak sekejap lagi. Then balik ke tent masing-masing around 2pagi.

Aku pulak sebab bawa tent besar and agak banyak barang, alang-alang belum mengantuk, aku buat rilek, selamba sambung kemas barang kat common. Kemas dapur, kemas pinggan mangkuk. Aku hantar husband pergi basuh pinggan mangkuk yang belum basuh masa potluck malam td tapi..

Rupanya dia ketakutan and overthinking juga masa basuh pinggan sorang2 tu. Memandangkan malam tu banyak pinggan yang perlu dibasuh, dia pergi sink yang agak jauh daripada tapak group kami sebab sink situ paling luas .

Kawasan tu berbentuk L lah, kira sink di bucu corner tengah L shape kawasan itu. Petang tadi bila tanya pasal bau darah kat dia, baru dia kata “malam tadi masa basuh pinggan ada rasa something, pastu rasa cuak gila rasa cam kat hujung-hujung belakang and tepi ada yang memerhati”

Husband kata “dapat rasa je dah cuak, kalau nampak and dia muncul depan mata, confirm dia lari and tinggal je pinggan kat sana” and my husband said “i macam pelik kenapa you taknak teman i basuh pinggan. Selalu kan kalau lewat malam kita pergi basuh sama sama”.

Entahlah , aku pun xtau kenapa aku ignorant sangat malam tu, nampak and bau pelik pun xbaca doa, suruh husband basuh pinggan sorang-sorang, maybe aku terlalu penat kot organize and pastikan campmeet berjalan lancar.

Campsite Campsite

Rupanya, masa aku suruh husband basuh pinggan, dia kata jam dah nak dekat pukul 3pagi. Dia memang tahu aku takkan buat pelik-pelik dekat-dekat jam 3pagi sebab masa tu memang HAPPY HOUR “dorang”.

Memang malam tu aku tak pasti pukul berapa, sebab jam aku  habis battery, phone pun tah kemana aku campak . So kitorg split lah, husband pergi basuh pinggan, aku kemas common area aku. Tengah aku sorang-sorang kat common, tiba-tiba ada satu burung bunyi kuat gila! Dah la burung tu memang bunyi dia seram!

Burung tu dah pernah bunyi masa day1, so semalam day2 kitorg kat campsite tu, pukul 3am dia bunyi kuat!.  Rasa macam berdepan je dengan tempat yang aku tengah duduk menghadap. Hmmm masa tu aku terus tunduk jelah pandang pinggan mangkuk yang aku susun dan lap (sebab hujan malam tu). Tak berani nak dongak ke atas pun. Bila dah balik daripada campsite, baru lah kami laki bini bercerita pasal ni. Husband kata “i pelik kenapa u taknak teman, i pelik kenapa u ok nak duduk sorang kat common dekat2 3pagi”.

Entah la aku tak fikir apa, aku fikir nak kemas-kemas jelah alang-alang tak boleh tidur and esok boleh bangun lambat sikit and tak banyak dah benda nak kena kemas nanti. Settle basuh pinggan, husband ku pulang ke tent macam biasa.

Aku sambung mengemas. Rupanya kitorg kat luar tu sampai 4pagi ya. Entah apa yang berani sangat tah. So bila dah pagi, aku nak mandi, memang ada lebam kat kaki. Ni adalah tanda untuk aku kalau apa yang aku rasa and nampak tu betul-betul berlaku, esoknya memang akan ada tanda lebam .

So yes memang ada! Haha takpelah, janji campmeet settle, aku dah cuba deliver and perform sehabis baik, aku happy dapat memancing and me time. So no regrets at all lah. Alhamdulillah pulang dengan selamat walau tangan kiri ku masih sekejap sakit sekejap tidak (usually akan stop 1-2 hari if level biasa).

Ada level luar biasa , 2minggu baru aku recover dpd demam and sakit badan sebab berlawan aura dengan benda tu .

Ok lah, lama tak kena yang pelik-pelik macam ni and first time encounter bau darah tu kat campsite. Kalau rajin aku type past experiences camping yang latest ni jugak cumanya gangguan tu mild je. Penampakan pun ada takde. Kalau ramai suka baca nanti aku share kisah lain ok.

 

Sumber : Threads @naddy.ned

Share.
Leave A Reply